Bab 40
“YEAHH.. dah hampir tiga bulan kita tak jumpa. Aku pun rindu gilerr kat korang!” Ifti mengalihkan Iphone milik Rifqi di telinga kanan. Dah hampir sejam gadis tu asyik bergayut dengan sohabatnya. Rifqi ketika itu tiada. Pergi mana entah, Ifti tidak tahu. Family yang lain pun sudah pi majlis kampong sebelah. Tinggal dia sorang di rumah bersama Dahlia.
Ifti meniarap. Kedua kakinya di naikkan ke atas. Buku komik di buka.
“So, bila korang nak balik? Tinggal beberapa bulan lagi kita pi orientation, right?” di hujung talian, Medina bertanya.
“Minggu depan kitaorang balik. Rifqi tu yang nak sangat stay lama lagi kat sini. Katanya, tak best kat bandar tu. Entah-entah dia nak tengok lama anak dara Pak Ji tu!” Ifti mencebik.
Anak dara Pak Ji iaitu Aqellah berlegar-legar di kepalanya. Semenjak dia kenal keluarga jiran suaminya itu, bagaikan ada tembok tinggi yang menghalang dirinya dari menjadi kawan perempuan gedik yang bernama Aqellah. Yang dahulunya teman sepermainan Rifqi.
Medina di hujung talian gelak. Ifti dah mula cemburu!
“Kau gelak kenapa?” soal Ifti, senada.
“Tak baik weh, kau buruk sangka suami kau tu. Dosa, dosa!” Medina sambung gelak.
“Aku bukan buruk sangka. Aku just tak suka cara suami aku layan PG tu.” ucap Ifti.
“Eh, PG? Apa tu?”
“Perempuan Gedik!”
Sesaat kemudian, Ifti meletuskan tawanya. Geli hati dengan perkataannya sendiri. Medina apatah lagi, join sekaki gelak sama.
Sehinggalah suami tercinta Ifti masuk ke bilik. Ifti memperbetulkan baringnya. Air mata yang meleleh dilap. Lawak, lawak.
“I’ll call you back. Roger.”
Talian diputus.
“Wah.. Terbaik sayang. Hampir sejam aku jalan pi kedai runcit, lama kau bergayut ekk..” perli Rifqi sambil melabuhkan duduk di sebelah Ifti. Topi hitam di atas kepala dibuka dan di baling ke dalam bakul.
Ifti menjongketkan bahu. Malas komen.
“Nah, terima kasih!” Iphone di hulur.
“Aik, marah nampak..” Rifqi senyum sengit. Saja mengusik isterinya yang berwajah dingin tu. Sejak perkenalan isterinya dengan rakan sepermainanya hari tu, mood isterinya berubah. Mungkin sebab kes cemburu, duga Rifqi.
“Mana ada.” tukas Ifti seraya meletakkan Iphone di atas riba suaminya. Dia ingin berdiri namun sempat Rifqi menariknya rapat duduk bersama.
Ifti diam tak berkutik.
“Kenapa ni..? Aku ada buat salah lagi ke?,” soal Rifqi, lembut.
Walaupun cara penggunaan bahasa Rifqi kau-aku itu jelas kasar, namun ianya lembut di pendengaran Ifti. Hanya Ifti sorang saja faham akan nada yang selalu digunakan Rifqi.
Rifqi menarik nafas perlahan. Kepalanya ditundukkan sikit bagi mempermudahkan dia memandang isterinya.
Ifti memainkan jari panjang Rifqi. Kepalanya di tundukkan.
“Awak sayang Ifti ke Aqellah?”
“Ifti.” jawab Rifqi laju.
“Iyekee?” Ifti pandang Rifqi.
“Ke yee.” bersama anggukkan kecil, Rifqi menjawab.
Sejurus kemudian Ifti tarik senyuman kecil. Jarinya yang kecil diselitkan dengan jari milik Rifqi. Seperti hatinya, bersatu dengan lelaki bernama Naufal Rifqi.
“Pasal tu je?” tanya Rifqi, nakal.
“Ha’ah.” Ifti merebahkan kepala di dada Rifqi. Rasa selesa.
“Oh..” Rifqi senyum, lega.
“Awak, sayang saya sorang je tau.”
Aduhai.. Rifqi tersengih. “ I will sayang. Takde gadis lain, selain kau sayang..”
Terasa ubun-ubunnya kena kucup. Ifti tersenyum gembira.
“Good. Kalau tak.. nahas awak.” ugutnya, serius.
Eh! Main ugut pula si kecil ni.
“Kalau tak apa?” duga Rifqi.
Krik, krik..
Rifqi menjenguk wajah Ifti. Terkatup rapat mata gadis itu.
“Laa. Tidur rupanya.. sayang, sayang. Dah masuk zohor ni..” bahu si isteri digoncang lembut.
“Ish! Saya ABC la.” getus Ifti.
Erk.. “Maaf.” terasa kebas di pipi.
Dibalik dada si suami, Ifti tersenyum.
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
RomanceMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.