Bab12🎈

3.1K 169 3
                                    


Tuk tuk tuk

"Come in." Aku bersuara kuat apabila terdengar pintu bilikku di ketuk.

"Cik Darviena."

"Yes Syura? What can I help you?" Kepala aku angkat memandang Syura iaitu pembantu peribadiku. Macam biadap pula orang bercakap kita tak pandang kan?

"Tan Sri nak buat meeting lepas lunch dekat meeting room." Berkerut dahiku mendengar. Meeting room biasa digunakan bila ada mesyuarat kecil kecilan untuk berbincang tentang perjalanan projek yang perlu di segerakan.

Tapi sekarang ni mana ada projek yang perlu di segerakan untuk siap. Kenapa papa tiba tiba nak buat mesyuarat pula ni?

"Why so sudden?"

"I dont know cik. Tan sri cuma inform saya suruh cik datang meeting room
lepas lunch. Dalam pukul 3 macam tu."

"Hmm okay la kalau macam tu. Nanti lunch I tak join you la. You tolong bungkuskan I apa apa makanan eh. I tak nak terlambat masuk meeting nanti." Aku memberi arahan kepadanya.

Biasanya kalau aku tiada hal dan temujanji dengan syarikat lain aku mesti makan bersama sama dengan Syura.

Tapi nampaknya hari ni tak boleh la memandangkan aku tak nak terlambat untuk datang ke mesyuarat.

Syura ni di pejabat memang pekerja aku tapi di luar aku anggap dia tak ubah seperti kawan baik aku.

"Baik cik. Ada apa apa lagi?"

"Nope. You can leave. Dont forget to close the door."

"Okay."

Aku memusing musingkan kerusi sambil berfikir. Mesyuarat apa yang papa nak buat ni sampai tak sempat nak tunggu esok esok.

Penting sangat ke? Siapa je yang akan ada dalam mesyuarat tu nanti? Bermacam macam jenis benda yang berada di fikiranku ketika ini.

"Ya hello Ika. Nak apa?" Aku menelekapkan telefon di telinga apabila telefon aku berbunyi nyaring minta di angkat.

"Hello. Esok malam jadi tak plan?"

"Plan apa?" Saja aku buat buat lupa. Sengaja nak bergurau dengan Ika. Lama rasanya tidak bergurau dengannya.

"Jangan sampai aku tumbuk kau kalau aku jumpa kau nanti." Tanpa dapat di tahan meletus ketawaku mendengar ayat Ika. Gengster bukan main.

"Aku ingat la. Gurau sikit pun nak melenting."

"Banyak la kau punya gurau. Kau jangan tak jadi eh macam bulan lepas. Kesian aku tengok muka sedih Damya masa baca whatsapp kau kata tak jadi datang tu." Hati di apit rasa bersalah lagi sekali.

Sebab hati aku masih lagi rasa bersalah la aku cari masa untuk keluar bertiga dengan mereka semula sebelum Damya pulang ke England lusa.

"Iye kali ni tak la. Aku confirm datang." Aku memberi jaminan.

"Bagus la kalau gitu. Dah aku kena pergi dulu ni. Ada pesakit pula. Jangan lupa malam ni. Bye bye. Talk to you later." Sebaik saja Ika mematikan panggilan aku kembali bersandar di kerusi.

DARVIENAWhere stories live. Discover now