Bab 13

1K 43 8
                                    



Sedar tak sedar, lagi dua hari seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri dan ini kali pertama aku excited sangat nak sambut hari raya. Mungkin kerana tahun ini aku berpuasa penuh, kecuali hari aku bendera merahlah.

Hampir sebelas tahun aku tidak berpuasa dan sekadar menyambut hari raya ala kadar, tahun ini aku nak sambut sepuas hati.

Buktinya 10 pasang baju raya telah aku beli, untuk Ben dan Peter aku belikan baju melayu, untuk bibik aku belikan jubah dan baju kurung.

Ben agak hairan dengan aku yang beria-ia nak sambut hari raya sampaikan satu rumah aku pasang lampu liplap berwarna warni tapi Ben tak kisah pun malah dia yang upah orang menyuruh mereka mengikut segala kehendakku. Ben memang abang yang baik.

Hubungan aku dan Hardy Mikail makin erat. Setiap hari kami berhubung, ada saja yang aku dan dia bualkan. Kawan-kawanku kata aku gila, bercinta dalam telefon tapi bagiku ini bukan bercinta tapi proses suai kenal. Hahaha…

Setiap hari Hardy akan kejut aku untuk bersahur. Hari pertama memang malas dan liat gila. Bibik pun terkejut bila aku muncul di dapur jam 5pagi, apatah lagi aku siap join bibik bersahur. Sejak hari itu, aku dan bibik bersahur bersama.

Time buka puasa Hardy pasti sibuk whatsapps juadah berbuka yang dia beli, aku pun sama. Hardy pun sudah makin berani menghantar gambar dia dan rakan-rakan atau gambar dia sendiri. Banyak benda tentang Hardy yang sudah aku tahu. Rumahnya, keretanya, bisnesnya dan segala-galanya tentang Hardy. Jenama rokok yang dia hisap pun aku tahu!

Hardy langsung tak berahsia denganku, terang-terangan dia mengatakan cinta tapi aku buat tak reti. Malu dan belum yakin. Aku ada rancanganku sendiri untuk menguji cinta Hardy padaku dan bila tiba masanya aku akan uji dia. Bukan senang untuk aku serahkan hatiku pada sesiapa dan sekali aku serahkan aku tak akan ambil kembali. Itu tekadku!

Hari kedua aku puasa, aku separuh mati. Rasa lembik dan tak bermaya, puncanya aku tak bangun sahur. Lepas pada hari itu aku pastikan aku akan bersahur. Nadia ada jugak menghalangku berpuasa, katanya tak guna aku puasa kalau aku tak solat, apa pun tak dapat, yang dapat lapar, dahaga dan penat. Aku tanya Hardy tapi jawapan Hardy lain pula.

Katanya itu biar Allah tentukan, kalau aku mampu puasa tentu aku mampu solat jadi dirikan solat kalau aku mampu. Ringkas tapi padat.

Kalau tak boleh nak buat macamana, slow-slow kata Hardy. Nak berubah ni bukan senang katanya, tambahan pula nak istiqamah, consistency tu yang penting. Jadi Hardy suruh aku kuatkan semangat dan cuba buat yang terbaik, cuba improve hari demi hari. Aku senang sangat dengan Hardy.

“Hoi! Ingat apa?! Rindu cik abang Hardy lah tu…” tegur Nadia buatkan aku tersentak.

Mataku yang terbuka dek sergahan sahabatku itu aku pejam kembali.

“Mestilah rindu cik abang kita, kita kan ada cik abang.” Balasku kembali dengan suara manja dan gedik. Kedengaran Nadia ketawa kuat.

“Malam ni jom pergi terawih nak?” ajakanku buatkan Nadia ketawa lagi kuat.

“Kau gila ke? Hahaha…dah la esok lusa nak raya baru nak pergi terawih. Choi sangat perangai.”

Aku buka mata lantas menegakkan badan yang tadi sedang bersandar malas pada seat kereta. Nadia disebelah aku pandang, buat muka kasihan.

“Jomlah babe…aku tengok gambar Hardy pergi terawikh macam best je, lepas terawikh boleh dapat makan moreh. Dulu kecik-kecik selalu jugak aku ikut ibu dengan ayah aku pergi terawikh, sekarang ni nak pergi tak ada genglah. Jomlah Nadia temankan aku…takkan aku nak ajak Cindy atau Wulan. Jomlah…jomlahlah…” pujukku lagi.

Lengan Nadia aku pegang dan aku goyang perlahan. Persis anak kecil mahukan gula-gula.

Nadia tarik lengannya, dia rapatkan badan ke pintu kereta. Kononnya takut dengan aku yang duk tarik dan pegang lengannya.

“Eee…apa pegang-pegang orang ni…seram…”

“Bongok!” marahku sambik ketawa.

“Mana Cindy dengan Wulan ni? Dah lama kita tunggu ni…” ujarku lagi setelah ketawa reda.

“Kau tunggu dorang ke?” soal Nadia tersenyum-senyum.

Aku dah buat muka pelik, dah tu nak tunggu siapa lagi kalau tak tunggu dorang, getusku daam hati.

“Kalau kau tunggu dorang, sampai besok pun dorang takkan turun. Dorang dah sampai sana agaknya. Tadi Wulan nak pergi bank, so Cindy temankan. Aku suruh dorang direct pergi sana.”

“Ler…awat tak habaq awai-awai!” ujarku seraya menghidupkan enjin kereta.

“Mentang-mentang nak jadi menantu orang kedah, sekarang dah praktis ye?”

Usikan Nadia buatkan aku ketawa. Kampung Hardy kat Kedah, so jadi orang kedah la aku. Hahaha.

“Haruslah!” aku tekan pedal dan kereta meluncur laju meninggalkan Saville Serviced Apartments yang disewa Cindy dan Nadia.

Bunga AureliaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang