<Imbas kembali - Kak Hana's POV>
Semester satu sudah sampai ke pertengahan. Kerja-kerja tugasan tidak berhenti mendatang. Lepas siap satu, datang lagi satu. Dengan nak kejar silibus lagi, boleh pengsan aku. Pun begitu, aku bersyukur dapat menumpukan fokus sepenuhnya dalam pembelajaran kali ini. Sesi persekolahan menengah tinggi aku adalah paling mencabar. Di samping belajar, aku terpaksa membantu keluarga mencari nafkah lebih demi menampung kehidupan keluarga besar ini. Mujur SPM aku cukup makan. Keputusan 7A aku sejujurnya sudah layak ke pusat asasi ataupun matrikulasi tetapi aku memilih untuk meneruskan Tingkatan 6 sahaja di sekolah lama supaya lebih dekat dengan keluarga.
"Hana, jadi tak datang petang ni?" tanya Raihana. Dia merupakan rakan kumpulan kerjaku. Selain Raihana, Jun dan Laila juga antara ahli kumpulanku. Kami bercadang ke rumah Raihana dan bermalam di sana untuk perbincangan kerja tugasan yang seterusnya. Esok merupakan hari Sabtu jadi tiada masalah untuk bermalam di sana. Kali ini, kerjanya tidak seberat seperti yang sebelumnya tetapi tempohnya dipendekkan.
"Jadi. Lepas Asar aku datang", jawabku. Kemudian Raihana menconteng di sudut buku teksku. Tercatat alamat rumahnya dengan tulisan kecilnya. "Okay, jumpa nanti", Raihana berlalu pergi. Aku menilik alamat itu. Taman Utama 4?
Seperti yang dijanjikan, aku ke sana dengan motosikalku. Ketika aku memasuki kawasan perumahan itu, di pertengahan jalan, aku ternampak seorang wanita tua seperti sedang cuba membuka pintu pagarnya dari dalam dengan agresif. Lagak seperti orang nyanyuk sahaja. Siap menjerit-jerit dengan tutur kata yang tidak jelas. Siapa yang jaga dia? Mana orang rumah lain?
Aku memberhentikan motosikalku kemudian menghampiri pagar rumah itu. Lalu menyapa wanita tua itu. "Assalamualaikum, nenek", sambil tersenyum aku bertanya lagi "...nenek nak buka pagar ke?" Wanita tua itu memandangku. Wajahnya sedikit relaks berbanding tadi. Tiba-tiba nenek itu menangis. Terkejut aku! Alamak, aku buat salah ke? Err...macam mana nak pujuk?!
"Nek, err...kenapa ni? Janganlah nangis. Err...tak ada orang ke kat rumah nenek?" aku cuba pujuk. Kemudian nenek itu tersedu-sedu cuba menghentikan tangisnya.
"Aku lapar! Aku nak makan. Aku lapar!" kemudian dia mengulang-ngulang lagi betapa laparnya dia. Terkebil-kebil aku mendengar jawapannya. Sah! Memang dia nyanyuk kut. Perangai macam budak-budak aje.
"Eh, err...nenek lapar? Nenek nak makan apa? Saya belikan?" aku cuba lagi pujuk. Hesh, manalah keluarga dia ni? Takkan takde sorang pun kat rumah? Nasib kaulah Hana, siapa suruh kau tegur nenek ni. Kau tanggunglah sendiri!
"Tak nak! Putera raja aje boleh dapatkan makanan aku. Aku tak nak makanan kau". Arrkkk!!! What the... Eh, eh nenek ni bukan main lagi dia punya demand. Sampai terangkat-angkat kening sebelah aku.
"Okay, okay. Sekarang ni putera raja kat mana?"
"Tengah beli makanan aku. Mana dia ni?"
Baruku tahu dah ada yang belikannya makanan rupanya. Jadi, aku perlu tunggu dialah ni? Sebelum nenek ni buat bising lagi baik aku layan dia. Lalu aku pun duduk bersila di hadapan pagar yang memisahkan aku dengan dia. Aku cuba berborak dengan dia.
"Oh...nenek selalu dapat makanan apa?"
"Chicken chop. Kadang-kadang aku dapat kek", jawapan nenek itu membuatkan aku tertawa. Betulkah?! Untungnya hari-hari makan chicken chop.
YOU ARE READING
Misteri Kak Hana
HumorKak Hana bukan insan biasa-biasa di pandangan mata mereka. Bagi mereka, Kak Hanalah ibu yang mengasihi, ayah yang melindungi. Jasa Kak Hana sedikit pun takkan dilupakan. Kasih sayang mereka terhadap Kak Hana tidak terharga. Apa yang Kak Hana mahukan...