Kak Hana pulang lewat suatu hari. Selepas kuliah, dia dan kumpulan kerjanya mengadakan perbincangan sehingga petang. Hal itu sudah dimaklumkan kepada Aqil dan Waqiq yang seperti maklum sibuk bertanyakan rancangan hariannya. Waqiq mengkhabarkan perkara itu di dalam kumpulan sembang mereka dan menyerahkan tugas pengintipan kepada Abang Shauqi. Kali ini dia ditemani Iza yang kebetulan baru selesai kerja rumahnya. Walaupun sekadar perbincangan kumpulan, mereka tidak mahu terlepas peluang kalau-kalau misteri ini ada berkait dengan rakan kumpulan Kak Hana juga. Iza berpura-pura menelefon Kak Hana bertanyakan tentang atuk. Sengaja bertanyakan lokasi Kak Hana, tahulah Iza bahawa Kak Hana sedang berada di perpustakaan universitinya. Usai sahaja Iza mematikan talian, mereka bergegas ke sana. Dengan berhati-hati, Abang Shauqi dan Iza memasuki perpustakaan selepas memakai topi serta cermin mata hitam bagi mengelakkan mereka diketahui Kak Hana.
Tingkat satu sudah diperiksa. Kak Hana tiada di situ. Mereka ke tingkat dua. Namun tiada juga. Atas sekali, di tingkat tiga - tiada juga. Pelik. Mana pula Kak Hana ni? Abang Shauqi dan Iza tidak berputus asa. Mereka memeriksa lagi. Ketika hendak turun ke tingkat dua, Kak Hana dan kawan-kawannya sedang menuju ke sebuah meja di tingkat dua itu. Perlahan-lahan mereka mengekori kumpulan itu dengan jarak yang selamat. Duduk sahaja kumpulan itu, mereka meneruskan perbincangan projek. Abang Shauqi dan Iza mengambil buku besar dari sebuah rak dan duduk berdekatan dengan kumpulan itu tetapi membelakangi Kak Hana.
Proses pengintipan berjalan lancar tetapi agak lambat. Kak Hana dan kumpulannya begitu serius dengan perbincangan menyebabkan Abang Shauqi dan Iza menjadi bosan. Sehinggalah tiba pukul 5 petang, mereka mula beredar satu per satu. Kak Hana dan seorang rakan perempuannya yang beredar dulu. Dengan lagak yang cuba dibiasakan, Abang Shauqi dan Iza mengekori mereka perlahan. Sebaik sahaja turun ke tingkat satu mereka mendengar perbualan Kak Hana dan rakannya.
"So, Hana. Jadi ke kau jumpa dia nanti?"
"Entahlah Mia. Aku pening jugak ni. Aku pun tak faham kenapalah dia tak cari perempuan lain aje. Aku ni dahlah busy, tak kuasa aku nak layan dia" balas Kak Hana.
"Maybe dia tak biasa dengan perempuan kut, kau kan kasar macam lelaki. Kau tolong je lah dia tu. Kesian pulak aku tengok"
"Tengoklah macam mana. Aku gerak dulu ya. Dah lewat ni."
Abang Shauqi dan Iza berpandangan, menghantar reaksi wajah yang penuh kekeliruan.
****
"Hmm... mari fikirkan kebarangkalian", ujar Nana sambil menggosok dagu kecilnya. Matanya tertutup dengan gaya berfikir.
"Okay, sekarang ni Kak Hana nak tolong orang tu. Tapi kenapa dia marah-marah masa on call dengan orang tu? Satu lagi, apa pula kaitan duit RM10 ribu dengan mereka?" Abang Aki mengeluarkan persoalan.
"Kak Hana mana pernah marah-marah orang lagi-lagi yang minta tolong daripada dia," ujar Waqiq.
"Mungkin ceritanya macam ni- Orang tu nak minta tolong Kak Hana, dia nak pinjam duit Kak Hana sebab dia nak kahwin," Iza mengeluarkan buah fikirnya.
"Ish, nak kahwin pun mintak duit orang. Mintaklah bank", Kak Najwa membidas.
"Mungkin dia ada problem dengan bank so dia minta Kak Hana duit. Sebab tu Kak Hana marah-marah," tambah Iza.
"Mungkin juga."
Mereka terdiam lagi. Memikirkan lagi kebarangkalian yang lain.
"Jangan-jangan orang tu mintak Kak Hana kahwin dengan dia dan dia bayar RM10 ribu tu kat Kak Hana! Oh tidak! Kak Hana kena kahwin paksa ke?!", Nana seperti biasa terpengaruh dengan novel dan drama melayu mengeluarkan pendapat yang kurang logik. Tanpa disangka-sangka kakaknya, Kak Najwa mengetuk kepala Nana. "Ish, kau ni. Tak masuk akal betul".
"Waqiq, Aqil. Kau orang kena korek lagi informasi. Nanti cuba tanya benda-benda pasal kahwin ni kat dia" ujar Abang Shauqi.
"Eh?! Macam mana tu?"
"Ala, macam dia ada boyfriend ke, bila nak kahwin ke, ada calon ke tak. Macam tu lah", tambah Abang Aki. Mereka berdua ni memang sentiasa rasional dan bernas pandangannya. Waqiq dan Aqil berpandangan kemudian mengangguk kepada mereka semua. Begitulah mereka yang gigih menyelesaikan misteri Kak Hana ini.
Waqiq dan Aqil pulang ke rumah selepas dihantar oleh Abang Aki. Kepulangan mereka disambut atuk yang sedang berada di beranda rumah. Atuk yang sedang berehat sambil membaca akhbar itu ditanya.
"Kak Hana ada kat dalam ke Tuk?", tanya Aqil.
"Dia keluar. Katanya ada hal", jawapan atuk membuatkan mata mereka terbuntang. Alamak, terlepas!
"Dah lama ke?"
"Baru aje. Kenapa? Kamu berdua dah makan? Kak Hana kau baru lepas masak", ujar Atuk.
"Err... atuk tahu tak dia ke mana?", Waqiq cuba mengorek info.
"Entah. Tak tanya pulak."
Aiseyman! Cepat-cepat Aqil menaip dalam kotak sembang Whatsapp mereka memaklumkan pemergian Kak Hana. Takut-takut Kak Hana pergi jumpa lelaki tu ke, terlepas peluang!
YOU ARE READING
Misteri Kak Hana
HumorKak Hana bukan insan biasa-biasa di pandangan mata mereka. Bagi mereka, Kak Hanalah ibu yang mengasihi, ayah yang melindungi. Jasa Kak Hana sedikit pun takkan dilupakan. Kasih sayang mereka terhadap Kak Hana tidak terharga. Apa yang Kak Hana mahukan...