Seseorang datang kepada kamu dengan matanya yang penuh kasih, tampil menadah hatinya di atas kedua telapak tangannya ... sedangkan perasaan kamu tidak tercuit dan hatimu tidak terasa apa-apa ... dan sesungguhnya cinta sememangnya tidak boleh di paksa.
Dia memandang kamu seolah kamu adalah bima sakti, dia melihat bintang-bintang yang berjuta di wajahmu dan dia ingin letakkan semuanya di dalam genggamannya ... sedangkan kau tidak melihat walau setitik nur dalam dia, dia cuma seperti gadis-gadis yang lain, jantungmu hanya tenang memandangnya ... dan sesungguhnya cinta sememangnya tidak boleh di paksa.
Jangan keterlaluan sakiti dia. Kerana kamu bakal merubah seorang manusia. Apabila kamu tolak cintanya hatta dengan ucapan selembut bayu, kamu tetap akan robekkan hatinya. Tidurnya akan berhias duka dan senyumnya akan pudar menjadi hambar. Kamu akan merubah cinta dalam dia menjadi kejam yang meracuni mimpinya.
Jangan keterlaluan sakiti dia, walaupun semua orang tahu; dia juga tahu ... sesungguhnya cinta sememangnya tidak boleh di paksa.