Bab 5

2.8K 99 0
                                    


IFTI merenung Rifqi yang sedang asyik makan keropok roller-coaster. Sudah hampir tiga kotak keropok tersebut masuk ke dalam perut . Ni orang ke monster? Tak rasa sengal ke asyik kunyah-kunyah tu? Ifti masih merenung Rifqi.

Mereka berdua duduk di tempat jauh dari orang ramai. Kata Ifti, dia tidak suka jadi perhatian orang ramai. Apatah lagi hubungan mereka yang telah disalah anggap oleh sesetengah orang.

"Dah puas renung rupa aku yang kacak ni?"Rifqi mula bersuara. Sedari tadi gadis itu memandangnya.

"Eh, excuse me. Saya tak renung awak la. Saya pelik je. Dah masuk tiga kali awak bedal keropok tu. Masih rasa tak kenyang ke?" Bebel Ifti.

Minuman kotak air tebu dihirup perlahan. Mata masih merenung Rifqi.

"Well, perut lelaki. Kau apa tahu?" Balasnya bersahaja.

"Huh. Jawapan malas." Ifti mencebik.

Rifqi tersengih.

"Anyway.. kau tak habis kan ke kuih kau tu?" Jari  panjang  Rifqi menunjuk ke arah makanan Ifti yang tinggal separuh.

"Dah habis la. Tinggal separuh je.."

"Membazir budak ni." Kuih karipap separuh kepunyaan Ifti di ambil lalu disumbat kan ke dalam mulut.

Ifti terlopong. Tu kan bekas gigitan aku!? Tapi..

"Kenapa awak makan?! Tu kan bekas saya!" Marah Ifti. Rasa nak nangis je. Rasa malu pun ada!

"Tak pe kan? Don't worry. I don't call it indirect kisses or.."

"Shut up! I hate you! " Ifti berdiri dan terus berlari meninggalkan Rifqi seorang diri.

Rifqi termanggu seketika. Itu pun nak marah ke? Bukan dia buat apa-apa pun. Fuh... perempuan. Biasalah..

。。。。。



"Eh, Ifti. Kau dah kenapa? Masuk kelas terus je tekup muka ke meja. Ada orang buat kau marah lagi ke?" Tegur Medina lembut.

Masuk saja Ifti ke kelas, terus tekup muka ke meja. Ni mesti ada yang tak kena dengan Ifti, teka Medina.

Ifti menahan marah.

Dengan beristighfar di hati, reda terus api kemarahannya. Ifti menopang dagu. Wajah disenyumkan sebaik mungkin.

"Eh tak la..."

Medina rasa lega. Dia duduk sebelah Ifti. "Anyway, tomorrow is the day right?"

"Ya. Kau ready?"

"I'm damn ready! "Wajah Medina tampak bersemangat.

"That's the spirit! " Ifti ukir senyuman.






。 。 。

"BANG, minggu depan jiran sebelah nak ajak kita makan sama kat rumah mereka. " ujar Datin Husna, tetiba.

"Betul ke?," soal Datok Safuan.

"Ha'ah. Kita ke sana la ye?"

"Ye la. In shaa Allah. "

"Saya panggil anak-anak dulu." Datok Safuan mengangguk sambil menghantar kelibat si isteri naik ke anak tangga memanggil anak-anaknya.

Bertuah dia dapat isteri seperti Husna Wardatul.

"Ifti.. Umi masuk ye.." selepas pintu diketuk, Datin Husna masuk ke bilik Ifti. Kelihatan Ifti tidur di atas lantai bersama control game di tangan.

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now