Terbeliak mata Nana mendengar cerita Abang Shauqi. Dia hampir tak terkata apabila mendapat tahu hal ini. Secara amnya, mereka sudah tahu siapa teman lelaki Kak Hana dan misi ini hampir berjaya. Eh, tapi betul ke dia memang teman lelaki Kak Hana? Ingatannya pada Jebat yang disalahertikan oleh mereka menjadi petanda bahawa mereka tidak boleh terus membuat keputusan.
"Err...abang rasa betul ke lelaki itu boyfriend Kak Hana? Manalah tahu kali ni pun salah faham macam hari tu?" gusar Nana. Abang Shauqi terdiam. Betul kata Nana. Mereka tidak boleh teruskan mengandai sahaja. Kemudian dia mengeluh.
"Entahlah. Aku rasa macam ya je. Kau tahu kan Kak Hana mana guna saya-awak dengan kawan-kawan dia. Tapi yang aku dengar tadi dia orang guna saya-awak tu" Nana mengangguk kecil. Mungkin ini petunjuk mereka memang ada apa-apa.
"Tapi aku pun tak naklah kita terus buat conclusion macam kau cakap. Apa pun kita kena siasat lagi"
Petang itu biasa-biasa sahaja. Kak Hana dan lelaki itu sekadar berjumpa, berbual dan makan bersama sambil berjalan-jalan di taman itu. Selepas Kak Hana bergerak pulang, Nana dan Abang Shauqi pun pulang ke rumah masing-masing.
***Misteri Kak Hana***
Nana - I guess we found that guy.
Zaki - seriuslah? Siapa? Eh kak nana pergi dengan siapa?
Abang Shauqi - Adalah orangnya. Nak cerita sini susah. Kita set up meeting.
Nana - tadi ada abg shauqi sekali haha.
Kak Najwa - Roger! Selasa aku ngan nana free.
Aqil - kami semua masih cuti. Bila-bila pun boleh.
Abang Aki - I guess I will just reserve the day haha.
******
Kali ini mereka berkumpul di rumah atuk sahaja. Kak Hana seperti biasa ke kuliah. Malah dia menyatakan kelewatan kepulangannya nanti lantaran ada kerja kumpulan. Mereka berbincang di ruang tamu sementara Aris dan Iman mengikut atuk ke kebun belakang. Satu per satu situasi diterangkan oleh Nana dan Abang Shauqi. Tiada sedikit pun informasi yang terlepas dalam penceritaan mereka. Seperti dijangka, reaksi mereka bukan main lagi terkejutnya. Kak Najwa dan Abang Aki yang sudah tahu awal daripada Nana kekal tenang. Iza paling kuat jeritannya, memandangkan dia kenal benar siapa lelaki itu.
"What the heck... lelaki gila tu?!" jerit Iza. Nad, Aqil, Waqiq dan Zaki masih kekal dengan wajah tak percaya.
"Nama dia Adamlah. Stop calling him 'lelaki tu'" tegur Abang Aki.
"Oh yeah? Sekarang kita kena panggil apa? Abang Adam", ejek Iza. Bukanlah niat dia mempermainkan teguran Abang Aki tetapi dia sungguh tak percaya Kak Hana boleh sangkut dengan lelaki bernama Adam itu! Nana, Kak Najwa dan Nad buat muka muntah.
"Err...okay sekarang ni cukup-cukuplah dengan rasa tak puas hati ke apa. Kita kena teruskan misi ni. Apa plan kita lepas ni?" Abang Shauqi cuba menenangkan keadaan.
"Pertama, kita keluarkan semua persoalan yang kita ada. Dari situlah, kita boleh set goal baru untuk misi kali ni", terang Kak Najwa.
Aqil mengeluarkan pen dan kertas. Kemudian menulis persoalan-persoalan yang diluahkan.
1. Sejak bila Kak Hana dan Abang Adam berbaik?
2. Latar belakang Abang Adam.
3. Kenapa Kak Hana boleh suka Abang Adam?
4. Kenapa Abang Adam mendekati Kak Hana? Apa niat dia?
5. Kenapa mereka guna saya awak?
6. Kenapa Kak Hana tak bagitahu kita semua?
7. Apa yang ada pada Abang Adam?
"Seriously kita panggil dia Abang Adam?!" bentak Iza. Nad ketawa kecil. Nampak sangat Iza amat tidak menyenangi lelaki itu.Abang Shauqi dan Kak Najwa merenung tajam Iza, tanda amaran supaya dia tidak terlebih biadap. Senarai persoalan berterusan hingga nombor 10, tetapi kebanyakkannya hanyalah persoalan kenapa yang sama makna dengan soalan lain. Maka persoalan itu dipotong Aqil.
"Okay, kita mulakan satu per satu", Waqiq dan Aqil mengepalai perbincangan 'persoalan' mereka.
"Soalan no.1; sejak bila Kak Hana dan Abang Adam berbaik?...sejak bila ya?" Waqiq cuba mengingat mana-mana peristiwa sepanjang dia hidup bersama Kak Hana. Sebagai adik Kak Hana sendiri pun, kembar ini tidak pernah perasan kelibat Abang Adam.
"Pass. Kita memang takkan tahu. Diorang aje yang tahu" sambut Nana.
"Okay. Soalan no.2. Latar belakang? Huhuhu"
"Last kami cam dia mungkin kerja di pejabat pos. Posmen...atau kerani biasa?" kata Kak Najwa. Abang Aki mengangguk.
"Tempat tinggal dia dekat kawasan perumahan Taman Utama 4. Rumah teres biasa, kereta Iriz...mungkin dia punya atau orang lain. Entah" Abang Shauqi menambah info sementara Waqiq mencatat apa yang patut.
"Tapi itu hampir 7 tahun yang lepas. Pekerjaan dia sekarang kita kurang pasti" kata Nana pula.
"Oh ya, berdasarkan apa yang aku dengar perbualan dia dengan Pak Lan, Abang Adam tu macam dah lama tak balik sini. Dia berhijrah ke? Kerja tempat lain?" tambah Abang Shauqi.
"Hmm... patutlah Kak Hana happy semacam Ahad lepas. Kekasih hati balik kampung rupanya" ujar Nad.
"Umur?" tanya Aqil.
Masing-masing berpandangan sebelum menggeleng tanda tidak diketahui.
"Okay, soalan seterusnya. Kenapa Kak Hana suka Abang Adam?"
Kali ini tidak dapat dielakkan, masing-masing buat muka hairan. Iza menunduk dengan wajah kesal dan sedih. Kak Najwa dan Abang Aki pula menggelengkan kepala. Nana dan Abang Shauqi tidak dapat mengelakkan senyuman demi menahan tawa yang terbuku dalam hati. Bagi mereka yang menyaksikan insiden gila itu tentunya tidak dapat menerima hakikat dengan tindakan Kak Hana. Nad dan Zaki menggaru kepala.
"Err...okay. Kita pass. Soalan no.4; niat Abang Adam mendekati Kak Hana? Oh my God, ini serius! Kita tak nak Kak Hana disakiti", ujar Waqiq. Yang lain mengangguk setuju. Tetapi, mereka terdiam. Ada yang cuba untuk berkata sesuatu tapi tak jadi pula.
"Err...kenapa ya?" tanya Waqiq.
"Arrrgghhh...kalaulah kita boleh cari jawapan untuk persoalan ini! Stresnya!" bengang Iza. Ada benarnya kata-kata Iza. Mereka ingin tahu kenapa dan persoalan ini sangat penting seperti yang dinyatakan Waqiq tetapi tiada siapa di antara mereka boleh menjawab apatah lagi petunjuk sikit pun tak ada.
"Nana rasa kita dah boleh tahu goal misi kita kali ini", tiba-tiba Nana mencelah.
"Apa?" tanya Waqiq.
"Berdasarkan soalan-soalan ni dan jawapan yang kita cuba kemukakan, kita ada masalah dengan personaliti Abang Adam. Maksud Nana, kita kan nak pastikan pasangan Kak Hana adalah yang ideal. Jadi, kita kenalah pastikan Abang Adam itu yang terbaik", terang Nana. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi Nana mempunyai daya fikir analatikal yang tinggi hasil pembacaan yang banyak. Mereka mengangguk setuju.
YOU ARE READING
Misteri Kak Hana
HumorKak Hana bukan insan biasa-biasa di pandangan mata mereka. Bagi mereka, Kak Hanalah ibu yang mengasihi, ayah yang melindungi. Jasa Kak Hana sedikit pun takkan dilupakan. Kasih sayang mereka terhadap Kak Hana tidak terharga. Apa yang Kak Hana mahukan...