Bab25🎈

3.4K 152 4
                                    




Nyanyian di bibir aku terhenti apabila terdengar suara Danish dan Rizqie di sebalik pintu bilik. Kepala aku toleh sebentar apabila melihat Danish dan Rizqie yang berkerusi roda berada di pintu.

Tanpa menghiraukan perbualan mereka aku meneruskan kembali aktiviti menyolek muka di hadapan cermin solek.

Hati terasa gembira sebab Izzul ajak keluar hari ini. Dah lama rasanya aku tidak berjumpa dengan Izzul sejak kejadian dia kena pukul dengan Rizqie.

"Thanks Nish tolong settlekan hal pekerja aku tadi. Tak ada kau aku rasa boleh mengamuk lagi aku." Tanpa dapat tahan bibir aku mengukirkan senyuman sinis. Tak habis habis nak mengamuk. Susah sangat agaknya nak kawal marah tu. Getus hati aku.

"No hal la weh. Aku blah dulu eh. Nanti kalau kau nak apa apa cakap la dengan Viena. Biar dia turun bawah ambikkan." Aku menjeling kejap wajah Danish yang turut memandang aku.

Ewah ewah sesuka hati dia nak suruh aku buat macam macam pula. Aku ni bukan orang gaji sampai nak mengarah arah macam ni.

Punya la banyak orang gaji dalam rumah mama papa ni, kenapa nak suruh aku pula buat semuanya?

"Viena dengar tak ni aku cakap?" Danish menguatkan suaranya. Aku pandangnya lagi sekali sebelum menoleh.

"Whatever." Dengan malas aku membalas. Melihat wajah benggang Danish membuatkan hati aku sedikit puas.

Geram dengan perangai Danish yang masih melayan Rizqie dengan baik. Dia ada penyakit nyanyuk ke apa? Dia dah lupa ke apa yang Rizqie dah buat dekat aku tiga minggu lepas?

Kalau betul pun sayang kawan dia tu agak agak la. Aku ni adik dia kut darah daging dia tapi dia boleh pilih kawan dia tu dari aku ni.

Walaupun luka di muka aku sudah makin pulih tak bermakna hati aku juga sama pulih. Hati ni masih lagi terasa sakitnya dengan kata kata yang keluar dari mulut Rizqie tiga minggu lepas.

"Kau ni kan Viena..." Tak habis lagi Danish menghabiskan ayatnya.

"Takpa Nish nanti apa apa aku nak tau la aku. Kau keluar la mesti penat kan?" Rizqie memotong.

"Hmm yela." Danish bersuara dengan perlahan sebelum keluar.

Sebaik saja pintu di tutup oleh Danish, tanpa menghiraukan Rizqie yang masih berada di hujung pintu aku terus bangun menuju ke arah bilik wardrobe untuk mengambil kasut.

Tau la dia nak bergerak sendiri nanti. Tangan dia bukan patah pun. Yang lumpuh cuma kaki je tangan tu masih ada fungsi lagi untuk tolak roda dekat tepi kerusi dia tu.

Aku kembali merapikan diri buat kali terakhir di hadapan cermin sebelum berjalan menuju ke arah pintu bilik. Belum sempat memulas pintu Rizqie bersuara memecahkan kesunyian.

"Nak pergi mana ni?" Kepala aku toleh memandang Rizqie yang sudah pun berada di hadapan tv dengan kerusi rodanya.

Kan aku dah cakap? Dia bukannya lumpuh satu badan pun. Elok je boleh gerak sampai ke depan tv tu tanpa ada orang tolong tolakkan.

"Keluar." Sepatah aku membalas.

Sejak kejadian tiga minggu lepas memang layanan aku pada dia mula dingin. Wajahnya pun aku jarang lihat kerana setiap kali tengok wajahnya hati aku kembali terasa sakit dengan apa yang dah jadi.

Walaupun banyak kali Rizqie meminta maaf tapi hati aku ni masih degil untuk memaafkan dia. Bukan sikit salah dia. Dia hina aku ni bawa sial dalam hidup dia. Dia pukul aku sampai aku pengsan.

"Oh dengan Ika ke? Kirim salam dengan dia nanti." Aku pandang wajah Rizqie yang sedang terukir dengan senyuman. Kalau dulu memang aku rasa cair dengan senyuman dia tapi tidak lagi terasa macam tu sekarang.

DARVIENAWhere stories live. Discover now