Flashback

97 13 1
                                    

"Drive safe okay?"

Aku ketawa, aku jawab entah apa, aku pun tidak ada ingatan tentang apa yang aku jawab. Mungkin sesuatu yang melucukan untuk tenangkan hatiku yang bergelora.

Yang aku ingati cuma senyumannya selepas aku menjawab, dan jantungku lupa untuk berdenyut untuk seketika. Ciptaan Tuhan paling indah, itu lah, senyuman itu. Lebih indah dari mesranya merah matahari ketika tenggelam ke dalam garis bumi.

"Drive safe okay?"

Dan kata-kata itu aku pegang sebagai azimat untuk aku lepas dari rindu ini. Walaupun kasihsayang itu di berikan padaku cuma sebagai seorang sahabat, ianya terlalu bermakna.

"I will. Thank you for caring." Itu jawapan sebenar aku. Yang aku simpan di dalam hati.

Hati yang akan selalu mendokan segala kebaikan untuk dia.

Renyai HujanWhere stories live. Discover now