Bab28🎈

3.8K 141 3
                                    


Rizqie POV

"Oi bro menung apa jauh sangat ni?" Tersentak aku apabila di sergah dari belakang.

"Cilaka kau Nish. Terkejut la aku." Aku menumbuk lengan Danish yang sudah ketawa kuat. Sakit hati apabila di sergah sebegitu.

"Aku patut record muka terkejut kau tadi weh." Makin kuat Danish ketawa sambil tangan dia memegang perut.

"Tak habis habis lagi ke setan?" Darah aku sudah naik ke muka menahan marah apabila Danish masih lagi tidak berhenti ketawa. Tangan aku kali ini memukul pula belakang kepalanya.

"Sorry sorry tak tahan weh. Aku diam ye." Danish aku lihat sudah mula berhenti ketawa digantikan pula dengan senyuman lebar.

Aku kembali memandang suasana di taman kecil yang terletak di belakang rumah mama dan papa.

Sejak tinggal di sini, ini la tempat melepak aku setiap pagi dan petang.
Melihat bunga dan dengar bunyi air dari kolam ikan membuatkan aku terasa sedikit tenang.

Kalau bukan Danish yang teman, aku akan bersendirian di sini. Nak mengharapkan Darviena datang teman duduk dengan aku disini? Dalam mimpi jela.

Sejak peristiwa dia pengsan sebab aku tu memang tak pernah dah kami nak manja manja dah. Lagi pula dengan permintaan dia pagi tadi buat kepala aku pening seketika.

"Kau kenapa ni bro? Tadi menung jauh ni mengeluh pulak. Ada masalah office lagi ke?" Danish bertanya.

"Office okay jela tak ada masalah apa." Sebab pertolongan papa dan Danish la pejabat aku mula pulih macam sediakala.

Tak boleh aku bayangkan kalau aku hilang syarikat aku yang bersusah payah aku bangunkan menggunakan tulang empat kerat aku ni.

Sampai mati rasanya aku tak boleh balas jasa baik papa dan Danish dekat aku.

"Dah tu masalah apa lagi ni kalau bukan office?"

"Tak ada apa la Nish." Aku membalas. Mengelak dari bercerita. Tengok wajah tenang Danish ni mesti Darviena tak mengamuk lagi dekat dia ni.

"Aku bukan kenal kau dua tiga hari la Qie. Cerita jela jangan pendam sorang."  Aku mengeluh lagi sekali sebelum membalas sepatah.

"Viena."

"Okay aku dah tau pasal apa. Ni mesti pasal Viena dah tau pasal kes korea tu kan?" Laju aku pandang Danish.

"Kau tau?" Aku tanya. Danish menggangukkan kepalanya.

"Mesti la tau sebab dia mengamuk tadi masa masuk office. Terkejut juga aku kejap." Danish ketawa. Aku pandang Danish dengan hairan.

"Nish dia dah tau kut pasal plan tu. Kau boleh rileks macam tak ada apa jadi ni kenapa?" Aku pandang kiri kanan melihat takut takut kalau ada kepala yang mengintai sebelum aku menyambung lagi.

"Tak ada langsung ke rasa bersalah kau dekat dia Nish?"

"Habis tu kau nak suruh aku menangis ke Qie? Benda dah jadi dah pun. Tipu kata aku tak rasa bersalah. Mesti la ada, tapi rasa bersalah aku ni hilang bila dia hina hina aku kata aku ni tak layak jadi abang dia. Aku tak sayang dia depan budak budak office. Jatuh maruah aku ni Qie kau tau tak?

DARVIENAWhere stories live. Discover now