Kak Hana dating?!

20 1 0
                                    

Waqiq - k.hana nak keluar petang ni. Tapi tak tahu pergi mana

Abang Aki - korang cuba-cuba dulu tanya kalau tak shauqi kau ikut dari jauh je la.

Abang shauqi - Alamak, aku ada hal laa

Kak Najwa - heshh time macam ni la kau ada kerja. Nana kata dia pergi nanti.

Zaki - hahaha saya nak ikut boleh?

Abang Aki - eh eh eh tak boleh. kau tolong kembar tu korek info.

Zaki - yelaa :(

******

Selepas solat Zohor, Kak Hana bersiap-siap untuk keluar. Aqil dan Waqiq yang sedang bermain dengan Iman dan Aris di ruang tamu menegur Kak Hana.

"Akak nak pergi mana?"

"Keluar jap. Jumpa kawan. Kau orang nak apa-apa ke?" tanya Kak Hana sambil tersenyum.

"Erm... apa-apa jajanlah untuk budak dua ni. Hehehe"

"Okay. Bye!" Kak Hana melangkah keluar dengan cerianya sebelum mendapatkan motosikalnya.

"Ughhh.. apahal lah susah sangat nak tahu lokasi dia ni" rungut Waqiq.

"Aku dah cakap dalam group. Mungkin Kak Nana dah follow dari belakang".

"Yeayy Kak Hana bawak jajan nanti" ujar Aris dengan gembira. Aqil dan Waqiq menoleh ke arah mereka dan tersenyum.

"Yela, Kak Hana kan gembira hari ni", kata-kata Iman membuatkan kembar itu berpandangan. "Maksud Iman...Kak Hana gembira?"

Aris menjawab, "Hmmph! Kak Hana gembira pagi tadi. Kami dengar dia menyanyi sambil masak mihun" dua kanak-kanak itu ketawa kecil.

Nad masuk ke ruang tamu selepas menolong ibunya di dapur untuk bermain dengan Iman dan Aris. Namun belum sempat dia berkata apa-apa, lengannya ditarik Aqil menyebabkan dia terduduk antara Aqil dan Waqiq. Nad cuak bertambah pelik. Kedua-dua abangnya dipandang bergilir-gilir. Wajah mereka penuh dengan tanda tanya. Aqil dan Waqiq berniat untuk mengorek apa-apa info tentang pemergian Kak Hana hari ini daripada Nad.

"Err... apa hal ni?"

***Misteri Kak Hana***

Aqil - k.nana kat mana?!!!

Nana- tengah follow lah ni. Macam pergi tasik hari tu aje. Kenapa?

Aqil - kami syak k.hana jumpa boyriend dia. 

Nana - okok...memang tengah nak pastikanlah ni. Kenapa aqil tiba-tiba cakap macam tu?

Aqil - aris dengan iman perasan k.hana happy semacam hari ni. Nad pun syak mcm tu.

Kak Najwa - ughh, pastu kau terus syak macam tu? Come on, tunggulah result nanti

Abang Aki - k.hana bukan happy hari-hari ke? Hahahaha

Aqil - err, ya. Tapi bukan menyanyi sambil memasak ? nad pun kata tak pernah dia macam tu.

Kak Najwa - wow, something fishy here. K.hana memang tak menyanyi dalam dapur okay.

Nana - OMG!!!! K.HANA MEMANG JUMPA LELAKI (O.O)!!

Aqil - What !!

Abang Aki - Whatttt

Kak Najwa - WHAT???!

****

Nana seperti kurang percaya dengan apa yang dilihatnya. Kak Hana sedang berbual dengan seorang lelaki sambil menjamu rojak di sebuah kedai kecil di taman itu. Yang paling tak tahannya mereka kelihatan sangat gembira!!! Nana sudah panas punggung, dadanya sesak dengan perasaan ingin tahu siapakah lelaki itu. Nak dengar tak boleh pula sebab kedai rojak itu sangat terbuka. Dia tidak mahu melakukan kesalahan yang sama seperti Kak Najwa. Kalau tidak, punahlah rancangan mereka. Nana teruskan mengintip dengan cermin mata hitamnya di belakang sebuah pokok yang tidak jauh dari tempat mereka. Dalam keadaan tak senang hati itu, telefon bimbitnya bergetar, tanda ada panggilan masuk. Dia mengangkat panggilan itu dengan cepat tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"Nana, kau kat mana?" melalui suara pemanggil tadi, tahulah Nana itu Abang Shauqi.

"Kat taman tasik. Eh, Abang Shauqi nak apa? Saya tengah in action ni. Abang kata ada kerja" rungut Nana dengan suara yang perlahan. Sejujurnya dia tidak kisah pun untuk menggantikan Abang Shauqi dalam tugas ini tetapi panggilan itu benar-benar mengganggu dia.

"Aku tau kau kat taman. Aku kat sini jugak. Tapi kau kat mana? Aku datang sekarang" balas Abang Shauqi. Nana memandang pelik telefonnya seolah-olah memandang Abang Shauqi.

"Err... belakang pokok yang dekat dengan kedai rojak. Hati-hati, Kak Hana ada kat situ"

Talian dimatikan.

Tak sampai lima minit kemudian, Abang Shauqi datang dari belakang Nana. Mereka berdua mengintip sama-sama.

"Abang Shauqi dari mana? Dah habis kerja ke?"

"Hmm...kerjalah ni. Aku tengah ikut lelaki tu ha" selamba Abang Shauqi menjawab.

Nana menoleh pantas ke arahnya. "Lelaki mana?"

"Tu, yang dengan Kak Hana"

"Eh, abang kenal ke lelaki tu? Dan kenapa abang ikut dia pulak ni?" makin pelik si Nana. Orang yang sepatutnya diekori Kak Hana seorang aje, dah kenapa pula lelaki ni terlibat dengan mereka? Tak semena-mena, kepala Nana diketuk.

"Kau tanya kenal ke tak? Cuba kau tengok betul-betul tu siapa"

Ha? Mereka kenal lelaki tu ke? Nana segera memerhatikan lelaki itu dengan lebih serius. Ditilik dari atas sampai bawah lelaki itu. Nana seakan pernah lihat lelaki itu tetapi masih tidak dapat dicamnya.

"Heesshh. Siapa lelaki tu?" pertanyaan Nana mengundang renungan maut dari Abang Shauqi. "Kalau kau nak tahu sangat, itulah lelaki gila yang pernah kejar Kak Hana sampai rumah!"

"Apa?!" cepat-cepat Abang Shauqi menekup mulut Nana supaya suaranya tidak kedengaran oleh Kak Hana dan lelaki itu.

Lelaki gila tu?!!! 

Abang Shauqi menceritakan kisahnya...

Misteri Kak HanaWhere stories live. Discover now