01

294 6 0
                                    

"Korang,hari ni Cikgu Nisa tak datang sebab anak dia sakit.So,korang boleh buat kerja sendiri tapi jangan bising,"kata Haziq sebagai ketua kelas yang bertanggungjawab.
     "Yeah!!"Kedengaran sorakan dari beberapa pelajar.Mereka mula buat kerja sendiri termasuklah tidur.Seketika kemudian,seorang wanita berusia lingkungan 20-an memberi salam.
     "Assalamualaikum pelajar 4 Gamma,harini kamu semua ada seorang kawan baru.Cikgu harap kamu semua dapat memberikan layanan yang baik.Kalau saya dapat tahu kamu membuli dia,satu kelas kena denda.Faham?"
     Semua pelajar menggangguk kepala tanda faham.Tiba-tiba wanita yang dipanggil Miss Nina memanggil seorang pelajar perempuan supaya memperkenalkan diri.Dia mula menggigil gementar.
     "Saya Aisyah Aqira binti Abdullah.Asal Melaka.Mohon tunjuk ajar,"katanya untuk memperkenalkan diri.
     Dia berjalan menghampiri satu tempat dihujung kelas setelah diarahkan untuk duduk.Semua pelajar memandangnya dengan tajam.
     Cikgu tu terus keluar dari kelas setelah melihat pelajar baru itu duduk dengan aman di tempat duduknya.
     Dia mula memandang sekeliling kelas.Cantik.Dia mengeluarkan satu buku kegemarannya.Sudoku.Memang susah tapi dah biasa..so,senang sikit lah main sudoku ni.
     Tiba-tiba tiga pelajar perempuan datang padanya.Ops,sebelah dia.Perghh.Memekak gila.Tapi dia tak boleh nak buat apa apa.Dia kan pelajar baru.Tapi makin lama makin bising pulak.Budak baru tu membuka cermin matanya dan mengetuk kasar meja.5-6 orang pelajar memandang ke arahnya termasuk 3 orang diva tu sekali.
    
'Budak baru nak marah marah'
Pasal budak tu
Ngada ngada
Hakak diva kacau dia ke

     Dia segera berdiri dan menundukkan kepala kepada mereka tanda maaf lalu menuju ke tandas.Dia menutup mata semasa berjalan.Setelah sekerat jalan,dia buka mata semula.
     Pandangannya kabur.Dia menggosok mata.Akhirnya dia tersedar cermin matanya tertinggal di kelas bersama buku sudoku.Tapi dia tetap teruskan berjalan ke tandas kerana dia tak tahan dah ni.
     Semasa berjalan, dia terasa seperti dilanggar.Dia terjatuh dalam posisi terduduk kerana dia dilanggar dari depan.Seorang lelaki dari depan tiba tiba mencangkung di hadapannya.
     "Lain kali jalan guna mata.Jangan asyik berangan je.Ni sekolah.Kalau nak berangan pergi balik sana.Dah bangun,"katanya sambil menghulurkan tangan tetapi tak disambut.
     "Huh,sombong!"
     "Biar orang kata kita sombong daripada orang panggil kita gedik"Dia membalas separa berbisik.Aqira berjalan seperti biasa walaupun pinggangnya sakit sikit.
     "Shaz,kau asal mencangkuk kat situ?Jomlah masuk kelas.Nanti kena marah dengan cikgu relief kang.Dah lambat 20 minit dah,"bebel Danish.
     "Eleh..Dia yang sibuk nak tolong pak cik cleaner kemas dewan,cakap aku lambat pulak.Ketuk kepala kang,"
     Danish tersengih macam kerang busuk.Segera Shazmeer menarik tangan kawannya ke kelas.First sebab dah lewat second sebab ada ladies yang sibuk tangkap gambar diorang guna telefon bimbit.

     "LAMBAT sampai."Danish sengih je bila sang class monitor menyapa di depan pintu kelas.Nak harapkan Shazmeer senyum?Dah bercucu nanti baru boleh nampak.
     "Tadi kitorang buat amal jariah.Tolong pak cik cleaner kemas dewan."katanya
     "Kan dik?"sambungnya sambil bertanya kepada Aqira yang kebetulan lalu di depan kelas mereka.
     "Huh?"Aqira mengangkat kening.
"Boleh saya nak jumpa dengan Shazmeer bin aaa..apa ye nama bapak dia?Ha.Pape jelah.Dia ada?,"soal Aqira.
     "Shazmeer?"Soal Danish.
     "Ye.."
     "Tepilah sikit,dia nak jumpa aku,"lelaki di sebelah lelaki yang menegur Aqira terus memotong segala dialog yang mungkin bakal diutarakan Danish lalu berjalan ke arahnya.
     Walaupun rabun,dia nampak lah pergerakannya.Tiba-tiba dia berhenti dan memandang sekeliling kelas.
     "Asal pandang?"
     Semua terus sambung buat kerja sendiri.
     Dia berpaling semula kepada Aqira.
     "Kenapa nak jumpa?"muka dia muka selamba je.Cubalah senyum sikit.
     "Ni nak pulangkan buku kecik ni.Tadi jumpa kat depan tandas lelaki."Aqira cuba bersuara setenang mungkin.Mata dia tajam benuh!Seram.
      Tangannya dihulurkan.Aqira bagi buku tu dan dia cakap 'thanks' lalu Aqira pun pegi balik kelas.

     "KAU buatkan kerja sekolah aku ni!"Seorang pelajar lelaki menghempaskan buku bahasa Inggeris keatas meja Aqira.
     'Eii!Kurang ajar lah..dahlah cermin mata aku hilang..tiba tiba je datang suruh buat homework dia.'
     Aqira masih diam.Mendongak pun tak.Aqira tak nak buatkan kerja sekolah orang lain.Kalau tak reti mintalah ajar.'Fikir aku ni apa?Kuli dia?No way!'kutuk Aqira dalam hati.
     "Woi pekak ke?Aku suruh kau buatkan kerja ni.Bukan sudoku lah bodoh!"
     Aqira berdiri.
     "Aku tahu kau ada akal fikiran.Lagipun,aku kan bodoh"Aqira terus berjalan menuju ke pintu.Keluar lagi best.Menyesal tak keluar rehat je tadi.Ada baki 10 minit okaylah.
     Tiba-tiba terasa seseorang memegang bahu dia.Belum sempat dia mahu mengelak,terasa badannya seperti ditarik kebelakang dan...
     BAMM!!!
     Badannya terasa sangat sakit.Aqira melihat tempat yang dia dihempas.Meja guru?!Nasib tak kena bucu meja.
     "Buatkan kerja aku kalau tak nak rasa penumbuk aku,"budak lelaki tadi menghampiri Aqira yang masih terduduk sambil menumbuk tapak tangannya.
     Aqira menggelengkan kepala yang terasa pening.Mungkin kesan dari hentakan tadi.
     "Apa?! Kau ni memang mencabar kesabaran aku.Meh aku bagi rasa ni"penumbuk yang dikepal sejak tadi dilayangkan mengenai bahu Aqira.Bukan tak nak elak,tapi kondisi badannya yang lemah begini tak mampu nak melawan mahupun mengelak.
     "Erghh!"
     Kelihatan lelaki tadi mahu menumbuknya lagi.Aqira pejamkan sahaja matanya.Tak larat dah.Dia tahu layangan  makin dekat,dan..
     "WOI!"
     Matanya dibuka perlahan-lahan.Siapa pulak mengwoi ni.
     Pandangan terpaku pada pintu,
     "Budak yang langgar aku?"perlahan Aqira berbisik.
     "KAU BUAT APA KAT BUDAK BARU NI HAH,AMIR?!PERGI!"
     "Shit!"dia bangun sebelum penumbuknya hinggap sekali lagi dibahu Aqira.
     "Urghh"Aqira pitam.
     "Aqira!"

New Student 『DISCONTINUED ]Where stories live. Discover now