Bab40🎈

3.4K 142 4
                                    


"I tak sangka Izzul you sanggup nak bunuh Rizqie suami I." Aku memandang tajam ke arah Izzul.

Mujur la ada pemisah di antara aku dan Izzul memandangkan Izzul sudah di tangkap masuk ke dalam penjara. Kalau tidak mahu muka Izzul ni aku tampar sekuat hati aku.

Tak aku sangka sanggup Izzul nak bunuh Rizqie sewaktu malam pertama aku dan Rizqie di hotel tempat kami bersanding dulu.

"I buat semua ni demi you Viena. Rizqie tu tak layak untuk you."

"Habistu siapa yang layak untuk I? You ke Izzul? after what you had done to Qie, you langsung tak layak untuk I Izzul." Aku genggam telefon di telinga dengan sekuat hati aku.

Berani dia kata Rizqie tak layak untuk aku. Aku la perempuan yang paling bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada Rizqie dan tak lama lagi menjadi ibu kepada anak yang aku sedang aku kandung.

"You tak faham Viena. I buat semuanya demi kebaikkan you I tak nak dia.." Terus aku potong cakap Izzul.

"Dah la Izzul I tak nak dengar apa apa lagi. I harap selama you duduk dalam penjara ni, you menyesal la dengan apa yang you dah buat. I happy dengan Qie you tak payah nak susah susah hati." Izzul aku lihat sudah menundukkan kepalanya.

"I merayu sangat dekat you lepas je you keluar dari penjara nanti please jangan datang cari I lagi. I tak nak you ganggu kehidupan I dengan Qie. I bahagia dengan Qie dan I doakan you akan bahagia dengan kehidupan you satu hari nanti." Sambungku lagi.

Aku pandang wajah Izzul yang kebetulan sudah mengangkat wajah. Wajahnya nampak keruh dan berkerut seperti menahan air mata dari keluar.

"Viena I tak dapat janji yang I tak akan datang cari you lagi tapi I akan cuba lupakan you. Kita masih kawan kan?" Izzul melemparkan senyumannya walaupun bibirnya seperti terpaksa mengukirkan senyuman.

"Ye kita masih lagi kawan." Aku membalas.

❄️❄️❄️

"Sayang macam mana tadi jumpa Izzul?" Terasa tangan Rizqie melingkar di pinggangku dari belakang. Aku mendongak ke atas untuk melihat wajah kesayangan aku.

"Okay je tapi kan sayang I tengok Izzul makin nampak sexy la bila pakai baju penjara." Aku melimparkan kembali pandangan di hadapan laman rumah sambil tersenyum senget. Mood mengusik aku tiba tiba datang.

"What? Sexy? Seriously Darviena? Sayang awak jangan nak macam macam." Suara Rizqie sudah kedengaran di telinga aku membuatkan aku tidak dapat tahan ketawa.

Sejak kandungan aku sudah mencecah 8 bulan Rizqie sudah menukar panggilan untuk aku. Katanya tak nak nanti baby ingat ayah dia berkasar dengan ibu pulak kalau dia terus terusan menggunakan kau aku dengan aku.

Mulanya memang agak janggal tapi lama lama aku senang dengan panggilan baru dari Rizqie untuk aku.

"Gelak apa?" Suara Rizqie masih lagi tegas. Tangannya yang melingkar di pinggangku sebentar tadi sudah di leraikan.

"You should look your face at the mirror sayang. Muka you nampak kelakar bila jealous macam ni." Aku cubit perlahan kedua dua belah pipi Rizqie dengan tawa masih lagi bersisa.

"Tak lawak la sayang gurau macam ni." Rizqie tolak tanganku menjauh dari wajahnya.

"Ala merajuk ke sayang bucuk I ni? Baby tengok tu ayah merajuk dengan ibu." Aku usap usap perlahan perutku yang besar seperti hendak meletup. Maklum saja la tinggal masa sahaja ni untuk aku bersalin.

Aku menarik kerusi tidak jauh daripada tempat kami berdiri. Terasa penat berdiri lama lama. Lagipun bahagian bawah perut aku terasa sedikit ngilu pula tiba tiba.

"Ayah merajuk sebab ibu gatal sangat." Tangan Rizqie ikut juga menggusap perutku. Aku melepaskan usapan di perut dan beralih pula mengusap kepala Rizqie yang sudah berada di perutku.

Ini la rutin kami setiap malam. Bercakap dan mengusap baby di dalam perut aku sambil berdiri di balkoni rumah kami dengan menikmati pemandangan malam.

"Sayang dah la tu I cuma bergurau jela. Dalam hati I dan pada mata I hanya you sahaja yang sexy sayang." Pujukku. Ngilu pada bawah perutku semakin menjadi jadi membuatkan aku mengerutkan dahi.

"Auchh." Tanpa dapat tahan perlahan aku menjerit kesakitan.

"Sayang kenapa ni?" Rizqie menjauhkan kepalanya dari aku. Wajahnya kelihatan risau.

"Sakit Qie." Dahiku terasa sudah berpeluh peluh.

"You nak bersalin dah ke ni?" Kelangkabut Rizqie bangun dan mengelap dahiku yang berpeluh peluh.

"I tak tau. Sakit dah ni Qie." Aku genggam kerusi dengan kuat.

Bibirku sudah tidak henti henti mengalunkan zikir dan alunan suci yang di ajar oleh Rizqie di dalam hati aku untuk cuba mengawal rasa sakit.

Tidak buang masa Rizqie terus mengangkat aku dan berjalan laju menuju ke arah kereta.

Mujur aku dan Rizqie mengambil keputusan untuk tidur di bilik bawah semenjak kandungan aku sudah mencapai ke 7 bulan.

Aku pun bukannya larat sangat hendak turun naik tangga untuk masuk ke dalam bilik.

"Sayang breath in breath out. Baby sabar kejap jangan keluar tunggu sampai kita sampai hospital tau." Aku lihat tangan Rizqie menggigil memegang stering kereta membuatkan aku ketawa kecil. Geli hati melihat Rizqie kelangkabut begini.

"Sayang relax I masih boleh tahan lagi." Tanganku mencapai tangan Rizqie dan aku usap usap perlahan.

"I nervous ni sayang. You okay kan? You tahan sekejap tau sayang." Habis berkata Rizqie terus menghidupkan enjin kereta dan dengan lafaz bismillah kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan laman rumah.

Aku memejamkan mata untuk menahan kesakitan yang terlampau sangat dan hati tidak henti henti berdoa kepada yang esa supaya nanti proses untuk aku bersalin akan berjalan dengan lancar.

DARVIENAWhere stories live. Discover now