Bab 5

1.1K 31 0
                                    

BAB 5


10 tahun kemudian.



"Babe! Menung apa ni? Jomlah join kitorang. Kau senyap je dari tadi ni apehal?" ajakan Cindy merencatkan segala lamunanku. Wajah gadis cina berketurunan Iban yang cantik ini aku renung sekilas. Dialah satu-satunya kawan yang rapat dengan aku semasa di universiti dulu.

"Tak ada apalah, teringat masa budak-budak dulu." Ujarku perlahan.

Cindy mendengus perlahan.

"Sudahlah babe, yang lepas tu biarlah lepas. Hidup kau pun makin better sekarang kan. Jadi segala yang terjadi dulu dah tak ada penting dan gunanya untuk kau ingat. Hidup yang kau ada sekarang ni baik kau nikmati sepuas-puasnya."

Itulah Cindy, sentiasa positif dan tidak suka semakkan kepala. Lama-lama aku pun terikut perangai dia.

"Dah! Dah! Jom! Hari nibirthday kau, takkan kau nak moody macam ni. Mana boleh birthday girl moody. Tak fun lah!"

Cindy tarik aku ke arah rakan yang lain. Aku tergelak sambil mengikutinya.

Nadia yang sedang mengunyah kek hari jadiku tersenyum manis.

"Ha...macam nilah birthday girl yang kita mau." Ujarnya sambil mencium pipiku.

"Bunga...Ben tak datang ke sambut birthday kau?" soal Nadia sambil menghulurkan segelas coke kepadaku.
Aku geleng kepala. Setahu aku Ben masih di luar negara. Mungkin minggu depan baru dia akan pulang. Coke ditangan aku sedut perlahan.

"Nope...next week baru dia balik katanya. So dia tak datang la malam ni. But aku tak kisah pun sebab nanti mesti dia kasi aku hadiah baekkkk punyaaaa..." ketawaku sambil menunjukkan ibu jari kanan.

Bergema ruang vvip di kelab malam itu dengan ketawa aku, Cindy, Nadia dan rakanku yang lain.

"Untunglah orang ada abang yang kaya raya dan tak kedekut macam Ben tu..." usik Cindy. Aku hanya ketawa.

"Weh, agak-agak Ben nak ambik adik angkat lagi tak? Kalau nak, aku nak propose diri aku sendiri jadi adik angkat Ben." Sampuk Wulan yang sejak tadi leka menghadap laptop miliknya. Wulan dan laptop memang tak dapat dipisahkan.

"Tak adanya Ben tu teringin nak ambik kau jadi adik angkat dia lah! Bunga ni lain. Diacantik, sebab tu Ben nak ambik dia jadi adik angkat!"

Saja je Nadia nak bakar Wulan. Gadis itu mencebik geram.

"Habis tu kau nak kata aku tak cantik lah ni?"

Kami semua tergelak. Hanya Wulan yang memuncung.

"Semua kawan-kawan aku ni cantik macam bidadari ok. Macam Victoria'sSecret angels!" ujarku meredakan keadaan. Wulan tersengih-sengih, yang lain hanya ketawa.

Ketawa kami semua terganggu dengan bunyi iPhone 7 milikku, namun seketika saja sebelum mereka kembali tenggelam dalam gosip dan ketawa.

Aku buka aplikasi Whatsapps. Ada pesanan dari Ben.
Ben: Pandang bawah.

Ringkas sekali pesanannya. Aku bangun dari sofa separa bulat dan berdiri dihadapan dinding kaca lutsinar. Tak ada apa yang pelik pun. Hanya pengunjung yang begitu asyik menari dan berhibur. Lampu disco yang berbagai warna menambahkan lagi keseronokan mereka.

Dari dinding kaca itu aku dapat lihat dengan jelas hampir keseluruhan ruang kelab malam mewah ini. Bilik ini dibina khas oleh Benjamin untuk aku mengawasi keadaan kelab malam. Melalui ruang ini juga aku dapat lihat jika ada yang cuba membuat onar dalam salah satu kelab malam milik Ben ini. Walkie talkie juga disediakan supaya senang untuk aku berhubung dengan bounzer dan pekerja kelab.

Tapi apa yang Ben suruh pandang? Bukan ada apa pun. Semuanya sama seperti malam-malam yang lepas. Pasangan yang sedang bercumbu dan meraba sesama sendiri atau mereka yang asyik terkinja-kinja dilantai tari, mahupun mereka yang jalan terhuyung hayang akibat mabuk. Tak ada yang lain, semuanya sama.

Bunga: Nak pandang apa? Sama je semua...ish!

Ben: Pandang dengan mata. Bukan hidung! Itulah siapa suruh pakai bulu mata palsu panjang sangat.

Ewah-ewah Ben ni. Buka main kutuk aku.

Bunga: Ada pulak orang mata kat hidung kannn...

​Selesai membalas whatsapps Ben aku scan satu persatu kelainan yang ada dalam ruang bawah kelab malam itu. Macam sama je. Apa yang Ben suruh aku tengok.

Baru saja nak putus asa, aku nampak ada orang melambai-lambai dari bawah. Oleh kerana keadaan lampu yang sedikit suram waktu itu, aku memicingkan mata supaya dapat mengecam siapa yang melambai aku.
​Setelah seketika, aku tersenyum lebar. Ben!

Tak tunggu lama aku terus meninggalkan rakanku yang terpinga-pinga kemudian menuruni anak tangga marmar berwarna hitam yang cantik untuk menuju ke ruang bawah.

"Ben!!!" jeritku kuat. Memang tak ada siapa nak dengarlah dek kerana muzik yang berdentam dentum.

Sampai saja dihadapan Ben, tubuhnya aku peluk erat. Rindunya aku pada Ben. Kedua belah pipinya aku cium manja. Pipiku juga dikucup mesra oleh Ben.

"Ben! I miss youuuu..." Ben ketawa galak. Tubuhku diraih ke dalam dakapannya. Aku turut membalas.

"I miss you too my lil princess. My lil sister so pretty. Happy birthday honey..."

"Awhhh...thanks Ben. Hadiah mana?" pintaku tanpa segan silu. Ben ketawa lagi. Pasti mood Ben sangat baik sebab tu dia asyik ketawa dan senyum saja. Kalau anginnya datang semua gerun mahu mendekat.

"Mestilah ada...untuk satu-satunya adik aku yang tercantik ni, pasti aku akan sediakan hadiah yang terbaik."

Aku sengih malu. Ben abang yang paling akusayang. Walaupun kami tidak ada pertalian darah namun kasih sayang aku pada Ben melebihi segalanya. Kerana Ben lah aku ada apa yang aku ada sekarang. Ben telah menjaga aku sebagai adiknya dengan baik sekali.

"Kata minggu depan balik, ni tiba-tiba muncul apehal?" soalku pada Ben. Lengannya ku paut mesra.

Ben gosok kepala aku dengan tangan kanannya.
​"Janganlah...rosak rambut." Marahku.

"Hari ni kan birthday kau. Kau pun tahu aku tak pernah missed birthday kau kan. By the way aku dah sediakan hadiah yang terbaik untuk kau. Seperti apa yang kau mahukan."

Aku teruja. Kalau hadiah dari Ben, belum pernah ada yang mengecewakan.

"Really??? Bestnya! Mana?"

Satu kotak kecil empat segi yang dihiasi reben berwarna merah di serahkan kepadaku oleh Ben. Sekali pandang macam kotak cincin.

"Hadiah kau kat luar sana. Pergilah tengok. Aku nak naik office kejap, ada kerja sikit. See you later." Ben cium pipi kiri aku sekilas sebelum berlalu.

Aku menyanyi riang dan berlalu keluar dari kelab. Hadiah dari Ben pasti mahal-mahal semuanya. 10 tahun tinggal dengan Ben sebagai adiknya, aku sudah kenal sangat perangai abang angkatku itu. Apa saja keinginanku pasti tidak akan dikecewakan.

Tak sabar rasanya mahu lihat apa yang Ben sediakan buatku sebagai hadiah hari jadi aku yang ke 24 tahun. Aku menyelit dan menolak batang tubuh yang menghalang laluanku. Siulan nakal dari lelaki miang yang sedang melepak diruang luar kelab tidak aku hiraukan. Biasalah lelaki, pantang nampak perempuan cantik dan seksi, pasti cuba nak menjerat.

"Oh my God!!!" jeritku teruja. Apa yang aku lihat depan mataku kini sangat mengujakan. Joe yang mendengar jeritan nyaringku segera menutup kedua belah telinganya dengan tapak tangan.

Ah! Aku tak peduli. Yang penting aku suka sangat hadiah ni. This isAMAZING!!!

Enjin kereta baru milikku hadiah dari Ben aku biarkan begitu kerana dalam masa beberapa saat enjinnya akan mati sendiri. Itulah kelebihan Nissan Skyline GTR-35 milikku yang diubah suai oleh Ben mengikut cita rasaku. Berwarna pink dan ditinted cerminnya. Seat leather berwarna merah juga ditempah khas berserta sulaman namaku pada headrest seat pemandu. Setiap kali pedal minyak ditekan, ngauman enjinnya pasti bakal membuatkan sesiapa yang mendengar terpegun. Belum lagi masuk part mereka terkejut melihat ianya dipandu seorang perempuan seperti aku.

Beberapa bulan sebelum hari jadiku, setiap hari aku bercerita tentang kereta ini kepada Ben. Kereta ni cantik, kereta ni laju, kereta ni itu, kereta ni ini. Bestnya kalau aku dapat pakai dan akhirnya Ben tunaikan permintaan aku. Malah setiap apa yang aku inginkan dan angankan Ben telah realisasikan. Sekarang aku dah ada 2 biji kereta. Porshe Panamera Turbo dan Nissa Skyline GTR-35 ini. Happynya!

Ruang porch kereta yang dibina khas dalam banglo milik Ben aku perhatikan. Mencari kereta mana yang tak ada. Kalau semua cukup maknanya Ben ada kat rumah tapi kalau ada yang tak ada itu tandanya Ben keluar.

"Susah betul ada banyak kereta ni. Yang mana tak ada pun susah nak cam." rungutku perlahan sambil menuju ke arah lif.

Aku tekan angka 1, menuju ke ruang tamu rumah yang menempatkan ruang santai dan dapur. Terbuka saja pintu lif, aku sudah nampak kelibat Peter sedang menunggu. Aku tersenyum manis.

"Hai uncle Peter! Laparlah...ada makanan tak?" soalku ceria sambil melangkah keluar dari perut lif.

Peter tersenyum sambil menganggukkan kepala. Tangannya dihulur untuk mengambil handbagku, aku biarkan.

"Makanan sudah terhidang. Cik Bunga nak makan sekarang? Tak nak mandi dulu?"

Aku menggeleng.

"Lapar sangat dah. Nak makan dulu." Aku usap perut yang dibaluti eveningdress paras lutut. Kali terakhir aku makan waktu lunch tadi, sekarang dah hampir pukul 9 malam. Memang laparlah jawab dia.

Meja makan yang memuatkan 12 orang membuatkan aku terasa kerdil dan sunyi bila duduk seorang diri. Kalau makan dengan Ben pun aku tetap akan rasa sunyi sebab meja ni besar sangat. Lampu chandelier yang tergantung ditengah-tengah meja makan aku renung sambil menunggu bibik cedukkan nasi ke dalam pingganku.

"Terima kasih, bik."

Bibik senyum manis.

"Pukul berapa lagi Ben keluar uncle Peter?"

Nasi aku suap ke mulut. Sedapnya! Bibik masak memang sedap, sebab itulah aku selalu makan di rumah. Yang jarang makan di rumah adalah Ben. Boleh dikira dengan jari je.

"Lebih kurang 10 minit sebelum Cik Bunga sampai."

"Oh..." tak tahu nak balas apa, itu saja jawapanku. Okeylah tu dari tak ada.

Cepat-cepat aku habiskan makanan sebelum mengelap mulut dengan napkin yang disediakan. Tanpa sepatah kata aku menuju ke tangga yang diperbuat dari kristal untuk menuju ke bilikku yang terletak ditingkat 3.

Aku tak berapa rapat dengan bibik atau uncle Peter sejak kejadian beberapa tahun yang lalu dimana aku ajak uncle Peter dan bibik makan bersama telah mengundang kemarahan Ben. Teruk bibik dan uncle Peter dimarahi dan aku rasa bersalah sangat. Tujuan aku ajak mereka makan bersama adalah kerana aku bosan. Tinggal dalam rumah yang persis istana dan makan sorang-sorang. Boleh gila dibuatnya.

​Kod keselamatan 4 angka aku tekan satu persatu dan setelah bunyi beep kedengaran aku tolak pintu besi yang berat itu. Rasa sejuk aircond yang terpasang 24 jam menampar pipiku. Rasa lega sangat dapat balik rumah dan bersendirian. Level 3 Ben bina khas untuk aku beberapa bulan sebelum aku pulang ke Malaysia sebagai hadiah ijazah yang aku perolehi dari University of Manchester. Dan aku suka sangat!

Seluruh tingkat adalah ruangku, dibina persis penthouse mewah. Lengkap dengan segalanya termasuk sky pool yang dibina menghadap bukit. Satu pemandangan yang sangat menyejukkan mata yang memandang.

Evening dress yang tersarung sedari tadi aku tanggalkan dan biarkan terdampar diatas lantai. Aku terus melangkah kedalam bilik mandi untuk membersihkan badan, menghilangkan peluh yang sudah kering. Seharian aku melepak dengan rakan-rakanku, sekarang tiba masa untuk aku membersihkan diri dan berehat. Malam ni aku tak ada mood nak ke kelab. Aku yakin, Cindy dan yang lain mampu mengawalnya untukku.

Keluar saja dari bilik mandi aku lihat dress yang kupakai tadi sudah tiada tapi aku biarkan saja. Aku melangkah ke dalam walk-in-wardrobe yang menempatkan beratus pasang pakaianku. Aku menuju ke sebelah kanan, ruang untuk pakaian santai dan pyjamas. Sehelai t-shirt v-neck berwarna kelabu aku tarik keluar, dipasangkan dengan seluar tidur La Senza yang berwarna pink.

Aku pandang saja vanity desk yang terletak dihujung ruang walk-in-wardrobe, tak terasa mahu manjakan diri malam ini. Yang aku mahukan adalah rehat dan beautysleepyang aku idam-idamkan sejak siang tadi lagi. Hari ni hari yang memenatkan bagiku.

Controller sebesar size ipad aku capai, lampu aku malapkan dan televisyen aku pasang. Malas mahu melekatkan kembali controller pada dinding, aku campakkan saja ke atas sofa. Katil king size aku panjat sebelum mataku tertancap pada segelas susu ditepi katil. UnclePeter memang tahu apa kehendakku. Susu suam memang kegemaranku sebelum tidur tapi biasanya aku akan arahkan UnclePeter atau bibik sediakan buatku tapi kali ini tak payah suruh pun. Boleh kasi naik gaji ni. Aku gelak sendiri.

Susu memang kelemahanku, pantang masuk perut mulalah kelopak mata bagai digam-gam. Tak tunggu lama comforter tebal ku tarik sampai ke paras dada. Tv kubiar terpasang, sudah biasa tidur dengan tv terpasang, kalau aku tak pasang tv pasti susah untuk lelapkan mata.








Bunga AureliaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang