Bab 37
“APA? Be-betul ke apa yang you cakap ni?,” Datin Syika menyoal kembali setelah apa yang diberitahu bakal besannya itu. Sukar untuknya percaya. Kedua orang tua dan adik Ifti telah meninggal? Serius kah itu?
“Betul lah. Dah keluarga malang tu ganggu plan you and I.” balas Datin Rina di hujung talian. Puas hatinya dengan ketiadaan orang tua gadis itu. Senang kerjanya untuk meneruskan rancangan seterusnya.
Datin Syika melabuhkan duduknya. Telifon pintar di tangan berpindah ke kiri.
“Dalam hal ni I tak nak terlibat. You tanggung sendiri pasal tu.” ujar Datin Syika, keras.
Sejahat-jahat dan sebenci-benci datin Syika pada Ifti, tidak pula dia berniat mahu membunuh. Dia cuma gadis itu tersakiti. Bukan menghilangkan nyawa orang.
Kedengaran wanita di hujung talian itu merengus kasar. “ Okay fine! Janji rancangan perkahwinan anak I dan you akan berlangsung hujung tahun ni. You jangan pandai-pandai nak cancel ek.. if not, you’ll regret it later!”
Tet. Talian terputus.
Datin Syika memandang telifon tersebut. Keluhan kecil dilepaskan. Nasib la.. kena nasib sebegini. Menyesal pun tiada guna.
Tiba-tiba wajah ceria Ifti terlintas di mindanya. Di mana waktu kali pertama dia melihat gadis itu bersama keluarganya. Jelas kelihatan mereka sekeluarga sangat bahagia sebelum timbulnya pertelingkahan hubungan Ifti dan Rifqi. Mak Ifti pula, baik orangnya. Manis dan bersopan-santun. Sering memberikan buah tangan jika wanita berusia 40-an itu ada masa datang ke rumahnya bila lapang. Sekali lagi Tengku Syika mengeluh.
“Haih, jauh termenungnya sayang..” tegur datok Azlan. Dia melabuhkan duduk di sebelah isterinya.
Datin Syika memandang suaminya dengan perasaan yang bercampur-baur.
“Kenapa ni sayang? Ada masalah.. cerita kat I. mana tau, I boleh bantu.” datok Azla menguntumkan senyuman. Macam tahu-tahu saja wajah isterinya itu ada masalah.
“Se-sebelum tu.. I nak minta maaf dulu. You maafkan I ye?” ujar datin Syika, takut. Matanya juga tidak memandang suaminya.
Datok Azlan mengerutkan dahinya. Namun cuma seketika, dia tersenyum kembali sebelum mengangguk.
“Cakap la sayang.”
“I dan datin Rina ada buat plan. Nak singkirkan Ifti sebelum hari pernikahan Rifqi dan Hanni.”
Datok Azlan diam. Menanti ayat seterus isterinya.
“Tapi trust me. I-I takde kena mengena dengan kematian arwah Husna dan Safuan. Itu semua sebab orang suruhan datin Rina.. “katanya lagi.
“Apa?! a-arwah?” datok Azlan terdiri. Air mukanya juga berubah. Hampir tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Sejak bila keluarga itu meninggal? Tidak pula dia tahu.
Datin Syika menangis. Rasa bersalah mula menebal.
“Ye.. I tak terlibat pun dengan rancangan tu..” teresak-esak datin Syika bersuara.
Datok Azlan beristighfar sebelum kembali tenang. Dia kembali duduk dan mengambil tangan datin Syika yang terasa sejuk. Jelas wanita itu seperti ketakutan.
“I percaya you, Ika. Apa yang I nak nasihat you sekarang ni.. bertaubat la. Dan minta maaf kat Ifti. Kesian budak tu dah yatim piatu. Siapa lagi dengannya berpaut? Umur dia pun masih remaja. Dapatkah dia telan semua ni? Kita tak tau sayang..” nasihat datok Azlan lembut.
Bahu datin Syika terhinjut-hinjut. Dia menangis. Wajah sedih Ifti berlegar-legar di mindanya. Semakin rasa sedih apabila mengenangkan perbuatannya terhadap gadis itu.
“Dengar ayat ni sayang, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa(maksiat) dan permusuhan. Ayat Al-Maidah : 2”
Datin Syika mengangkat kepalanya. Air mata yang lebat disapu lembut oleh datok Azlan.
“Jom you, kita balik dan jumpa Ifti. I nak sangat jumpa dia..”
“Baiklah.. kita flight sekarang ni..”
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
Roman d'amourMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.