Bab24🎈

3.4K 152 23
                                    




"Aku harap apa yang kita bincangkan ni kita rahsiakan dari Viena eh." Kaki yang baru hendak memasuki ke dalam bilik Rizqie aku hentikan. Pintu bilik kembali aku rapatkan sedikit. Masih hendak mengetahui apa yang cuba Rizqie dan Danish rahsiakan dari aku.

"Jangan risau. Rahsia ni akan tetap jadi rahsia di antara kita." Kedengaran suara Danish pula.

Dahi sudah mula berkerut. Apa yang mereka cuba rahsiakan dari aku? Aku mengangkat kepala memandang ke arah katil Rizqie.

Eh siapa pula yang berpakaian polis ni? Kawan Rizqie ke? Tapi kalau kawan dia kenapa aku tak pernah nampak selama dua bulan Rizqie di dalam hospital ni? Getus hati aku.

Tidak dapat menahan diri lagi dari tertanya tanya terus aku pulas agak kuat tombol pintu bilik dan masuk saja ke dalam bilik kelihatan wajah terkejut Rizqie, Danish dan juga lelaki yang berpakaian baju polis itu.

"Eh balik dah?" Rizqie bertanya. Nada suaranya kedengaran bergetar.

Aku mengawal wajah supaya kelihatan lebih tenang sebelum melemparkan senyuman buatnya. Punggung aku labuhkan di birai katil setelah meletakkan bubur di atas meja.

"Balik dah la. Buat apa pula I nak berlama lama dekat Mcd tu. Siapa ni?" Aku mengangkat kening ke arah Rizqie dan Danish bertanya.

"Oh ni Shakir kawan aku dengan Qie masa kami sekolah dulu." Kali ini Danish pula membalas.

"Aku tak pernah tau pun kau ada kawan polis Nish. You pun Qie I tak pernah pula nampak Shakir ni melawat you sepanjang you dekat sini." Hati aku sudah mula berasa beragu ragu apabila aku mula perasan mata mereka bertiga seperti memberi isyarat sesama sendiri.

Mesti ada benda yang cuba mereka ni sorok daripada aku ni. Kalau tak ada apa apa takkan la masing masing kelihatan macam cacing kepanasan pula. Nak pula aku terdengar apa yang Rizqie cakap sebelum aku masuk ke dalam bilik ni tadi.

"Hai Darviena saya Shakir. Maaf la sebab tak pernah muncul kenalkan diri. Baru hari ni saya sempat nak melawat Qie ni. Maklum la banyak kes jenayah nak kena siasat itu la yang baru ada masa ni." Aku memandang wajah Shakir dengan mengecilkan mata.

Walaupun agak tidak percaya dengan penjelasannya tapi aku mengangguk saja. Malas hendak memanjangkan cerita lagi.

"Rizqie Danish saya minta diri dulu ye. Dah lama sangat rasanya saya dekat sini." Shakir lagi sekali bersuara.

"Haa okay okay. Nanti kirim salam la dekat mak ayah kau. Lama dah rasanya aku dengan Nish tak jumpa mak ayah kau." Rizqie bersalaman dengan Shakir.

Aku cuma mampu memerhati dari jauh ketika mereka bertiga bersalaman. Kenapa aku rasa macam ada sesuatu je ni. Lagi lagi bila tengok Shakir ni pegang buku dan pen di tangan. Ah lantak la dorang ni Viena. Kita tengok sampai bila dorang bertiga ni nak berlakon.

❄️❄️❄️

"Kau dah kenapa Nish? Dah tak reti nak balik dah ke? Buat apa lagi dekat sini?" Aku menegur Danish yang sedang enak berbaring di sofa yang tidak jauh dari katil Rizqie.

Aku pula sedang sibuk menyuap bubur ke dalam mulut Rizqie yang tak habis habis memberi senyuman kepada aku sebaik saja bubur hinggap ke dalam mulutnya.

Mengada sangat bukan tangan tak boleh nak bergerak pun yang tak boleh jalan kaki je tapi mengada dia macam seluruh badan lumpuh. Nasib baik la suami kesayangan tau. Kalau orang lain jangan harap la aku nak manja manjakan macam ni.

"Aah la Nish. Kau nak apa lagi ni? Aku bukan nak menghalau tapi tula menyemak pula aku tengok kau dekat sini tak ada buat apa." Rizqie juga turut memandang ke arah Danish.

DARVIENAWhere stories live. Discover now