Bab32🎈

3.3K 151 14
                                    


"Good morning sayang." Rizqie memberi ciuman di dahiku sebaik saja aku sedar dari lena.

"Morning." Dengan separa mamai aku membalas dengan melemparkan senyuman dan kembali meletakkan kepala di dadanya.

Pelukkan di pinggangnya aku ketatkan lagi. Rindu nak berpelukkan dengan suami tersayang ni. Dah lama rasanya tak dekat dekat macam ni.

Mata kembali aku pejamkan. Mendengar degupan jantung Rizqie membuatkan aku berasa tenang.

"Sayang." Rizqie bersuara dengan meleret dan tangannya mula bermain main di rambutku.

"Hmm." Aku membalas dengan manja.

"Thank you. I love you." Mataku pejamkan apabila terasa bibir Rizqie mencium kepalaku.

"I love you too." Bibirku aku bawa ke dadanya dan lama aku cium dadanya.

Pelukkan juga semakin ketat. Hati aku terasa begitu lapang bila sudah berbaik begini dengan Rizqie. Tidak ada lagi rasa serabut. Lama kami berpelukkan sebelum Rizqie memecah kesunyian.

"Dah subuh ni. Kita tak mandi lagi tau, bangun mandi jom. Aku takut lama lama dekat atas katil ni dengan keadaan kita macam ni jadi benda lain pulak. Nanti tak pasal pasal kita tertinggal subuh." Terus mataku terbuka dengan luas mendengar ayat Rizqie.

Cepat cepat aku melarikan mata ke tubuhku dan Rizqie yang tidak berbalut dengan apa apa pakaian. Tubuh kami hanya berlapik dengan selimut.

Aku menyorok wajahku di atas dada Rizqie kembali. Terasa malu tiba tiba teringat kejadian malam tadi.

"Darviena sayanggg jangan la macam ni. Aku tak boleh nak control pagi pagi macam ni. Haa tengok tu mula dah dia nak naik." Bisikkan dan usikkan Rizqie membuatkan wajahku bertambah panas kerana malu.

"Eeii gatal la you ni. Benci la." Aku memukul manja dada Rizqie. Tawa kecil Rizqie membuatkan aku tersenyum.

"Dah dah jom kita mandi." Rizqie menarik aku bangun dari katil. Aku dengan malas hanya mengikut perintahnya.

Malas macam mana pun aku kena la jugak jadi isteri yang berguna tolong papah Rizqie yang masih tidak boleh berjalan dengan betul.

Sebaik saja kami selesai menunaikan solat subuh bersama Rizqie terus memusingkan kerusi rodanya menghadap aku.

"Come here." Rizqie memanggilku dan aku dengan pantas datang duduk di atas pehanya.

"Terima kasih sebab kembali dekat aku Viena." Rizqie memeluk aku dengan erat. Aku juga turut membalas pelukkan dengan erat.

"Terima kasih jugak dekat you sebab sudi terima I dalam hidup you balik. Lepas apa yang I dah buat dekat you. I rasa macam tak layak untuk berada di samping you." Air mata sudah mula membasahi pipi. Bahu sudah mula terhenjut henjut menahan tangis.

Mengenang segala benda dan layanan teruk yang aku pernah buat dekat dia membuatkan tangisan aku makin kuat.

"Sshh Viena sayang jangan la nangis macam ni. Aku dah lama maafkan kau. Aku lagi bersyukur kau dah kembali dekat aku balik. Aku sayang sangat sangat dekat kau tau tak?" Rizqie mencium dahi dan pipiku sebelum bibirnya singgah di bibirku.

Agak lama kami berkucupan. Dalam pada aku tersedu sedu menangis aku juga membalas kucupannya dengan lembut.

Menangis tu memang la nangis tapi kalau cium tu mesti la kena balas jugak walaupun tersedu sedu tahan nangis. Rugi tak balas ciuman suami sendiri ni.

DARVIENAWhere stories live. Discover now