Kemaafan aku bukan bererti
bingkisan sabar yang sentiasa mulia,
sentiasa jernih menari-nari.Sabar aku tidak sempurna,
sesekali bersentuh kerikil dusta mu
rasa aku kembali sakit, kembali hiba.Tebarkan lah pula sabarmu,
berikan manis pada pahit kenangan,
aku tidak perlukan rajuk di wajahmu.Jika cinta kita ini ingin punya nikmat,
santuni emosiku yang sering kalah,
kerana aku manusia bukan malailat.