BAB 9
"Hei Ben..." aku tegur Ben yang sedang menonton televisyen. Sofa kosong disebelahnya aku duduki.
"Kau tak keluar malam ni?" soalku pada Ben.
"Aku penat..."
"Kenapa? Kau tak sihat ke?" dahi Ben aku sentuh dengan tapak tangan. Tak panas. Aku sentuh pula lehernya, Ben elak sedikit. Aku sudah pelik.
"Kau kenapa?"
"Kenapa apa?" soal Ben kembali.
Aku hembus nafas perlahan. Aku tak ada masa nak layan baran Ben. Aku penat dan Ben sudah terlalu dewasa untuk naik baran setiap masa.
"Kalau kau tak ada apa nak cakap aku nak naik dulu. Nak mandi, kejap lagi aku nak keluar."
"Nanti..." Ben tahan aku. Fokusnya pada skrin televisyen dialihkan kepadaku. Ben pasti ada perkara penting untuk diucapkan kepadaku.
"Aku dengar kau bergaduh dengan Janet dalam meeting siang tadi. Betul ke?"
Dengar saja Ben cakap macam tu, aku sudah nak naik angin. Apa lagilah racun Janet tabur pada Ben, tapi bila dengar ayat terakhir Ben aku sejuk sikit. Nampaknya Ben cuba untuk mendengar penjelasan aku dulu sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman.
"Kalau dah dia cakap macam tu, ye lah kot." Malas-malas aku jawab. Bedak compact Chanel aku keluarkan dari tas tangan berjenama milikku. Aku tilik seluruh wajahku, takut ada kesan mekap yang comot tapi nampaknya semua masih ok. Ah, ok ataupun tidak aku tetap akan cuci muka sebentar lagi.
"Kau adik aku. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri."
"Nak dengar apa lagi. Betullah kot apa yang dia cakap. Malas aku nak layan perempuan sewel tu."
"Bunga...aku bukan nak marah kau tapi Janet tu our potential person yang perlu kita grab. Aku nak kau jaga hati dia sikit."
Aku mula menyampah. Apa bendalah nak dikisahkan si Janet bimbo tu.
"Untuk apa? Apa pentingnya dia? Tak cukup lagi ke harta melimpah ruah yang kau ada ni? And aku tak paham, apa pentingnya meeting tadi. Itu bukan bidang kita Ben. Kenapa kita nak sibuk-sibuk pasal developer, construction industries semua ni? I still don't get it." Luahku perlahan. Sungguh memang aku tak paham. Bidang Ben lain, tapi sekarang Ben asyik suruh aku involve dalam construction industries. Pergi meeting sana sini.
Ben raup muka. Wajahnya terpancar kekeruhan. Pandangan Ben pada wajahku nampak lain. Sangat lain.
"Ada sebab aku buat semua ni."
"Sebab apa? Tell me Ben, sebab apa?" sampuk aku laju. Langsung tak beri peluang pada Ben untuk mencari helah, mengelak dari menjawab setiap persoalanku.
"Aku nak kita ada bisnes lain, bisnes selain apa yang kita buat sekarang. Yang legal, yang dipandang masyarakat."
Aku terlopong. Apa ni?!
"Maksudnya?"
Aku beri peluang pada Ben untuk menerangkan dengan lebih lanjut sebelum aku sembur dia habis-habisan.
"Bunga..."
Ben berhenti sejenak. Dia pandang aku tepat.
"Aku rasa kau faham maksud aku. Aku nak bisnes yang legal. Satu bisnes yang kau boleh banggakan dan kau boleh bagitahu satu dunia yang kau adalah somebody dalam bisnes tu. Kau sendiri tahu apa yang kita buat sekarang...di luar normal. Lain dari apa penerimaan masyarakat. Masyarakat tak iktiraf kita. Aku buat semua ni bukan untuk orang lain tapi untuk kau. Kau hanya ada aku dan aku hanya ada kau."
"Aku tak paham dengan kau Ben. Aku tak faham apa yang kau mahukan. Pengiktirafan macamana lagi yang kau mahu? Kau nak orang sanjung kau macam raja? Kau nak dapat anugerah Datuk? Tan Sri?"
"Bukan itu yang aku nakkan. Susah sangat ke kau nak faham? Sekaya mana pun kita siapa nak pandang kalau kita buat bisnes kotor! Kita bukak kelab malam! Kita buat segalanya yang dibenci masyarakat?!" suara Ben sudah melengking kuat. Ben memang bermasalah dalam mengawal emosi.
"Bisnes kotor kau cakap? Kerana duit itulah kau boleh dapat apa yang kau ada sekarang. Aku dapat belajar, kita dapat makan minum. Kerana bisnes kotor yang kau cakap tu lah, kau tau tak Ben?! Dan kalau orang tak suka mereka takkan datang kelab kita Ben."
Suaraku juga naik satu oktaf, tak mahu mengalah dengan Ben.
"Ah! Susahlah cakap dengan kau ni!!" jerkahan Ben bergema diruang mewah itu.
"Ben..." panggilku lembut. Bahu Ben aku sentuh perlahan.
"Semua bisnes kita legal Ben. Kita dapat lesen untuk itu. Kau lupa? Semua kelab malam milik kau berlesen. Kita bayar cukai pada kerajaan, kita ikut law. Apa yang kotornya?" Suaraku sudah kendur. Bergaduh, terjerit-jerit. Itu semua takkan selesaikan apa-apa masalah.
"Aku tahu itu, tapi apa yang aku nak buat ni untuk kau Bunga. Kau perempuan, suatu hari nanti kau akan kahwin. Kalau keluarga bakal suami kau tanya latar belakang kau? Asal usul kau? Dari mana kemewahan yang dapat, apa kau nak jawab? Kau nak kata yang oh abang saya tauke kelab malam. Kat KL ni boleh kata semua kelab malam milik abang angkat saya tu. Macam tu? Kau rasa mereka akan terima kau?"
Aku terkujat. Sungguh aku terkejut. Sampai begitu sekali Ben fikirkan aku? Aku pun tak pernah terfikirkan hal itu. Dapatkah keluarga Hardy Mikail terima aku? Erk! Kenapa sebaris nama itu jugak yang aku ingat? Gila! Aku ketawa perlahan, cuba menutup mindaku dengan sebaris nama itu.
"Ben...dalam banyak-banyak benda itu yang fikirkan? Kau tak payah nak fikir lah benda tak berfaedah tu. Aku pun tak pernah fikir. Kalau ada jodoh aku, aku kahwin dan aku akan pastikan lelaki yang nak kahwin dengan aku tu dapat terima aku seadanya. Dan kalau dia tak nak terima aku seadanya, aku tinggalkan dia, then kalau aku dah tua tapi still tak ada laki nakkan aku. Apa susah? Aku kahwin dengan kau!"
Aku ketawa besar lihat muka Ben macam ayam berak kapur. Main-main jelah!
"Kalau kau bukan adik aku dah lama aku kahwin dengan kau." Ujar Ben serious. Aku terdiam.
"Bunga...aku sayangkan kau. Aku hanya ada kau je dalam dunia ni. Aku nak yang terbaik untuk kau, sebab tu lah aku kerja separuh mati untuk semua kemewahan yang kita ada ni."
Aku rasa sebak tiba-tiba.
"Aku tahu Ben...aku pun ada kau je. Kalau tak kenapa kau, aku pasti jadi gelandangan sampai sekarang. Aku pasti akan hidup merempat. Aku sayang kau Ben! Jasa kau aku takkan lupa. Demi kau, nyawa pun aku sanggup gadaikan andai itu dapat membalas budi aku pada kau. Aku ada kau je Ben." Aku mula menangis. Tak boleh betul aku bila Ben ungkit kisah lalu.
Ben tarik aku ke dalam pelukannya. Hangatnya pelukan Ben memberi aku ketenangan. Ben segalanya buatku.
"Syhhhh...aku mintak maaf. Aku tak terniat nak buat kau sedih." Terasa usapan Ben pada belakangku mendamaikan hati.
"Kau dah beri aku segalanya. Kau berikan aku tempat tinggal dan pelajaran, malah apa yang kau berikan sangat melimpah ruah. Aku bertuah ada abang macam kau." Ujarku sambil teresak-esak dalam pelukan Ben.
"Aku nak kau faham Bunga, apa yang aku buat semua untuk kau, sebagai persediaan andai sesuatu terjadi pada aku. Aku takkan selamanya dengan kau. Suatu hari nanti aku kena pergi."
Kata-kata Ben buat aku tersentak. Pelukan Ben segera aku uraikan. Wajah Ben kutatap sedalamnya. Ben juga pandang aku.
"Aku tak suka kau cakap macam ni. Aku tak suka!" tekanku.
"Dulu ibu cakap sama macam kau cakap. Dan akhirnya dia pergi tinggalkan aku sendirian. Aku tak nak perkara sama berulang lagi. Aku belum bersedia. Sepuluh tahun bukan satu jangka masa yang lama dan belum cukup lama untuk aku ubati luka lalu. Please Ben...jangan tinggalkan aku sama macam ibu tinggalkan aku."
Keluhan terpaksa terlepas dari mulut Ben.
"Aku takkan tinggalkan kau."
"Janji?"
"Aku janji..."
Aku peluk Ben kembali. Perasaanku reda sedikit.
Usai mandi, aku golek-golek atas katil yang baru ditukar cadar dan duvet. Rancangan asal nak keluar melepak tapi bila dah nampak katil, aku batalkan saja. Lagipun aku tak ada mood nak melepak. Aplikasi instagram aku buka, satu persatu gambar aku scroll, yang mana aku rasa menarik dan aku suka, aku akan like. Yang aku tak suka, nak je aku tekan butang unlike beratus kali tapi malangnya belum ada butang unlike. Haha
Tengah syok-syok aku layan instagram, satu panggilan masuk buatkan aku berpeluh dalam bilik yang sejuk membeku ini. Teragak-agak aku mahu jawab panggilan tersebut tapi perasaan ingin tahu buatkan aku sentuh juga skrin iphone.
"Hello..."
Aku senyap seketika.
"Hell...looo..."
Suara dihujung sana kedengaran sangat gembira membuatkan aku turut tersenyum.
"Hai Aurelia..." ketawa kedengaran dari hujung talian.
"Hai..." balasku perlahan.
Beberapa saat kemudian masing-masing tetap senyap. Aku tak tahu nak cakap apa, yang hujung sana pun membisu saja.
"Kenapa you senyap?" Hardy Mikail menyoal. Suara dia...erm...maskulin! Aku gelak dalam hati. Karang gelak kuat-kuat dia kata aku gila pulak.
"I...I tak tau nak cakap apa. Sebab tak sangka you nak call. Kalau I tau, memang I dah siapkan skrip."
Hardy Mikail ketawa besar. Aku tersenyum mendengar ketawanya, bunyi ikhlas sangat. Ish Bunga! Ketawa orang pun kau tau ikhlas ke tak eh?
"You ni kelakarlah Aurel. Is it okay I panggil you Aurel?"
"Yup! Okay je. So, ada apa you call I ni Mister Hardy Mikail?" tanyaku setelah ketawanya reda.
"Eh, janganlah panggil I Mister, dah macam bunyi mister potato, panggil I darling."
"Wh...what?" soalku gelabah.
Hardy Mikail ketawa lagi.
"Just call me Hardy...so, you tengah buat apa tu? I ganggu you ke?"
"No lah, I pun bukan tengah busy, so okay je you call."
"Erm...apa nak cakap eh?"
Hardy ketawa lagi. Aku hanya senyum.
"Kita buat orientation dulu lah. Kenalkan diri etc etc. So I start dulu eh?"
Aku ketawa kecil.
"Ok...ok...I bagi can you introduce yourself dulu." Balasku.
"Wow! Merdunya you gelak. Rasa nak jumpa you sekarang jugak."
Hardy ketawa lagi. Murahnya lelaki ini dengan ketawa, getusku dalam hati.
"Tak payah nak jual minyak urat sangatlah. Cepatlah introduce diri you. Lambat-lambat nanti you merapu kot lain pulak." Sindiranku buat Hardy ketawa lagi.
"Okay...okay...dengan you ni I cepat leka, so you tak boleh salahkan I sorang je eh Aurel. I start dulu, nama I Hardy Mikail bin Abdul Rahim. I kerja dekat company my dad, jaga bahagian property. Umur 29 tahun, bujang trang tang tang and now tengah cari calon isteri. If you sudi silalah apply, I memang akan accept 200%!"
Aku cebik bibir. Sempat lagi nak selit dia bujang. Alah kalau dah kahwin pun bukan ada lelaki yang nak mengaku, tambah-tambah species buaya macam Hardy ni.
"Itu jelah serba sedikit pasal I kot, nak tahu lebih-lebih kena jumpa."
"Ayat pancing je semua tu..." semburku tanpa sempat menahan. Cepat-cepat aku tutup mulut dengan tapak tangan, takut terkeluar lagi ayat pedas berapi yang lain.
Hardy ketawa lagi. Ish! Asyik gelak je dia ni.
"I dah kenalkan diri officially, now you pulak."
Aku berdeham sebelum bersuara.
"Hai...nama I Aurelia, seperti yang tertera dalam whatsapps." Itu saja yang aku cakap dan aku terus senyap. Hardy pun sama. Setelah seketika aku membisu baru dia bersuara.
"Aih, takkan tu je cik adik manis??"
"Cukuplah tu, cakap or cerita lebih-lebih pun buat apa. Bukan I kenal you pun."
"Laa...tak kenal lah kena kenal, that's why kena introduce."
"Hmmm...kalau dah semua I cerita tak fun lah. You nak tahu kena lah korek sendiri. Kalau nasib you baik dapat lah tahu lebih-lebih, kalau nasib tak baik. Goodbye sajelah jawabnya."
"Tsk...tsk...jual mahal ye...ni yang buat I lagi tercabar ni. Very attractive lah you ni."
"Dah berapa lama jual minyak urat?" soalku sambil tergelak.
Aku rasa Hardy agak blur dan terpinga-pinga dihujung talian tapi tak lama sebelum ketawanya pecah.
"Ish you ni!!! Buat I geram je tau! Pandai mainkan I ye."
Setelah ketawanya reda, Hardy senyap seketika sebelum menyambung bicara.
"I rasa nak jumpa you sangat. Jom keluar now? I pick up nak?"
Ini kali kedua Hardy ajak aku keluar dalam satu hari.
"I baru je kenal you. Baru sekali whatapps dengan you and baru sekali ni I cakap phone dengan you but you dah ajak I jumpa. Memang the answer is no lah."
Kedengaran Hardy mengeluh perlahan.
"I tak tahulah kenapa but I sangat tertarik dengan you. You cantik, fun to talk, tak membosankan I." puji Hardy.
"Dalam phone memanglah, cuba depan-depan, nak pandang muka pun I malu. I ni pemalu orangnya." Balasku sambil tergelak-gelak.
Aku tak nak jumpa kau bukan sebab aku malu tapi gila kau! Karang terkejut pulak Hardy tengok aku lain dari dalam facebook. Tak pasal kena cop mohor PENIPU!
"Tak apa...kalau you malu you tunduk je, jangan tengok I langsung. Ok?" saran Hardy.
"You jangan merapu sangat eh."
"I bagi suggestion je, dah you kata you malu. I nak sangat jumpa you Aurel..." suara Hardy sudah bertukar rentak. Perlahan dan romantik, persis memujuk rayu. Aku telan liur.
"Hardy...I bukan tak nak jumpa you tapi kita baru ke kenal, I tak tahu pun you ni siapa. Penyangak ke, perogol bersiri ke...I bukan perempuan yang senang-senang nak keluar dengan lelaki tak tentu hala. I ada pendirian I sendiri. Let me kenal-kenal dengan you dulu. Bila you dahgain my trust, I sendiri yang akan ajak you jumpa tau. Ok?"
Senyap.
"Hardy?"
Senyap lagi...
"Hello..."
Senyap jugak, tapi aku rasa Hardy masih ditalian.
"Hardy...are you there? Kalau tak nak cakap I nak letak." Ugutku.
"Eh...jangan, jangan!"
Dia seolah-olah teragak-agak mahu berbicara.
"Aurel..."
"Yes?"
"Wow...your voice tadi...manja sangat bila you cakap lemah lembut dengan I. Terus I cair macam ais kena letak tengah panas."
Aku ketawa.
"Gila melampau hiperbola you. Melampau sangat!" ejekku.
"Serious Aurelia...I tak tipu. Sumpah!"
Baru kenal dah nak bermain dengan sumpah. Memang agak tak boleh pakai Hardy ni, telahku dalam hati. Benar kata Wulan, playboy KL ni!
"Eh, dah almost twelve ni...you tak nak tidur ke?" sedar tak sedar hampir satu jam kami berborak di telefon, naik panas telinga aku dibuatnya.
"Okaylah, memandangkan you pun dah halau I, so..I nak tidur lah."
"Eh! Bukan I halau...tapi dah tengah malam, esok mesti you kerja. Nanti tak boleh bangun pagi macamana? Jangan ikut I, I kerja goyang kaki so...no biggie tidur lewat."
"Ya I know, I gurau je la dear...kalau borak dengan you, I tak tidur 3 hari pun tak apa. Tak pergi kerja pun no hal."
Aku ketawa.
"Yelah encik PLAYBOYAA..."
Hardy ketawa besar.
"Eeee... geramnya I dengan you ni. Okaylah dear, I nak tidur dah. Nicetalking to you dear."
Aku ukir senyum. Memang skill mengayat Hardy boleh tahan buat masa ni. Kalau calang-calang memang tumpas dibuatnya.
"Good ni..." cakapku dipotong Hardy.
"Wait! Aurel...I tertarik dengan you. You are different."
"Okay...goodnight." akhirnya itu saja balasanku. Cepat-cepat aku matikan talian. Malas nak dengar ayat buaya Hardy lagi.
Beberapa saat kemudian, whatsapps dari Hardy masuk ke iPhoneku.
Hardy Mikail: Its really nice dapat borak dengan you. Langsung tak bosan. I hope in a future I dapat borak dengan you face to face. Goodnight dear Aurelia. ;)
Aku baca tapi aku tak balas. Bala!

ANDA SEDANG MEMBACA
Bunga Aurelia
RomantikRealiti hidup bukan seindah yg kita jangkakan. Pahit maung harus ditelan. Kematian ibu buatkan dia hampir pitam. Kelam dunianya yg sememangnya gelap itu tapi apakan daya. Yang pergi tetap akan pergi. Hidup perlu diteruskan dan dalam kesamaran Ben...