Rupanya bukan mereka berdua sahaja di restoran itu. Beberapa minit kemudian, dua lagi rakan mereka tiba untuk menyertai makan petang itu.
"Tahniah Jebat! Tak sangka aku kau dah nak kahwin", ujar seorang rakan lelakinya.
"Terima kasih"
Tahulah Nana nama lelaki itu Jebat. Nana mengeluarkan telefon menghantar informasi terbaru kepada mereka.
Abang Aki - Uiks, apa klasik sangat nama
Iza - Jap, so kak hana mmg kahwin la dgn lelaki tu?
Nana - Entah. Tak dengar lagi.
Kak Najwa - Maybe weh!! tadikan dah cakap pasal cincin!
Iza - OMG!!
Abang Aki - Chill chill. Nana kau buat dulu kerja kau
Nana - Roger!
Kak Hana dan rakannya berborak seperti biasa. Nana teruskan mendengar. Sambil-sambil itu, Nana melayan akaun Instagram. Ketika itulah, ideanya datang menjelma. Dia sudah tahu nama lelaki itu Jebat, maka dia akan mencari akaun miliknya melalui senarai pengikut Instagram Kak Hana. Namun, sayang sekali akaun Jebat bukan akaun terbuka, dia tidak dapat melihat foto-foto pemilik akaun tersebut. Nana menghentikan misi stalking itu.
"Kau orang bila pulak?" tanya Kak Hana.
Rakan perempuannya menyahut, "Eh, eh tanya orang pulak. Tunggu kau dululah. Hahahaha!"
"Aku belajar lagi ngok. Lepas dapat kerja nantilah baru fikir"
Nana sudah mengagak. Kak Hana bukannya kahwin dengan lelaki bernama Jebat itu. Seketika dia merasakan tindakan mereka ini hanya andaian semata-mata. Mungkin Kak Hana hanya membantu Jebat sahaja. Sebagai peminat novel dan drama, Nana dapat menganalisis situasi dengan cepat. Nana mengeluh. Terasa sia-sia pula rancangan ini. Mungkin dia dan sepupu-sepupunya terlebih reaksi. Mungkin juga mereka hanya terlebih risau. Kalaulah Kak Hana tahu apa yang mereka lakukan ni dibelakangnya, matilah mereka semua!
"Eleh, takkan kau tak ada calon pulak. Mamat hari tu amacam?" usik Jebat.
"Uish, tak ada apa-apalah! Kenal pun tak"
"Eh, kau tak tahu ke Jebat? Hana dah ada yang punyalah! Sebab tu dia buat bodoh je dengan mamat hari tu. Aku pun tunggu dia kahwin dulu. Ha, dia tak cakap apa-apa ke Hana?" rakannya memcahkan rahsia. Wajah Kak Hana berubah kelat, bengang dengan mulut tempayan rakannya yang satu itu. Jebat pula terkejut mendapat berita itu.
"Seriuslah Hana? Hahaha patut aku ajak kau naik pelamin sekali dengan aku aje. Jimat duit buat kenduri. Hahaha!" usik Jebat lagi.
"Ish dahlah! Aku tak nak cakap pasal tu" marah Kak Hana.
"Eleh, marah konon. Garang sangatlah kau ni Hana. Macam manalah lelaki tu boleh nakkan kau" mereka semua ketawa.
Nana hampir tersedak!
****
Nana - kita ada masalah baru !!!
Waqiq - Apa???
Abang Shauqi - ???
Nana - ok. Lemme explain first. Jebat dengan k.hana seriously takde apa2. yang nak kahwin Jebat sorang aje. K.hana cuma tolong dia. Ok, nana rasa kes tu da settle. Tapi tadi nana dengar yang k.hana dah berpunya!
Kak Najwa - biar betik!
Aqil - eeeehhhh !! tak pernah pulak perasan.
Abang Aki - sape duh?
Iza - omg! Sape?!
Nana - nana tak tahu. T^T tapi pasal duit tu nana rasa takde kaitan dgn k.hana.
Iza - ok. so kita kena carik la sape lelaki tu?
Kak Najwa - hmm yela kot. Takkan lah nak bagi k.hana kahwin dengan tah sape2.
Abang Aki - kita jumpa weekend ni.
Aqil - Yosh!
Abang Aki - kau da balik ke nana? Waqiq dgn aqil jangan lupa tugas korang.
Waqiq - no problem.
Nana - dah. Ok, kita jumpa nanti.
****
Zaki, Iman dan Aris sudah menghabiskan cuti sekolah selama seminggu mereka di rumah sahaja. Mereka berhasrat ingin menziarahi atuk di Kuala Petang pula minggu itu. Kakak mereka, Iza berada di rumah Kak Najwa dan Nana kerana bersekolah di tempat yang sama dengan Nana. Sedikit sebanyak, mereka rindu juga akan kakak mereka itu. Maklang bersetuju akan menghantar mereka petang Jumaat itu ke sana. Kak Hana dan Maklong sudah dimaklumkan. Seperti biasa, mereka menyambut kehadiran saudara mereka itu.
"Zaki !" jerit Waqiq. Aqil dan Waqiq berlari mendapatkan Zaki. Mereka bertiga tersenyum gembira dan bergelak ketawa setelah berjumpa. Lantaran di usia yang sama, Zaki paling rapat dengan kembar ini dan mereka sering bersama. Makan malam pada Jumaat itu cukup meriah. Selain daripada mereka bertiga, Paklong, suami kepada Maklong juga pulang. Zaki juga mengajak Kak Najwa, Nana dan Iza datang ke rumah itu untuk makan bersama.
Selepas makan malam, Zaki berborak dengan kembar dua itu. Pelbagai topik disembang mengundang ketawa daripada mereka bertiga. Zaki cukup seronok dapat bertemu mereka setelah sekian lama sejak cuti sekolah ketika perayaan tahun baru cina.
"Kenapa kau tak balik minggu lepas, weh?" tanya Aqil.
"Ibu aku ada hal. Lagipun ibu suruh kami habiskan kerja rumah dulu. Haha sorrylah", jawab Zaki.
"Hmm... itulah, kau dah terlepas cerita hot. Ada benda besar berlaku!"
Zaki memandang pelik. Sejak bila pula mereka berdua ni suka bergosip? Kalau ada benda nak diceritakan pun, biasanya mereka cerita macam biasa sahaja. Tak perlulah nak cakap hot ke tak. Macam orang perempuan bergosip saje.
"Amende? Lain macam je aku dengar"
Aqil dan Waqiq tersengih kambing. Kemudian mereka berjalan ke arah Iza yang berada di pangkin itu untuk membuka kisah misteri Kak Hana. Iza mengambil keputusan untuk tidur di situ bersama adik-adiknya yang baru sampai sementara Kak Najwa dan Nana sudah pulang ke rumah selepas solat Maghrib berjemaah tadi. Iza, Waqiq dan Aqil menceritakan segalanya tentang Kak Hana dan misi pengintipan mereka. Terkejut juga Zaki dengar. Walaupun Zaki bukanlah antara sepupu yang pernah tinggal di rumah itu ketika kecil, dia tahu betapa Iza amat menyayangi Kak Hana sebegitu juga dengan dia yang menyenangi Kak Hana.
"Habis, Nad tak tahu ke?"
"Tak. Takut nanti kalau dia pun action jugak, Kak Hana boleh syak apa-apa" jawab Aqil.
"Hmm... tapi bukan ke Kak Hana tidur dengan Nad? Kan lagi senang nak minta Nad carikan petunjuk?"
Iza dan kembar itu terdiam. Mungkin betul kata Zaki.
"Ya tak ya juga kata kau. Tapi, boleh ke Nad tu?" ujar Iza.
"Memandangkan kau orang pun dah balik sini, aku rasa boleh kut ada yang cover kan kita. Jangan bagitahu Aris dengan Iman."
"Kita tanya dulu diorang okay ke tak dengan plan ni" cadang Aqil.
YOU ARE READING
Misteri Kak Hana
HumorKak Hana bukan insan biasa-biasa di pandangan mata mereka. Bagi mereka, Kak Hanalah ibu yang mengasihi, ayah yang melindungi. Jasa Kak Hana sedikit pun takkan dilupakan. Kasih sayang mereka terhadap Kak Hana tidak terharga. Apa yang Kak Hana mahukan...