Bab 7

1K 28 1
                                    

Tersedar saja aku dari tidur keesokan harinya, serta merta aku teringatkan Hardy Mikail. Tanganku meraba handphone yang diletakkan di sebelah bantal. Segera aku buka ruangan contacts. Nama Hardy Mikail aku search. Lama aku renung nombor yang tertera. Aku terasa seperti mahu menghubunginya. Tak tahu kenapa, sedangkan aku tak pernah kenal dia dan dia pun tak pernah mengenali aku. Semalam chatting pun berapa kerat lah sangat. Namun naluri aku untuk mengenalinya terasa membuak-buak.

Nafas kutarik dan kuhembus beberapa kali, mencari kekuatan yang entahkan untuk apa. Aku sentuh skrin yang masih menyala, mahu menghantar SMS. Beberapa patah perkataaan aku taip dan aku padam kembali, mencari patah perkataan yang sempurna buat Hardy Mikail. Akhir sekali aku taip seringkas mungkin.

"Hai Hardy Mikail." Bacaku sepintas lalu sebelum butang send ditekan.

Seminit...dua minit...lima minit...namun langsung tiada balasan. Aku salah nombor agaknya. Tak pun Wulan salah taip nombor. Hmmm...lantaklah, malas nak fikir aku bangun menuju ke bilik mandi. Berendam dalam jakuzi lagi best.

Tubuhku terasa segar dan bersih. Kalau tak kerana aku ada temu janji di Port Klang, mahu aku berlama-lama lagi dalam jakuzi yang dipenuhi buih-buih harum mewangi. Lilitan tuala dikepala aku perkemaskan. Sambil aku memilih baju untuk dipakai, aku menyanyi perlahan.

"Ha...this is nice." Sehelai dress putih bercorak bunga-bungaan aku tarik keluar dan ku acukan ke tubuh. Beberapa kali aku berpusing depan cermin besar untuk melihat kesesuaian dress yang belum pernah kupakai itu.

Setelah berpuas hati aku berjalan pula ke bahagian yang menempatkan jaket milikku. Memandangkan hari masih siang, penggunaan jaket kulit pasti tidak menyelesakan dan tidak bersesuaian, maka jaket denim mengikut potongan badan menjadi pilihan. Pakaian pilihanku itu aku letakkan diatas sofa bulat yang diletakkan ditengah-tengah ruang wardrobe tersebut, kemudian aku duduk dihadapan vanity desk dan mula bersolek.

Sebelum keluar dari ruang kamar, aku melangkah perlahan ke arah cermin besar yang terletak dipenjuru bilik untuk memastikan penampilanku menarik dan tiada cacat celanya.

Dress tadi yang labuhnya mencecah lutut aku sentuh perlahan, melicinkan tempat yang mungkin berkedut. Jaket denim yg kubeli dari butik Roberto Cavalli aku betulkan sedikit kedudukannya supaya kemas dan terletak elok. Rambut yang keperangan dan berombak aku kuak kebelakang supaya tidak menutupi dadaku yang terdedah sekaligus menonjolkan rantai emas yang dihiasi loket berbentuk bunga yang tergantung dileher. Mekapku juga menambahkan kecantikan yang sedia aku miliki.

Setelah berpuas hati dengan penampilanku, sepasang heels Louboutin berwarna kuning aku sarungkan ke kaki, melengkapkan penampilanku apabila tas tangan dan kasutku sedondon.

Keluar saja dari dalam lif, aku tersempak dengan Ben yang baru pulang. Matanya nampak sembab, mungkin belum tidur telahku. Takkan mata Ben sembab sebab menangis. Memang mustahil.

"Where you heading to?" tegur Ben. Aku sudah pelik.

"Meeting dekat Port Klang lah. Kenapa?" soalku kembali.

"Pakai macam ni?" soal Ben lagi sambil pandang aku atas bawah.

"Dah tu? Tak boleh ke?"

Ben ketawa.

"Bukan tak boleh tapi cantik sangat. Macam nak pergi dating." Usik Ben.
"Orang kalau dah cantik, pakai daun pisang pun cantik." Aku puji diri sendiri membuatkan Ben cebik bibir.

"Take care. Drive safe. Aku nak naik atas, nak tidur."

"Ok, good night then."

Ben cium pipi aku sekilas, tak sempat mahu membalas Ben sudah masuk ke dalam perut lif.

Porsche Panamera berwarna putih menjadi pilihanku hari ini. Padan sangat dengan warna bajuku. Pintu garaj automatik terbuka apabila aku tekan remote yang berada ditanganku bersama-sama dengan kunci kereta. Kereta bergerak perlahan-lahan keluar dari parkir dan mula membelah jalan. Hampir setengah jam perjalanan barulah keretaku bertemu dengan jalan besar yang sibuk.

Rumah yang kami duduki agak jauh dari jalan besar dan perumahan lainnya tapi aku suka kerana ianya tenang dan sunyi. Tak serabutkan kepala.




Ding! Ding!

Bunyi whatsapps masuk mengganggu semua yang berada dalam bilik mesyuarat. Aku berdeham beberapa kali sebelum mengambil iPhone yang terletak di atas meja berdekatan botol air mineral di hadapanku.

"Excuse me, sorry...please continue." Ujarku perlahan tanda rasa bersalah menyebabkan mesyuarat tergendala seketika. Cepat-cepat aku silentkan iPhone tapi sempat jugaku jeling ke arah skrin. Ada whatsapps yang masuk.

Dalam pada Janet sibuk menerangkan slide power point yang terbentang di skrin dihadapan kami semua, aku curi-curi buka whatsapps. Lagipun aku tak rasa apa yang Janet terangkan dihadapan penting dan memerlukan fokus yang penuh. Yang aku nampak Janet tergedik-gedik dan asyik ulang info yang sama. Sambil tidur pun aku boleh faham apa dia cakap.

Aku sembunyi senyum. Pesanan whatsapps dari Hardy Mikail.

Hardy Mikail: Hai Miranda! Sorry for late reply, I was busy but you made my day. Your text really make me smile.

Aurelia: How do you know I yang sms you?

​Beberapa saat saja Hardy Mikail sudah membalas.

Hardy Mikail: Mestilah I tau sebab I bagi you je number phone I, mana I ada bagi orang lain.

Hardy Mikail: But why its Aurelia? Not Miranda?

Aku garu kepala. Uh uh...almost kantoi. Ish, menyesal pulak aku contact mamat ni. Apa aku nak kencing dia ni. Gasaklah apa pun.

Aurelia: Urm...Miranda is my mum's name. she passed away around 10 years ago.

Sorry ibu!

Hardy Mikail: Oh, sorry dear...I tak tau. So I nak panggil you apa? Aurel? Lia?

Aurelia: Up to you. Mana-mana yang you rasa selesa.

Hardy Mikail: Kalau up to me I nak panggil you sayang. ;)

Euww...jijik! Terus aku tak reply. Tak boleh betul aku dengan orang yang belum apa-apa dah nak menggatal ni. Alergik semacam okay!

"Miss Bunga...I am very frustrated with you."

Aku terpinga-pinga mendengar namaku disebut. Excuse me, what??

"What was that all about? Care to explain?" soalku. Satu pandangan tajam aku hadiahkan buat Janet yang sedang merenungku di hadapan. Mereka yang lain hanya memandangku dan Janet berulang kali.

"I tengah explain a lot of information kat depan ni but then you kat situ tersengih-sengih and tergelak-gelak with your phone. Please have some respect." Angkuh sekali Janet melaharku.

Berani dia sound aku, siap membohong lagi. Bila masa aku tergelak-gelak, tersengih-sengih! Paling kuat pun aku senyum je. Aku tak rasa aku mengganggu ketenteram sesiapa pun. Rasa nak ku maki hamun saja perempuan ni.

"Well...its none of your business." Akhirnya itu saja balasanku. Tak kuasa nak meninggikan suara dan marah-marah. Tak dapat faedah. Aku tak nak jadi specisbimbo macam Janet.

"Yes it is my business. You menyakitkan mata I bila asyik dengan handphone. Terganggu konsentrasi I dan orang lain!" suara Janet yang melengking kuat membuatkan amarahku memuncak dan aku segera berdiri. Ekspresi muka masih kukawal.

"I admit yang I memang busy sangat dengan my phone. You know why? Sebab...phone I lagi interesting dari presentation you.Sorry ladies and gentlemen, I think I got to go now because otak I ni macam automatik sikit. Tak boleh absorb information yang sama berulang kali. Sekali key-in dah cukup, key-in banyak kali pun buat rugi space je."

Dengan itu aku berlalu ke arah pintu keluar, berdetap-detup bunyi heels ku berlaga dengan lantai ruang mesyuarat.

Sebelum aku menarik daun pintu, sempat aku berpaling ke belakang dan menghadiahkan seulas senyuman sinis buat Janet.

"You know what...presentation you sangat awful! You keep on repeating thesame informations. That's why I bosan. Baik I dengar radio tamil dari dengar you cakap. Bye...see ya!" pintu kuhempas kuat. Dari kejauhan dapat ku dengar bunyi mereka ketawa. Pasti Janet berapi denganku. Lantaklah, siapa suruh busy body hal aku.

Masuk saja dalam kereta cepat-cepat aku hidupkan enjin dan buka aircond, saja nak sejukkan hati yang agak panas. Iphone aku buka, whatsapps dari Hardy Mikail. Sangkaku bila aku tak reply dia senyap tapi bukan main galak lagi mamat ni.

Hardy Mikail: Are you there?

Hardy Mikail: Kesian I if you tak nak layan I. ;(

Aku tak tahu nak balas apa. Beberapa saat kemudian satu lagi whatsapps masuk.

Hardy Mikail: Maybe you busy but bila you dah tak busy jangan lupa text I, im waiting.

Aurelia: I geram gila dengan bimbo tadi! Suka hati dia je nak malukan I dalam meeting. Dengki sangat tengok I belek phone. Last-last I walk out je. Malas nak layan punya pasal. Karang kalau stay lama-lama lebam pulak biji mata anak orang I kerjakan.

Sebaik saja butangsend aku tekan, terus aku rasa menyesal. Apehal aku nakmengadu kat mamat yang aku kenal pun tidak ni. Alahai bodohnya kau Bunga!

"Janganlah balas, janganlah balas. Mintak-mintakphone dia tercampak dalam air then diatak dapat baca whatsapps aku tu. Nanti kalau dia baca dia mesti ingat aku gedik sebab benda macam tu pun nak mengadu. Dah lah tak kenal!" bebelku pada diri sendiri.

Entah-entah si Hardy Mikail tak rasa apa pun, siap malas nak layan aku lagi agaknya lepas ni. Tapi eloklah tu!

Buzz! Buzz! Iphoneku bergetar, terus aku tukar ke mode ringing. Takut nanti kalau ada call masuk aku tak perasan. Pesanan Hardy Mikail aku buka.

Hardy Mikail: Wow! Garangnya you...macam gambar kat bawah ni.

Gambar yang dihantar Hardy Mikail aku buka. Singa betina! Kurang ajar! Aku ketap bibir tapi lama-kelamaan aku ketawa.

Aurelia: Amboi...seronok nampak kutuk I. Tunggulah hari you pulak. Tau lah I nak buat apa.

Hardy Mikail: Ala...I gurau je. Kalau you singa betina pun, you tentu-tentu singa betina paling cantik atas muka bumi ni.

Aurelia: Ayat buaya sangat!

Hardy Mikail: Hahahaha...you so funny! I suka you.

Lelaki, cepat benar...sorrylah Hardy Mikail. Aku takkan jadi mangsa kau.

Hardy Mikail: You free tak now? Since you pun dah walk out dari meeting, so I think you free. I nak ajak you makan. I belanja.

Aku jongket kening. Betullah kata Wulan, memang playboy si Hardy Mikail ni. Belum apa-apa dah ajak keluar. Kenal tidak apa pun tidak.

Aurelia: I free...tapi...I tak rasa nak keluar dengan you.

Hardy Mikail: Oh...but why, keluar makan je. If you malas drive, I boleh pick up you.

Aurelia: No thanks...maybe next time. Lagipun I tak selesa lagi dengan you. I tak kenal you, and you pun tak kenal I. Agak bahaya for me actually.

Hardy Mikail: Dear...I tak ada niat tak elok pun dekat you. I ikhlas nak kenal dengan you. Gadis paling cantik yang pernah I jumpa.

Aurelia: Jumpa?

Saja aku mahu menyakatnya.

Hardy Mikail: Maksud I tengok. Tengok dalam FB you. ;)

Aku resah sendiri, bagaimana kalau dia tahu itu bukan gambar aku? Malah facebook itu pun bukan aku yang punya. Tapi...lantaklah, peduli apa aku. Bukan penting pun dia ni dalam hidup aku.

Aurelia: Hmmm...

Hardy mikail: Hmmm? Itu tanda you setuju ke? Kalau you setuju sekarang jugak I balik rumah, siap-siap then I jemput you.Give me 45minutes. Is it ok? ;) ;)

Aurelia: Sekolah mana you belajar hmmm tu maksudnya setuju?

Aku ketawa kecil menunggu balasan Hardy Mikail.

Hardy Mikail: So maksudnya no lah? Kuciwanya diriku....;( ;( ;(

Aurelia: Maybe next time. Oklah got to go. I nak drive. Bye! Nice talking to you. Or I must say, nice texting with you.

Hardy Mikail: Oh how adorable you are! Nice to know you dear.

Lelaki buaya seperti Hardy Mikail ni banyak sungguh pujian. Naik lemas aku dibuatnya. Whatsapps Hardy Mikail seterusnya aku tidak balas. Mahu menumpukan sepenuh perhatian pada jalan raya. Karang asyik berwhatsapps langgar orang tak naya? Kalau diri sendiri yang mati akibat kecuaian sendiri tak apa, tapi kalau nyawa lain?























Bunga AureliaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang