Tidak lama selepas peristiwa itu, Aqiq menubuhkan kumpulan sembang baru di Whatsapp dan ditambah masuk sepupu-sepupu mereka yang lain. Kumpulan yang dinamakan 'Misteri Kak Hana' itu menjadi kecoh dengan cerita yang disampaikan oleh kembar itu. Dan kini, mereka sedang duduk semeja untuk membincangkan misteri ini.
"Apapun yang berlaku, kita kena tahu dulu siapa lelaki tu," cadang Iza.
"Bagaimana kau tahu itu lelaki?" curiga Abang Shauqi.
"Eh, ya tak ya jugak. Aku terpikir sebab Kak Hana cakap pasal kahwin,"
"Erm, mungkin jugak. Sebab kami pun rasa itu lelaki." Aqil dan Waqiq menyokong.
"Kalau betullah Kak Hana cakap pasal kahwin, pastu pasal duit...by hook or by crook kita kena tahu jugak siapa dia tu!" Nana menambah.
"Oh my god, kita tak boleh biarkan Kak Hana kena kena peras ugut dengan orang tu!" Iza juga bertambah angin apinya.
"Okay. Jom set up plan kita" ujar Nana dengan semangat.
Keputusan sepakat diraih. Aqil dan Waqiq memainkan peranan yang begitu besar dan penting. Maklumlah, mereka sahaja yang ada di rumah dengan Kak Hana sepanjang masa. Pertama sekali, Aqil dan Waqiq perlu tahu waktu dan tempat Kak Hana akan berjumpa dengan penghubung itu. Selain itu, gerak geri Kak Hana juga mereka perlu perhatikan. Selain daripada jadual kuliah Kak Hana, Aqil dan Waqiq perlu tahu kalau-kalau Kak Hana ada keluar ke tempat-tempat lain. Waktu ini, Abang Shauqi akan mengintip Kak Hana dari jauh. Selepas mendapat tahu butiran temu janji Kak Hana nanti, Nana dan Kak Najwa akan ke sana untuk mengintip pula. Sementara Abang Aki dan Kak Najwa akan bergilir-gilir menziarahi rumah mereka. Selain daripada cuba mengorek rahsia Kak Hana, mereka juga akan cuba mencari apa-apa petunjuk di sana. Begitu semangat sekali mereka ingin menyelesaikan misteri Kak Hana mereka. Mereka akan mulakan pengintipan fasa satu ini ketika cuti sekolah yang akan bermula tak lama lagi.
Hari berganti hari, Aqil dan Waqiq bersikap seperti biasa. Cuti sekolah selama dua minggu baru bermula. Di rumah, mereka berborak dengan Kak Hana dan Nad seperti selalu cuma mereka sering menanyakan Kak Hana mengenai rancangan hariannya. Buat apa hari ini? Lepas kelas akak ada apa? Akak ada pergi mana-mana? Akak tak jumpa kawan ke hari ini? Soalan-soalan ini kedengaran sahaja seperti mengambil berat akan Kak Hana namun Kak Hana berasa agak rimas. Seolah-olah kembar ini ada sesuatu yang diminta. Malah, mereka seolah ingin Kak Hana keluar dari rumah sekiranya tidak ada kerja di rumah! Kak Hana sesekali bertanya juga kalau-kalau kembar ini inginkan sesuatu atau meminta Kak Hana membelikan apa-apa darinya jika dia keluar tetapi mereka menidakkan sahaja. Sudahnya, Kak Hana buat bodoh dengan pertanyaan mereka dan mengganggap tiada apa-apa.
Pernah suatu petang Kak Hana memaklumkan dia akan ke kedai sebentar, bertubi-tubi soalan dari kembar itu. Kat mana? Dengan siapa? Nak buat apa? Nak beli apa? Kak Hana makin pusing. Dia hanya ingin membeli bahan membuat dadih sahaja dan apabila ditanyakan jika mereka ingin mengirim apa-apa barang, tidak ada pula. Tetapi apabila Kak Hana keluar sahaja dari rumah, cepat-cepat hal itu dimaklumkan dalam kotak sembang 'Misteri Kak Hana'. Apalagi, bergegas Abang Shauqi ke sana. Walaupun setiap satu dari mereka tahu mereka mungkin tidak akan dapat apa-apa petunjuk waktu itu, mereka tidak pernah kesal untuk menggunakan masa mereka mengintip Kak Hana demi memastikan kebahagiaan Kak Hana.
Seperti dijangka, Abang Shauqi pulang dengan tangan kosong. Kak Hana hanyalah membeli barangan dapur di sebuah kedai dan dia berseorangan sahaja. Namun itu tidak mematahkan semangat mereka semua untuk meneruskan rancangan mereka. Demi kebahagiaan Kak Hana yang mereka sayangi, mereka akan terus berusaha kerana mereka yakin Kak Hana layak mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Hal ini kerana mereka semua tahu, Kak Hana dan Maklonglah yang banyak membantu mereka ketika mereka kecil.
Di akhirnya tiada hasil yang mereka dapti dari pengintipan tersebut. Namun, mereka tetap takkan berputus asa. Fasa satu mungkin gagal, tetapi mereka akan teruskan rancangan ini!
YOU ARE READING
Misteri Kak Hana
HumorKak Hana bukan insan biasa-biasa di pandangan mata mereka. Bagi mereka, Kak Hanalah ibu yang mengasihi, ayah yang melindungi. Jasa Kak Hana sedikit pun takkan dilupakan. Kasih sayang mereka terhadap Kak Hana tidak terharga. Apa yang Kak Hana mahukan...