Jiwa Tiada Ehsan

83 11 2
                                    

Junita berdiri di depan tingkap, mengadap pandangan indah yang meluas di depan matanya. Dari suite hotel mewah itu boleh di lihat bangunan kedai di mana dia pertama kali bertentangan mata dan hati dengan Shahrul. Dari situ dia boleh juga melihat bangunan yang pernah menjadi tempat kerja Shahrul, melihat taman yang pernah dia dan Shahrul bersantai berdua-duaan bersama. Pemandangan di depannya itu adalah sebuah peta kenangan untuk dia, dan dia mengeluarkan keluh yang tidak perlahan bila masa lampau menghentam kotak fikirannya.

- Shahrul, adakah kau masih ingat, di restoren itu lah kau pertama kali bertemu aku?
- Dan di restoren itu juga lah dua tahun kemudian aku beritahu kau yang aku sudah ada orang lain di dalam hatiku.
- Aku pilih dia kerana dia punya masa depan yang cerah.
- Mana kau sekarang Shahrul?
- Aku harap kau sudah bahagia dengan seorang isteri yang lebih indah peribadinya daripada aku yang bangsat ini.
- Aku harap kau lebih sayangkan dia daripada kau sayangkan aku.
- Aku harap kau sentiasa memberi kata-kata puji kepadanya seperti yang selalu kau berikan aku dulu.
- Aku harap kau sudah tidak cintakan aku lagi.
- Aku harap kau sudah tidak rindukan aku lagi.
- Aku harap kau sudah lama lupakan nama aku.
- Setiap hari aku doakan kau sihat, murah rezeki dan panjang umur.
- Kau lelaki paling baik dalam dunia untuk aku.
- Kau lelaki yang paling sayangkan aku.
- Di mana agaknya kau sekarang Shahrul?
- Mana-mana aku pergi, mesti aku akan cuba mencari wajah kau dalam celahan kumpulan manusia.
- Aku tidak berjumpa dengan kau lagi sejak hari itu, tetapi aku tidak pernah lupakan wajah kau.
- Aku tidak pernah lupakan senyum sedih kau sewaktu kita berpisah, aku akan tetap mengingatinya hingga bila-bila.
- Hari-hari aku rasa bersalah dengan kau.
- Hari-hari aku menyesal.
- Aku curang, dan kau cuma senyum dan ucapkan selamat bahagia kepadaku.
- Kau kata, cinta tidak perlu memiliki.
- Kau kata, pergilah kepada dia jika dia lebih membahagiakan aku.
- Pulupuk matamu bergenang dengan airmata, tetapi kau tetap senyum sambil lambaikan tangan.
- Betapa tulusnya cinta kau, cuma perempuan yang kosong ehsannya akan menolak cinta yang sebegitu jujur.
- Dan jiwa aku memang kosong ehsannya.
- Maafkan aku, Shahrul.
- Maafkan aku, sayang.

"Jun."

Junita menoleh, memandang kepada susuk lelaki yang telah di pilihnya berbanding Shahrul. Wajah yang dulu menyenangkan hatinya, yang membuatnya berpaling dari cinta yang sejati. Wajah yang lembut yang kini dia fahami adalah kepunyaan hati yang ganas dan celaru.

"I nak keluar. You tunggu sini sampai I balik. Lapar you call room service, don't show your slutty face in the lobby. I have friends here too, kalau ada orang bagitau tau I that my wife buat muka bersepah kat sini, you will regret it."

Lelaki itu melangkah ke hadapan dan menghampirinya. Mengikut gerak naluri, Junita melangkah ke belakang seraya mengangkat tangan dalam posisi mempertahankan mukanya. Lelaki itu ketawa, memeluk pinggangnya untuk menyentap dia ke dalam dakapan yang ketat. Dan mencium bibirnya perlahan.

"You are mine. Don't ever forget that."

Selepas itu ciuman lembut itu menjadi kasar hingga lidah Junita dapat merasa darah dari bibirnya. Dan kemudian lelaki itu membuang dia dari erat dakap secara tiba-tiba sehingga dia terpaksa mengimbangi badannya untuk tidak terjatuh ke belakang.

Dan apabila suaminya itu keluar dari bilik hotel mereka untuk entah ke mana; mungkin kepada perempuan-perempuan yang senang menyerah tubuh; Junita merasa tidak kepalang leganya lalu mengucap syukur kali itu dia selamat dari sepak terajang lelaki pilihannya.

Lalu dia kembali berdiri di tepi tingkap, menyelami memori silamnya bersama Shahrul sambil berfikir, dia sememangnya layak mendapat nasib yang begini.

Dia melukai Shahrul dan sekarang dia pula di lukai. Karma tidak pernah silap.

 Karma tidak pernah silap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Renyai HujanWhere stories live. Discover now