Bab35🎈

2.8K 139 8
                                    


Aku memerhatikan kelibat Rizqie yang sedang sibuk berbual dengan pekerja pembinaan tidak jauh dari tempat aku duduk.

"Puan Darviena okay dah? Tengok macam berkerut je muka tu pening lagi ke?" Mata yang galak memandang Rizqie aku alih pula memandang ke arah Mia.

Mia antara salah seorang pekerja yang di hantar oleh syarikat ke Korea untuk mengendalikan projek pembinaan di sini.

"Alhamdulillah okay dah Mia. Saya berkerut ni bukan pening tapi sebab tak puas hati dengan suami saya tu." Aku meluahkan rasa tidak puas hati kepada Mia sambil memuncungkan bibir ke arah Rizqie.

Mia pula aku lihat ketawa. Apa dia ingat aku buat lawak ke ni sampai boleh ketawa? Aku tengah marah sebenarnya ni.

"Biasa la tu puan. Sepanjang saya kenal encik Rizqie tu dia memang jenis yang kuat bekerja pun."

"Itu la pasal. Ingat datang sini nak honeymoon manja manja alik alik dia honeymoon dengan kerja dia pulak. Rosak plan saya awak tau? Ni semua sebab papa saya la ni."

"Bertabah la puan. Nak buat macam mana kan? Dah benda macam ni jadi tanpa di rancang. Nasib la kebetulan puan dengan encik datang sini. Tidak rasanya kami dekat sini dah terkontang kanting tak tau nak buat apa."

"Yela memang benda macam ni jadi tak dirancang tapi kut ya pun cuba la bagi saya dengan suami saya manja manja sehari baru bagitau.

Ini tidak elok je jejak kaki dekat sini terus kena arah arah." Rungutku. Mia lagi sekali aku lihat ketawa. Ada juga yang kena cili mulut ni. Benda tak lawak pun dia gelak.

Aku termenung memerhatikan keadaan sekeliling yang masih lagi dalam proses pembinaan.

Kalau la papa tak hantar pesanan dekat Rizqie sebaik saja kami tiba di bumi Korea ni mesti aku dah dapat manja manja dengan Rizqie.

Bila teringat balik kejadian tengahari tadi ketika baru menjejakkan kaki ke sini buat aku makin terasa sakit hati je.

❄️❄️❄️
Flashback

Aku dan Rizqie berjalan keluar dari pintu ketibaan Incheon International Airport sambil berpegangan tangan.

Maklum la nak honeymoon katakan mesti la mood manja tu tiba tiba datang dengan sendirinya.

Nak pula ini kali pertama kami berhoneymoon lagi la makin menjadi jadi manja aku dengan Rizqie.

Memandangkan orang yang sepatutnya ambil kami berdua ke hotel terpaksa datang lewat sedikit jadi kami ambil keputusan  untuk menikmati makanan di lapangan terbang sebelum bergerak hotel.

"Sayang." Rizqie memanggil dengan suara yang meleret.

"Hmm?" Aku membalas sambil kepala aku sandarkan di lengannya yang sasa. Walaupun sedang berjalan tidak membataskan aku untuk menyandarkan kepala di lengannya.

"Before kita pergi hotel kita singgah tapak binaan kejap eh. Aku baru bukak phone ni baca papa kata ada urgent case dekat sana nak kena settle."

"Apa ni sampai je sini nak cakap pasal kerja? Kita datang sini nak honeymoon la bukan nak kerja." Pegangan di lengan Rizqie aku lepaskan. Sakit pula hati ni rasa tiba tiba.

"Ala kejap jela. Lagipun kau bawak aku datang sini pun sebab hal kerja kan sebenarnya? Papa bagitau aku dah sebelum kita datang sini." Makin la aku tarik muncung mendengar balasan Rizqie.

DARVIENAWhere stories live. Discover now