"Boleh tak engkau just like leave me alone? Just go away, please."
Aku cakap dengan suara aku yang paling garang, dengan nada aku yang paling bengang. Komunikasi dengan orang yang tidak paham bahasa seperti Megat, memang kita terpaksa garang. Bangsa yang rebus tidak akan empok, cakap baik-baik memang tidak ada gunanya.
"Kenapa attitude kau macam ni?" Jawab dia, keningnya bertaut dan ekspresi mukanya memujuk. "Aku mintak maaf. I'm sorry. I screwed up. Aku takkan buat lagi. Aku tak boleh hidup kalau kau tinggalkan aku."
"So apa kau tunggu lagi? Pegi lah mampus, coz we're over, baby. Done. Aku tak nak tenguk muka kau lagi."
"Please Sarina. Give me another chance. I was an arsehole tapi sekarang I swear ... it will never happen again."
Dia tarik tangan aku, dia mahu letakkan genggam tanganku di atas dadanya seperti dulu-dulu bila aku merajuk. Tapi tindakan-tindakan romantik macam itu sudah tidak ada maknanya lagi untuk aku. Aku rentap kembali tangan aku sebelum sempat tersentuh dadanya.
"Go away, Megat. Tolonglah."
Bertengkar di pintu depan Sogo memang bukan benda yang suka aku buat. Malah, ianya memalukan. Menjadi tontonon dan ada risiko menjadi bahan penceritaan di twitter dan facebook.
"Sarina, just one more chance."
"One more chance untuk apa?"
"To make you happy again."
"Megat, you had an affair with my cousin. Ada beribu sundal dalam dunia ni, but you choose that one bitch. She's my cousin, Megat. You can never make me happy again. Happy is just not a place I am in right now. I don't live there anymore."
Mungkin terkejut aku tinggikan suara dan malu ada orang yang sudah tidak segan-segan memerhati kami, Megat terdiam. Aku lihat mata redup dia yang pernah aku sayang berkelip-kelip memandang aku.
"I'm leaving. Jangat ikut aku kalau kau tak nak aku menjerit. Follow me and I will God damn scream this whole bloody mall down. Don't try me."
Dan aku jalan meninggalkan dia yang pernah aku sayang. Aku sudah rugi sepuluh tahun bersama dia dan aku tak ingin hadiahkan walau sesaat lagi pun untuknya.
Gembira? Aku sendiri akan gembirakan hati aku. Aku sudah menjangkau satu tahap di mana aku tidak perlukan orang lain untuk gembirakan aku. Terutama sekali Megat, dia orang terakhir di dalam dunia ini yang boleh gembirakan aku.
Hidup akan aku teruskan.