Bab 13

1.5K 24 0
                                        

PAGI itu, Qaireena dan Aryan telah ke kilang di mana koleksi tudung dan selendang terbarunya dijahit oleh pihak yang telah dibayar. Hampir setiap minggu dia akan melawat ke kilang ini yang terletak di Shah Alam untuk melihat sendiri hasil jahitan pekerja mahir yang ada di kilang tersebut. Buat setakat ini, Qaireena dan Aryan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

"Macam mana, Cik Reen? Okey tak hasil kerja pekerja mahir saya?" tanya Encik Rizal selaku pemilik kilang jahit tersebut. Walaupun kilangnya tidak sebesar mana, tapi produk yang dihasilkan dijaga kualiti dan kekemasannya. Sebab itu banyak butik-butik jenama terkenal Malaysia sering menggunakan khidmat pekerja-pekerja mahirnya.

Qaireena tidak terus menjawab. Dia membelek dan memeriksa tudung dan selendang yang telah siap dijahit dan ditampal batu kristal mengikut rekaannya yang telah diberikan kepada Encik Rizal sebelum ini. Buat masa ini dia berpuas hati dengan hasil kerja pekerja-pekerja mahir Encik Rizal.

"Ya, saya berpuas hati."

"Alhamdulillah." Lega Encik Rizal mendengar jawapan Qaireena itu. Dia memang seorang yang mementingkan kualiti. Baginya, jika memiliki sebuah syarikat yang besar dan terkenal, tetapi hasil kerja tidak berkualiti, pasti akan membunuh perniagaannya pada masa akan datang.

"Setiap hari saya memang akan suruh pekerja-pekerja saya periksa semula hasil kerja mereka sebelum balik," sambung Encik Rizal.

"Oh, okey. Emmm... Sempat ke nak siapkan sepuluh ribu helai untuk setiap design dalam masa sebulan lebih ni? Saya bersetuju untuk guna khidmat Encik Rizal sebab Encik Rizal betul-betul yakin boleh siapkan tempahan saya dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ni."

Ada kerisauan di sebalik kata-kata Qaireena itu. Andai koleksinya tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Bermakna dia perlu melanjutkan tarikh pelancaran koleksi terbarunya bulan hadapan pada tarikh lain yang lebih sesuai. Dia tidak mahu pelancaran koleksi terbarunya yang bakal dilancarkan julung-julung kalinya di Malaysia mengalami masalah disebabkan tergesa-gesa.

"Insya-Allah, Cik Reen. Saya yakin tempahan Cik Reen ni akan siap dalam tempoh yang telah kita persetujui sebelum ni. Sebelum ni, kami pernah siapkan tempahan yang lebih banyak dalam masa sebulan. Alhamdulillah, pelanggan kami berpuas hati dengan hasil kerja kami sebab kesemua tenaga kerja kami sudah berpengalaman dalam bidang ini. Mesin dan alatan yang kami gunakan pun lengkap dan canggih. Lagipun, untuk jahitan selendang dan tudung tidak terlalu rumit seperti menjahit baju Melayu, jubah atau kebaya. Dan syarikat saya ni sudah lebih sepuluh tahun beroperasi dan jarang ambil banyak job dalam satu masa demi menjamin kualiti kerja."

Panjang lebar Encik Rizal menjelaskan dengan harapan pelanggannya itu tidak risau akan hal itu. Dia yakin, dia bisa menyiapkan tempahan pelanggannya itu dalam tempoh yang telah dipersetujui sebelum ini. Jika dia tidak mampu, awal-awal lagi dia akan menolak.

Qaireena angguk akur. Sungguh pun bergitu, tetap ada rasa risau andai tempahannya mengalami masalah.

"Selain itu, kami juga akan menggunakan material yang Cik Reen hantar kepada kami semaksima yang boleh dan cuba mengawal lebihan kain perca agar tidak terlalu banyak bagi mengelakkan pembaziran. Saya tahu, material yang Cik Reen hantar pada kami bukan jenis murah," tambah Encik Rizal cuba menambah keyakinan pelanggannya itu.

Qaireena memandang Aryan yang lebih banyak diam sejak tadi untuk seketika sebelum kembali memandang Encik Rizal.

"Kalau Encik Rizal dah kata macam tu, saya serahkan sepenuh kepercayaan saya pada Encik Rizal."

"Saya akan hargai kepercayaan yang telah Cik Reena beri pada saya sebaiknya."

Selepas hampir sejam melihat hasil kerja pekerja-pekerja mahir Encik Rizal, Qaireena dan Aryan meminta diri untuk beredar. Sempat Qaireena mengambil sehelai tudung dan selendang bagi setiap rekaan untuk dipakai bagi sesi fotografinya petang ini.

JANGAN HILANGKAN DIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang