Perempuan Yang Kuat

89 16 4
                                    

(Aku dengar mereka berbisik,
Lihat itu,
Dia perempuan yang tidak pernah lemah)

Aku pikul berat rindu ini,
Merentas daerah yang mesranya sepi.
Aku tanggung cela yang sempurna ini,
Dalam dahaga yang tidak akan mati.
Aku bina kota cinta yang sejati,
Di celah runtuhan setia yang sukar di cari.
Aku kait benang benci menjadi damai,
Dengan jarum cekal yang melukakan hati.

(Aku perempuan
yang tidak pernah lemah,
Aku kuat kerana aku terpaksa)

(Aku perempuanyang tidak pernah lemah,Aku kuat kerana aku terpaksa)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Renyai HujanWhere stories live. Discover now