Misteri

36 2 0
                                    

'Baru tunang aku dah pengsan. Kalau dia ajak kahwin aku tak tahulah masa tu aku jadi apa', Kak Hana ketawa dalam hati apabila mengenangkan peristiwa itu. Sudahnya dia dan Adam akhirnya mengikat tali pertunangan. Perkara ini selain mak dan ayah, yang tahu cuma atuk dan makcik-makciknya. Namun, atas permintaan Kak Hana, dia mahu menyembunyikan perkara ini daripada adik-adiknya dan sepupu-sepupunya.

Pertamanya, mereka tersangatlah prihatin sehingga semua perkara dalam hidupnya mereka inginkan yang terbaik untuknya. Semasa memilih fakulti ketika mengisi borang pun mereka gigih mencari maklumat di internet memastikan pilihannya tepat. Baru tanya cadangan jenama komputer riba mana yang bagus, mereka sudah pun belikan sebuah untuknya! Kak Hana tidak pasti mengapa walaupun dia selalu menolak tawaran-tawaran mereka. Jadi, Kak Hana tidak mahu mereka memilih bulu pula dengan siapa dia jadikan pasangan hidup.

Keduanya, mereka kenal Adam tu! Mahu tak gila mereka nanti kalau dapat tahu pasal Adam ni. Habislah Adam kena soal siasat sampai ke lubang cacing pun mereka akan cari.

"Haah kak. Macam mana akak berbaik dengan dia?" Iza mengulang soalan Abang Aki. Kak Hana tersentak dari lamunannya lalu tersenyum sinis. Wajahnya relaks sedikit berbanding tadi.

"Adalah",  Kak Hana menjawab dengan berlagaknya sambil berlalu pergi ke dapur untuk makan. Dia terasa lapar.

"Alaaaaa..." dari jauh terdengar suara keluhan mereka semua. Kak Hana hanya ketawa.


**********************************

Habis juga!! Yeayy... Penat buat cerita ni. Siap buat draf untuk pastikan timeline cerita ni logik dan menarik. Paling susah part nak decide umur watak-watak ni. Apa pun, TERIMA KASIH kerana membaca :) Sebarang cadangan, komen dan kritik amat dialu-alukan. 

Misteri Kak HanaWhere stories live. Discover now