Bab23🎈

3.3K 143 3
                                    


Rizqie POV

"Ika macam mana suami aku harini?" Darviena bertanya. Aku pula selesa mendiamkan diri membiarkan Darviena bertanya itu ini.

"Kalau tengok dalam data ni alhamdulillah Qie dah makin pulih. Maybe lusa dia boleh balik dah." Darviena dan aku sama sama membalas pandangan sebelum kami berdua mengukirkan senyuman.

"Alhamdulillah." Serentak kami berdua membalas. Tangan Darviena menggengam erat tanganku. Aku juga membalas genggamannya.

"Nanti aku check jadual fisio untuk Qie dekat bahagian fisio. Apa apa hal nanti aku update dekat kau la Viena."

"Okay nanti kau update dekat aku la apa apa hal pasal Qie." Darviena membalas.

Kami berbual bual sebentar sebelum Ika meminta diri untuk pergi memeriksa pesakitnya yang lain. Sebelum dia keluar aku bersuara kembali.

"Ika thanks ye sebab dah rawat aku."

"Tak ada hal la Qie. Ini semua kan dah memang sebahagian kerja aku. Kau tu la nanti kena kuat masa buat fisio jangan lembik lembik. Lawan sikit rasa sakit tu. Nak sembuh cepat kan?"

"Insyallah Ika. Aku akan lawan sakit aku demi isteri kesayangan aku ni." Aku menggengam tangan Darviena kembali.

Mataku memandang wajah Darviena dengan penuh sayang. Dia juga membalas dengan pandangan yang sama.

"Bagus bagus. Ini yang aku nak. Okay la aku keluar dulu ye." Kami sama sama menghantar pemergian Ika dengan ekoran mata.

Sebaik saja pintu di tutup Darviena terus duduk di atas katilku dan memeluk aku dengan erat.

"Eeii Qie excitednya I, you dah boleh balik lusa ni." Aku tersenyum di dalam pelukkan Darviena. Tangan membalas rangkulan pinggangnya dengan erat juga.

"Excited sangat ni kenapa sayang?" Aku mencium kepalanya.

"Yela mana tak excitednya. Suami I dah boleh balik maknanya suami I ni dah sembuh la. Lagipun I boring tau asyik terperap je dalam bilik ni." Tangan yang merangkul tubuhnya aku longgarkan. Mata bertatapan dengan matanya.

"Kau boring? Kenapa tak cakap dengan aku? Kalau aku tau kau boring dah lama aku suruh kau balik tak payah temankan aku. Dah la pergi la balik sana. Nanti kau boring pula." Aku membalas dengan suara yang agak keras.

Tangan menolak perlahan tubuh Darviena supaya menjauh daripada aku. Terasa kecil hati dengan apa yang dah Darviena kata.

Dia dah mula bosan dengan aku ke? Aku tau la aku ni cacat tak boleh nak buat apa. Cuma hanya boleh baring je.

"Sayang I ni kenapa tiba tiba macam ni? I tak pernah boring dengan you la. Sayang jangan la macam ni. Maksud I dekat sini kita tak dapat buat aktiviti apa apa pun nak buat pun terbatas tapi kalau dekat rumah kan I boleh bawak you jalan jalan taman.

Kita boleh dating berkelah. Boleh hirup udara segar tak la kita duduk dalam bilik je." Aku mendiamkan diri tidak membalas. Kepala tidak memandang wajahnya. Masih terasa hati lagi dengan Darviena.

"Tapi kalau you nak duduk je dalam bilik I okay je. Boleh I peluk cium cium you macam ni selalu." Darviena menyambung lagi sebelum aku terasa tangannya kembali memelukku erat.

Baru saja tangan aku hendak menepis pelukkannya dia terlebih dahulu memegang erat tanganku sebelum mencium pipiku bertalu talu.

DARVIENAWhere stories live. Discover now