"IFTI, awalnya kamu datang.." Tegur Mak Su yang baru saja muncul dari luar. Ifti sedang siram bunga kesayangannya. Tersenyum-senyum gadis itu berkerja.
"Well, hari ni saya rasa bersemangat. Sebab.. dengar-dengar ada bunga baru nak sampai . kan mak Su,?"ujar Ifti tampak teruja.
"Aih, cepatnya kamu tahu khabar tu. Dari mana datang nya khabar tu Ifti?"soal Mak su dengan senyuman.
Setahu dia, cuma mak cik-mak cik sahaja kena inform pasal pertambahan bunga baru ini.
"Dari Pak cik guard." jawap Ifti pendek. Sengih sahaja budak tu.
"Haa.. kamu ni. Kalau dah minat bunga, mesti semua kamu nak tahu kan?"
"Well,well..."Ifti bangga.
Air pili ditutup. Lalu dia mendekati Mak Su yang sedang bersarapan pagi. Jatuh rasa kasihan nya kepada Mak Su itu.
"Mak Su. Saya ada bawak makanan. Dah lebih kat rumah, tu yang saya nak sharing dengan Mak su. Mak su nak tak?" Beg sandang diletak atas riba.
"Ish, tak pe ke Ifti? Nanti kamu makan apa?"
Ifti ni terlalu baik. Tak macam anak aku tu... getus mak Suria.
"Tak pe. Bekal saya pun ada. Ni memang khas untuk Mak Su.." kata gadis itu dengan senyuman. Bekas berwarna hijau dihulur.
"Terima kasih nak. Susah-susah je.." huluran Ifti disambut.
Apabila bekalan makanan itu dibuka, berbagai jenis makanan yang sedap ada di dalam.
"Ya Allah. Banyak nya Ifti... sedap-sedap pulak tu.. terima kasih Ifti... mak su.." air mata mula bergenang di tubir mata.
"Allah, jangan nangis la mak su. Ni rezeki dari Allah buat Mak su. Makan la.. jangan nangis ek. Kalau tak...Ifti nak join la Mak su nangis.. waaah..." Ifti menangis. Betul-betul menangis.
Dia jenis mana nak tahan menangis kalau ada orang menangis.
"Maaf kan Mak Su Ifti. Mak su, rasa terharu saja nak. Sebab Ifti ni dah macam anak Mak Su. Bukan macam anak Mak Su yang tahu mintak duit je... maafkan Mak Su Ifti.." bahu Ifti digosok perlahan. Air mata Ifti pun diusap perlahan.
"Kasih mak Su saya terima. "Ifti senyum dalam tangisan.
"BRO, giliran aku lagi la." Rokok di mulut Rifqi ditarik. Selamba badak sahaja manusia itu memakai bekas Rifqi. Rifqi mendengus kasar.
"Aku chow dulu la. Later aku jumpa kau.. "Rifqi menaiki basikal hijaunya. Dan terus menuju ke sekolah.
Di parking khas untuk basikal, Rifqi ternampak Ifti sedang membasuh muka di tempat air pili khas buat untuk orang sukan cuci kasut. Lalu didekati sebaik sahaja basikalnya dikunci rapi. Takut kena curi nanti."Hi baby.."
Ifti mendongak.
Rifqi terkejut.
Nampak merah di bawah mata Ifti. Dia menangis ke?
"kau menangis ke?"soal Rifqi dengan muka risau.
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
RomanceMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.