"MANA Reen? Tak turun lagi?" tanya Tuan Hakim pada isterinya yang sedang menghidang mi goreng untuknya.
Puan Roslia memandang ke arah tangga sekilas. Tidak kelihatan bayang anak sulungnya di situ.
"Sekejap lagi dia turunlah tu."
Tuan Hakim geleng kepala.
"Biasalah, perempuan. Nak pilih tudung aje memakan masa, ma."
Fazrol yang sudah berada di meja makan mencelah.
"Itulah bezanya perempuan dan lelaki, Rol oi. Perempuan ni cermat. Semua perkara nak kena ada keserasian." Puan Roslia membela anak sulungnya.
"Ya, Rol tahu. Tapi macam terlalu complicated! Boleh aje akak tu pakai tudung yang simple. Tapi tetap nak berbelit atas kepala. Hijabistalah katakan."
"Bukan kehendak dia macam tu." Pinggan diletak di hadapan suaminya. Kemudian punggung dilabuh di atas kerusi yang berhadapan Fazrol.
Tuan Hakim hanya mendengar dan mula menjamah sarapannya.
"Kakak kamu tu kan pemilik butik merangkap pereka fesyen. Gaya dia kenalah lebih up to date, kan? Lagipun hari ni hari Ahad, motif apa kakak kamu tu nak berlilit tudung segala?" tambah Puan Roslia. Cawannya diisi dengan teh panas.
"Ya, Rol tahu. Tapi..."
"Dahlah tu, tak perlu nak pertikaikan fasal fesyen tudung kakak kamu tu. Yang penting dia ada kesedaran nak pakai tudung. Kalau dia tak pakai tudung, setiap inci dosa dia tunjuk rambut pada lelaki bukan mahramnya, papa dan kamu yang tanggung dosa, tau? Walaupun tudung yang kakak kamu tu pakai macam tak berapa nak ikut syariah. Sama-samalah kita doakan supaya hati kakak kamu tu terbuka untuk memakai tudung dengan lebih sempurna selepas ni."
Sekali Tuan Hakim sudah mencelah. Terdiam terus Puan Roslia dan Fazrol untuk seketika.
"Tapi bukan ke kakak tu bawah tang..."
"Rol," pintas Puan Roslia sebelum sempat anak bongsunya menghabiskan kata-kata. Dia tahu apa yang anak bongsunya itu ingin katakan. Hal itu tidak boleh dibicarakan sesuka hati selepas ini.
Fazrul terus tertunduk diam lalu menyambung makannya.
Tuan Hakim geleng kepala.
"Mana Reen ni tak turun lagi? Dia tak rindu nak sarapan dengan kita ke?" Tuan Hakim melencongkan topik.
Belum sempat Puan Roslia menjawab, Qaireena muncul dari arah tangga. Mereka bertiga disapa hairan.
"Eh Reen, kamu pakai baju cantik-cantik ni nak ke mana?" tanya Puan Roslia.
Qaireena tidak terus menjawab. Dia melangkah menghampiri ruang makan terlebih dahulu.
"Reen ada date dengan Aryan."
"Hari ni hari Ahad, kan?"
"Ya tapi dah pelan dengan Aryan nak bincang fasal new collections from Qaleesta Boutique. Tak lama lagi nak launching."
"Esok lusa tak boleh bincang ke? Ni, papa kamu rindu nak breakfast dengan kamu tau?"
Tuan Hakim angguk mengeyakan kata-kata Puan Roslia.
Qaireena terus ditampar dengan rasa serba salah. Wajah papanya dipandang sayu.
"Sorry, pa..." Langkah diatur menghampiri papanya.
"Reen tak dapat nak breakfast dengan papa hari ni. Reena dah lambat sangat ni. Lambat nanti, membebel pula Si Aryan tu."
"Emmm... Yalah. Nak buat macam mana, anak papa sendiri dah tak sudi nak breakfast dengan papa." Tuan Hakim merajuk. Telinga cawan dicapai lalu isinya dihirup.
![](https://img.wattpad.com/cover/98146063-288-k814732.jpg)
YOU ARE READING
JANGAN HILANGKAN DIA
Ficción GeneralTajuk: Jangan Hilangkan Dia Penulis: Hazel Jay Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-54-9 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2017