Bab8🎈

3.4K 162 7
                                    

"Alhamdulillah kita dah sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Alhamdulillah kita dah sampai." Rizqie memakir keretaku di halaman rumah yang sudah terpacak dengan beberapa khemah.

Mataku meliar memerhati halaman rumah dan suasana kampung yang penuh dengan pokok kelapa sawit di kiri dan kanan rumah.

Ni kalau malam ni mesti seram ni. Tengok jela mana ada lampu jalan dekat jalan tu.

Mama!! Papa!! Macam mana Viena nak hidup empat hari dekat sini ni? Aku menjerit di dalam hati.

"Alhamdulillah." Mak dan ayah Rizqie menjawap serentak.

"Jom Diana kita masuk." Mak Rizqie memegang lenganku membuatkan aku terkejut dari berangan.

"Aah kak Viena jom masuk dalam." Kali ini suara Raziqah pula menyampuk.

Raziqah merupakan adik kepada Rizqie. Tak aku sangka pula yang adiknya duduk dengan Rizqie di KL. Cuma mak dan ayahnya saja yang duduk di kampung.

Ayah Rizqie aku lihat sudah pun keluar dari kereta dan berjalan ke arah laman yang penuh dengan orang. Bila masa entah ayah Rizqie dah keluar kereta? Tak perasan pula aku.

Agaknya sedara mara Rizqie kut tu semua. Tengok jela bawah khemah ni banyak betul kereta tersusun.

"Ha yela mak Azi jom." Aku membalas sambil ikut memegang tangan mak Rizqie.

Ye korang tak salah baca memang aku panggil mak dan ayah Rizqie dengan panggilan mak dan ayah.

Ni semua sebab permintaan mereka la suruh aku memanggil mereka dengan panggilan begitu. Katanya aku bakal jadi menantu mereka jadi mereka suruh aku praktis dari awal.

Masalahnya aku taknak jadi menantu mereka. Aku buat semua ni pun cuma berlakon je. Bukan betul betul pun.

Tapi betul ke kau cuma berlakon je? Tak kan la tak ada rasa suka kut dekat Rizqie? Shut up!! Aku memarahi diri sendiri.

"Qie nanti nanti la angkat beg tu. Pergilah kenalkan bakal isteri kamu ni dekat sedara mara. Mak nak masuk dalam kejap nak membuang. Dari tadi dok tahan." Mak Rizqie menarik tangan Rizqie dari mengeluarkan beg kami di bonet kereta sebelum berlalu pergi.

Tinggal la aku dan Rizqie sahaja. Aku memandang pelik wajah Rizqie yang sudah mempamirkan senyuman lebarnya.

"You ni tersenyum senyum macam kerang busuk ni dah kenapa?" Aku bertanya.

"Mana nya tak tersenyum. Rasa macam mimpi bawa kesayangan tunjuk dekat sedara mara ni. Cuba sayang cubit sikit pipi Qie ni. Mana tau Qie mimpi je ke." Rizqie menala wajahnya dekat denganku meminta aku mencubitnya.

DARVIENAWhere stories live. Discover now