(3)

26 2 0
                                    

Semester duaku hampir habis. Tapi tiada langsung berita dari Adam. Kadang-kala aku akan menilik nombor telefonnya berkira-kira sama ada mahu menghubunginya atau sekadar menghantar mesej atau tidak langsung. Namun akhirnya aku hanya membiarkan persoalan itu berlalu begitu sahaja. Entah, kadang aku rasa marah dengan Adam sebab dia minta nombor aku tapi tak reti nak gunakannya sebaik mungkin. Kadang-kadang juga aku marahkan diri aku sendiri sebab mengharapkan dia menghubungiku dulu.

Ketika cuti, Makngah membelikan telefon canggih untukku. Zaman dah berubah, orang pakai Whatsapp je katanya. Dari situ, tahulah aku Adam juga sudah memiliki Whatsapp. Tapi macam tak ada harapan je dia nak chat dengan aku. Ya Allah! Hanaaaa!! Kenapa dengan kau ni?!

Genap setahun berlalu. Aku mula lupakan harapanku dan meneruskan pembelajaran seperti biasa. Pada suatu malam hari lahirku, akhirnya Adam memulakan sembang. Tapi aku berasa marah sangat sehinggakan aku tidak mahu membalas mesejnya. Ada ke patut dia tulis, 'Assalamualaikum Hana. Selamat Hari Lahir. Harap awak baik-baik saje. Dila rindukan awak, dia kirim salam. Jaga diri'. Huwaa!!! Kepala hangguk dia cakap yang rindukan aku tu Adila! Aku rasa nak cekik-cekik aje dia kalau dia di depan aku sekarang. Aku tahu aku mengharapkan dia dan aku tak patut mengharapkan dia tapi aku rasa dia tipu aku. Dan sememangnya malam itu aku tidak membalas langsung mesejnya.

Sejak malam itu, Adam akan menghantar mesej sekali-sekala. Mungkin jarang-jarang sebab dia kata dia sangat sibuk. Dia ada memaklumkan perkembangan kerjayanya. Katanya dia semakin sibuk selepas naik pangkat. Kali ini kerjanya di pejabat dan tapak penghantaran surat untuk diuruskan. Perkembangan Adila juga diberitahunya. Kadang-kadang dia bertanyakan juga tentang aku. Aku macam biasalah, masih dengan egoku. Aku cuba untuk tidak membalas mesej-mesej itu lebih daripada sekadar 'Ok', 'Ya', 'Tak' dan 'Baik'.

Walaupun sedih sebab dia jarang menghantar mesej, jauh di sudut hati aku gembira kerana dia berusaha keras dalam kerjanya. Maklumlah, dia terus bekerja selepas SPM tanpa menyambung pelajaran di mana-mana. Melihatkan dia berjaya berada di tahap itu pada usia muda amatlah membanggakan. Pun begitu dia masih cuba menanyakan keadaanku - yang mana aku pulak jawab acuh tak acuh. Mujur dia bersabar melayan egoku. Aku pun tak pastilah lelaki manalah yang boleh sabar layan perangai aku selain dia?

Ketika aku hampir habis tahun kedua pengajianku, Adam menelefonku suatu malam. Lepas sahaja aku menunaikan solat Isyak, secara tepatnya. Masa tu Tuhan je tahu betapa gelabahnya aku untuk membuat keputusan sama ada mahu angkat atau tidak. Berpusing-pusing dalam bilik sambil pegang telefon, memandang tepat ke arah skrin. Namanya tertera! Aku tak mimpi, aku tahu! Tapi sumpah rasa gelabah dan...malu? Apahal malu pulak?!

Lambat-lambat aku mengangkat panggilan itu. Mataku terpejam sambil mengetap bibir. Malunya! Tak tahulah kenapa. Suaranya di sebalik talian menyapa. Aku hampir lupa akan bagaimana suaranya setelah sekian lama kali pertama dia menelefonku dahulu. Ah, Hana! Itu dahulu. Sekarang ni kau nak jawab ke tak salam dia ni? Sempat pulak aku mengelamun.

"Ehem, ehem. Waalaikumussalam"

Kami berborak sekejap sahaja. Adam cuma mahu memberitahu bahawa hujung minggu ini dia dan Adila ingin berjumpa denganku di tasik. Jadi, dia hanya ingin menanyakan persetujuanku. Aku bersetuju sahaja memandangkan sudah lama tidak bertemu dengan mereka. Malam itu, aku sukar melelapkan mata!

Ahad itu, Aqil, Waqiq dan Nad ke rumah Maklang kerana Maklang baru sahaja pulang dari Langkawi. Adik-adikku teruja sangat nak makan coklat jadi mereka ke sana dibawa atuk. Sebelum aku keluar pergi ke tasik, aku sempat makan tengah hari bersama mak dan ayah. Tapi, belum sempat aku bersiap sepenuhnya, sebuah kereta menghampiri rumah. Aduh, ada tetamu pulak. Siapalah tu, bad timing betul. Buat aku serba salah pula nak tinggalkan rumah kepada mak dan ayah begitu sahaja.

Mak menyambut tetamu itu sementara aku memakai tudung. Setelah itu, aku menyiapkan teh o panas dan menyusun cawan dia atas dulang. Tiba-tiba mak masuk ke dapur dan berkata dalam nada mengusik, "Hana tak cakap pun ada orang nak datang. Kalau tahu boleh siapkan juadah". Aku memandang pelik kepada mak. Aku tak faham apa yang dia cakap.

"Apa bendanya mak? Siapa kat luar tu?"

Mak buat muka annoying. "Boyfriend kaulah"

Terbuntang mata aku mendengar kata-kata mak. Siapa yang memandai menipu mak aku yang dia tu boyfriend aku ni ?! Segera aku ke tepi pintu masuk dapur untuk mengintai tetamu di hadapan. Lagi terbuntang mata aku rasa macam nak terkeluar biji mata aku! Adam?!

Oh my God, apa dia dengan keluarga dia buat kat sini? Kenapa dia datang rumah pulak? Kata nak jumpa kat tasik? Dengan Adila aje berdua? Aku tak ingat pun dia ada cakap pasal nak datang rumah?Aku tak mampu berfikir dengan rasional. Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? Apa aku nak buat??! Tergaru-garu kepalaku.

Aku tersentak bila mak menyiku aku. Dia mengajak ke ruang tamu, menyambut tetamu di hadapan. Dengan malunya aku ikut mak dari belakang. Tapi, masih cuba untuk memaniskan wajah dengan menarik nafas dalam-dalam. Aku menghampiri Adila dan gadis itu kelihatan sungguh gembira menyambutku. Di sebelahnya, seorang wanita kelihatan sebaya mak yang merupakan makcik mereka. Lelaki tua di sebelah Adam pula rupanya ayah mereka. Aku jadi gugup.

Ayah menanyakan tujuan kedatangan mereka. Dan aku tak tipu aku hampir pengsan bila aku mendengar jawapan mereka - merisik Hana!

Adila mengusap-usap tanganku sambil tersenyum manis kepadaku - yang berjaya 'menghidupkan' aku sebelum aku betul-betul pengsan. Jantung aku berdebar-debar sangat rasa nak pecah. Aku jadi tak terkata, kaku, pening-pening lalat, badanku menggigil dan terasa kakiku sejuk. Aku langsung tak berani nak pandang Adam apatah lagi ayahnya. Makcik sebelah Adila pun aku belum pasti untuk memberi respon atau tidak.

Mak memegang tanganku lembut sebelum bertanya, "Hana ada yang berpunya ke?" Ya Allah, malunya! Aku tunduk je muka sambil menutup muka dengan tangan kiriku. Memang tak berani nak pandang sesiapa!

Aku menggeleng. Kemudian mak tanya lagi, "Hana kenal ke Adam ni?" kali ni aku mengangguk. Masih menutup wajah. Aku rasa Adam tengah gelakkan aku. Tak guna betul!

"Hana...setuju tak kalau Adam berhasrat untuk terus bertunang dengan Hana?" saat ini pandanganku kelam dan aku betul-betul pengsan.

Misteri Kak HanaWhere stories live. Discover now