Kebodohan apakah ini,
Hingga gagah aku menjadi lemah,
Jerit aku menjadi bisu,
Hingga aku sanggup tenang begini,
Senafas dengan udara kotor dan keji
Yang paling aku benci.Lalu aku rentap seluruh perasaan,
Serta segala maruah seorang wanita,
Yang ada di dalam hati,
Dan aku lontarkan ke muka dia.
Ambil (kataku)
Kau ambil lah segalanya,
Kerana kebodohan itu adalah aku
Dan aku adalah engkau yang punya.