Feminis

321 32 8
                                    

Aku sedut nafas dalam-dalam. Sudah dua minggu aku tunggu hari ini. Selepas hari Sabtu dulu yang sial, aku sangat nanti-nantikan saat ini. Aku suka bau tempat ini. Wangi. Aku sedut lagi udara. Bau wangi ini aku yang punya. I pay good money for it.

Aku baring atas katil yang bercadar putih. Bantal nipis aku sendal di bawah lutut. Procedure biasa, tak payah di suruh-suruh. Aku menunggu dengan sabar.

Pintu di buka perlahan. Fui Fui masuk dan menaikkan selimut hingga ke dadaku. Mungkin juga dia tersenyum, tapi aku tak nampak sebab dia memakai penutup hidung.

"Kakak, macam biasa saya cuci dengan cleanser dulu, kemudian saya spray toner. Hari ni kita buat brightening treatment untuk you. More expensive tapi sikit saja. Saya kasi discount, jangan risau."

Aku anggukkan saja. Fui Fui ni memang suka mencekik darah aku. Tiga minggu sekali jumpa dia, tiap-tiap kali mesti janji nak bagi discount tapi pusing-pusing banyak itu jugak yang aku bayar. Apa nak buat, aku dah ketagih bau bilik spa ini.

Aku tadahkan muka dan Fui Fui mulakan tugasnya. Dia cekap. Tangannya lembut namun tangkas. Dia belai-belai muka aku macam aku ni kekasihnya. Dengan penuh kasih sayang.

"Kakak, sekarang kita buat extraction. Kalau sangat sakit, kasi tau. Saya slow down."

Saat yang aku tunggu. Aku tutup mata dan dia meletakkan kapas ke atas kelopak mataku. Kemudian dia mula memotong, menekan dan mengorek permukaan kulitku. Sakit nak mampus.

Dan aku mengalirkan airmata. Amir yang sial. Celaka. Aku menghiba. Dia tinggalkan aku selepas lima tahun bercinta. It's not you, it's me. Itu katanya. Macam haram jadah. Macam aku tak tau dia dah rapat dengan anak Dato Mahmud millionaire perniagaan kereta mewah. Macam orang tak nampak dia berumahtangga di butik perempuan keparat tu. Padahal dia tau Amir tu boyfriend aku, tetap dia sailang. Macam dah tak ada jantan lain di atas muka bumi ni.

"Sakit ke Kakak?" tanya Fui Fui. Aku gelengkan kepala.

"Sikit lagi, Kakak. Sabar."

Dan dia mengorek lagi. Air mata ku merembes keluar membasahi kapas. Sewaktu Amir buat muka sepuluh sen minta break off dengan aku, muka aku tenang saja.

"I pun dah boring dengan you. I won't cry over a man. You boleh pergi dan I akan move on dengan senang hati."

Angkuh, bukan? Kemudian aku beritahu semua orang, Mira and Amir is no more. Amir dah pergi and good riddance. Aku nak cari boyfriend lain yang lebih matang. Kawan-kawan aku puji aku, aku cool. Lepas putus kasih aku boleh lepak kedai mamak gelak-gelak minum teh tarik.

"Kakak, sangat sakit kah? Kapas sudah habis basah."

"Hari ni you ganas. Sampai menangis saya." Aku gelak.

"Mahu stop dulu?"

"Eh tak payah. Saya ada date lagi tiga hari. Kulit saya mesti flawless."

Fui Fui letak kapas baru atas kelopak mataku. Dan teruskan kerjanya. Dan aku pula teruskan meratap.

Aku perempuan kuat. Menangis membuat aku seorang yang gagal. Tak mungkin aku menangis untuk seorang lelaki yang curang.

Hidup feminisme!

Renyai HujanWhere stories live. Discover now