Bab 10

798 29 0
                                    

Aku tinggalkan Ben dan Cindy yang sedang asyik berborak. Nadia dan Wulan sudah lesap ke lantai tari. Rimas dengan asap rokok dan manusia yang semakin ramai dan berhimpit-himpit aku berlalu ke tingkat atas, ruang lepak aku dan rakan-rakan yang lain.

​Aku melepaskan keluhan lega dapat melarikan diri dari kesesakan kelab. Bosan duduk bersendirian aku keluarkan iPhone. Buat pertama kalinya aku yang memulakan perbualan dengan Hardy Mikail.

​Aurelia: Hei there.

​Ringkas saja aku memulakan perbualan, berharap sangat dia membalas, sekurangnya hilang sikit kebosananku.

Hardy Mikail: Hei prettyyyy...wow, tak sangka you text I dulu. Biasanya kalau I tak text jangan harap you nak layan I.

​Aku kulum senyum, perasan jugak ye dia ni yang aku malas nak layan dia sangat. Tapi takkan nak mengaku kan?

​Aurelia: Ish you ni. Mana ada I tak nak layan. Kadang-kadang I busy.

​Hardy Mikail: You kat mana ni? Malam ni malam minggu, tak keluar ke?

​Aurelia: I kan perempuan...mana boleh keluar malam. Haha..

​Hardy Mikail: Ceh! Baiknya lah dia ni, anak siapa lah ni ye??

​Aurelia: Anak orang.

​Emoticon jelir lidah aku hantar.
Hardy Mikail: I kat Jalan Changkat ni, Azam ajak I lepak. Ikut hati nak duk rumah je macam you.

​Bunga cebik bibir. Duduk rumah la sangat. Mana ada lelaki nak duduk rumah malam minggu. Paling-paling keluar tengok wayang dengan awek.Wait! Jalan Changkat? Dekat sangat dah tu dengan aku!

Aurelia: You sebut nama Azam macam I kenal je kawan you tu.Padahal tengok bayang pun tak pernah.

Hardy Mikail: Itulah! Haish...maybe sebab I rasa rapat sangat dengan you kot.

​Hardy Mikail: You...

​Aurelia: Yes...

Hardy Mikail: Jom jumpa...I nak sangat jumpa you. I nak renung wajah you. I nak berborak dengan you depan-depan.

​Aurelia: Bila?

Hardy Mikail: You setuju? Now boleh? You kat kat mana? I boleh datang jumpa you sekarang. Ok? ;)

​Aku ketawa dengan sifat gelojoh Hardy. Aku ada jugak rasa nak jumpa dia tapi bila fikir balik buat apa aku nak jumpa. Lagi satu, Hardy pasti terkejut tengok aku yang totally lain dari dalam gambar.

​Aurelia: Maybe next time. I tak ready nak jumpa you lagi.

​Hardy Mikail: ;(

​Hardy hantar emoticon menangis, aku senyum.
Aurelia: Ala...masa panjang lagi, nak gelojoh buat apa. Takkan lari gunung dikejar.

Hardy Mikail: I setuju sangat. Takkan lari gunung dikejar. Masalahnya I kejar you sayang...bukan gunung.

Aurelia: You ni suka sangat panggil I sayang. Karang makan penampar dengan gf you baru tau!

Hardy Mikail: Mana I ada gf la dear. Kalau ada dah lama I berkepit dengan dia. You lah jadi gf I nak? Hehe...

​Aurelia: Thanks but no thanks...

Hardy Mikail: Jual mahal eh...nanti menyesal tak booking I awal-awal, orang berebut tau nakkan I.

​Bukan main lagi Hardy angkat bakul sendiri.

Aurelia: Kalau ramai yang berebut kenapa you still membujang. You dah tua tau!

Hardy Mikail: Amboi...tak sayang mulut nampak cakap I tua, I kiss you nanti baru tau. I muda lagilah sayang, baru 29 tahun.

Aurelia: Amboi...tak sayang mulut nampak nak kiss anak dara orang. Well, kira tualah tu. Tahun depan angka depan you dah betukar jadi 3 tapi I still 2. Tua!

Hardy Mikali: Hahahaha...kalau kiss you punya pasal, I memang tak sayang mulut. Lelaki tak apa tua, lagi pun apa orang kata tu...life begins at 40 kan...lelaki ni ibarat kelapa, makin tua makin banyak santan. Kalauperempuan macam you bahaya sebab ibarat pokok getah, makin tua makin tak bergetah. Hahaha...
Aurelia: Hardy!! Tak senonoh la you ni...

Hardy Mikail: haha, jangan marah sayang...I sampaikan dekat you apa yang orang cakap kat I. SHARING information...hehehe

Aurelia: Banyaklah you punya sharing information tu. By the way, you selalu pergi Jalan Changkat, lepak kat mana?

​Malas nak melayan topik santan dan pokok getah Hardy takut dia makin melalut, aku cepat-cepat tukar topik.

Hardy Mikail: Tak tentu jugak. Kadang Havana, Movida, Elixir but now I kat The Castle. You selalu lepak Jalan Changkat?

​Oh...hoo...The Castle. Maksudnya Hardy ada dekat sini. Dekat kelab Ben. Alamak! Nasib baik aku kat atas.

​Aurelia: Pernah jugak lepak The Castle.

​Teragak-agak aku mahu menaip The Castle.

​Hardy Mikail: You pergi dengan siapa? Bf ke?

​Aurelia: Mana ada. I ni jatuh cinta pun tak pernah, macamana nak ada bf.

​Hardy Mikail: Wow! Serious? Tak pernah jatuh cinta? Langsung??

​Aurelia: Yup! Pelik ke?

Hardy Mikail: Mestilah pelik. Orang cantik macam you tak ada bf, tak pernah bercinta langsung pulak tu. Habis tu you pergi dengan siapa?

​Tak habis lagi rupanya dia nak korek aku pergi kelab dengan siapa.

​Aurelia: Dengan kawan-kawan, dengan abang I.

Hardy Mikail: Sporting gila abang you boleh bawak you pergi clubbing. You ada berapa adik beradik?

​Ini soalan yang tak berapa aku gemar. Soalan-soalan peribadi memang aku lemah sikit nak jawab.

​Aurelia: I dua beradik je. Abang I and I. You?

​Saja aku tanya dia balik supaya dia tak sempat tanya apa-apa.

​Rempuhan kuat di muka pintu menyebabkan aku yang sedang leka berbalas whatsapps dengan Hardy terkejut. Terpacul wajah Nadia yang cemas dan tercungap-cungap.

​"Apehal babe?" Soalku lantas berdiri.

​"Ada orang gaduh kat bawah. Cepat! Ben tak ada." Hampir tidak kedengaran suara Nadia dek kerana nafasnyayang termengah-mengah.

​Segera aku campakkan iPhone yang sejak tadi berada ditangan ke atas tempat yang aku duduki tadi lantas membontoti langkah Nadia yang laju menuruni anak tangga menuju ke dance floor. Muzik sudah berhenti, orang ramai mengelilingi sesuatu di tengah-tengah dance floor.

​"Move!!" jeritku pada beberapa orang gadis yang menghalang laluanku. Mereka cepat-cepat meminggir ke tepi. Baju beberapa lelaki dihadapanku aku tarik kebelakang sebelum pandanganku tertancap pada 2 orang gadis seksi yang sedang bergumpal di atas lantai.

​Bounzer yang diupah Ben hanya memandang dan teragak-agak mahu membantu.

​"Dorang tak berani nak buat apa sebab mereka perempuan. Karang salah pegang naya pulak." Sampuk Wulan yang entah dari mana muncul. Aku lihat Wulan sedang enak mengunyah sesuatu, saat macam ni pun ada selera lagi nak makan dia ni rupanya.

​Berangin je aku dengar. Kalau takut nak pegang jangan jadi bounzer. Harap badan je besar!

​Tak tunggu lama aku cekak rambut perempuan berbaju sendat warna merah yang sedang menindih seorang lagi perempuan yang berbaju biru. Rambutnya aku genggam kemas sebelum aku tolak dia ketepi. Menjerit kuat perempuan tadi memaki hamunku.

​"Bangun! Sebelum aku tarik rambut kau macam betina tadi. Tak malu ke bergaduh!" jerkahku garang. Macam mak tiri pula rasa.

​"Kau siapa hah nak tengking-tengking aku?!!" melengking kuat suara perempuan yang berbaju biru memarahi ku membuatkan amarahku membara.

​"Kau buat kacau tempat aku sekarang kau nak tengking-tengking aku?!!! Kau nak aku tumbuk muka kau?! Now berambus! Both of you sila berambus! Sekarang!"

​Aku pandang wajah keduanya silih berganti. Mataku cerlung tajam. Pandangan mereka yang menjadi penonton aku tidak hirau. Suara-suara yang berbisik juga aku buat tak layan.

​"Kau tunggu apa lagi? Aku pulak yang kena campak betina-betina ni keluar?!" jerkahku pada bounzer yang tercegat. Kalau nak buat perangai macam tu pergi mintak kerja jadi cashier pasaraya.

​Kelam kabut keduanya bergerak menuju ke arah perempuan yang bergaduh tadi. Malas aku nak tengok apa cara yang mereka lakukan supaya keduanya berambus, yang penting bagiku mereka dihalau keluar. Buat ganggu orang nak berhibur dan berbisnes saja.
Suara yang memaki hamun dan menjerit tidak aku hiraukan. Kakiku pantas berlalu menuju ke arah DJ. Makin lambat muzik dimainkan makin lama pula keadaan jadi kelam kabut.

​Pandangan dan siulan nakal aku hadiahkan dengan satu jelingan tajam membuatkan mereka senyap. Beberapa ketika muzik kembali kedengaran dan keadaan kembali normal. Kalau rasa nak bergaduh pergi masuk WWE, keluhku perlahan.

Aku berdiri dihadapan ruangan bar sambil berpeluk tubuh. Mata kuliarkan ke sekeliling ruang kelab. Pantang kalau tak pantau, ada saja lah yang nak curi tulang. Aku bergerak perlahan ke arah hujung bar. Kelihatan seorang waitressmerangkap bartendersedang asyik bermain handphone. Aku senyum sinis apabila kehadiranku langsung tak disedari.

"Virgin Mary please..." aku membuat pesanan. Waitress tadi langsung tak angkat muka, masih ralit dengan gadjet ditangan.

"Amer...tolong buatkan Virgin Mary satu!" laung waitress itu pada rakan sekerjanya yang datang merapat untuk mengambil beberapa stok minuman keras dibawah kaunter bar.

"Eh, order kau kan...kau buatlah. Aku nak entertain orang lain lah." Jawab lelaki tadi dari bawah meja.

"Kau kan bertender, buatkan lah..."

"Habis kau bukan bartender?" marah lelaki itu yang kemudiannya berdiri dengan botol wiski.

"Dah habis bertekak?" sampukku sambil tersenyumsinis.

"You are fired!" ujarku pada waitress tadi dan berlalu pergi.

Bunga AureliaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang