Bab21🎈

3.3K 149 12
                                    


Aku memerhatikan Rizqie yang tidak jauh daripada aku dengan perasaan marah yang membuak buak.

"Eeii sakitnya hati aku tengok." Rungutku dengan perlahan.

Membara rasa hati ni tengok gelak ketawa di antara Rizqie dan Zalia. Aku ni Rizqie buat macam tak wujud pulak dekat dalam dewan ni.

Ini majlis sanding antara aku dan Rizqie ke majlis untuk sakitkan hati Darviena Diana? Aku ni pengantin perempuannya bukan si Zalia tu.

Rizqie pun satu. Pagi tadi masa nikah elok je layan aku ni dah malam waktu sanding buat perangai pula. Dia sebenarnya nak kahwin dengan aku ke Zalia?

"Gediknya kak Zalia tu. Meluat pulak Azi tengok. Kak Viena tak rasa meluat ke?" Raziqah menyengol lenganku membuatkan aku tersentak sebentar.

"Kak Viena pergi la sana. Abang Qie tu suami akak kut. Jangan biarkan ulat bulu tu kacau abang Qie akak." Tidak sempat aku hendak membuka mulut, Raziqah menyambung lagi sambil menarik narik tanganku untuk bergerak ke arah Rizqie dan Zalia.

"Maaf menggangu gelak ketawa kak Zalia dengan abang ye." Raziqah menyampuk membuatkan ketawa antara Rizqie dan Zalia terhenti.

Entah apa la yang dorang bualkan sampai ketawa beriya iya sangat. Nak juga aku tau apa yang lucu sangat sampai Rizqie lupa kehadiran aku.

"Abang Qie kak Viena cari." Aku membulatkan mata memandang Raziqah yang tersengih bagai kerang busuk.

Bila masa aku cari Rizqie pula ni? Pandai pandai betul la mulut si Raziqah ni tau. Nasib adik ipar sendiri tau kalau kawan aku macam si Ika ni memang dah lama aku sebat Raziqah ni dengan mulut pedas aku.

"Ada apa dear?" Rizqie bertanya aku dengan kening kanannya terangkat memandang aku.

Amboi amboi itu je ke dia tanya? Muka pun langsung tak ada rasa bersalah. Makin sakit hati aku ni.

Baru pagi tadi aku tanam dalam hati nak jadi isteri yang solehah tak nak jadi isteri yang derhaka tapi sekarang ni rasa macam nak buat dosa je dengan Rizqie ni tau.

"Hmm tak ada apa la. Dah lupa nak tanya apa. Sambung la balik bual dengan Zalia. Azi akak pergi dulu eh." Aku memberi senyuman nipis buat mereka bertiga sebelum pergi meninggalkan mereka.

Rasa macam nak tumbuk tumbuk je tau muka Zalia yang bagi senyum sinis dekat aku.

Kurang ajar betul kau Zalia kan. Masih tak sedar sedar lagi Rizqie tu aku punya. Memang aku nak kena bagi pengajaran ni nanti dekat dia.

"Sayang saya ni kenapa ni? Muncung je bibir ni." Hilang terus pelbagai rancangan yang cuba aku lakukan untuk sakitkan hati Zalia bila terasa tangan Rizqie memeluk pinggangku.

"Ish jangan buat orang terkejut boleh tak?" Aku memarahinya dengan suara perlahan.

Gila ke nak marah kuat kuat? Orang tengah ramai ni dalam dewan. Dah tak pasal pasal pula jadi bahan umpatan orang ramai kata pengantin perempuan marah pengantin lelaki masa majlis sanding.

"Sorry sayang." Mata aku pejamkan sebentar apabila terasa nafas Rizqie dekat dengan wajahku.

Rentak jantung yang berdegup kencang cuba aku kawal supaya kembali kepada degupan normal.

"Hmm. Ni nak apa datang sini ni? Dah puas gelak ketawa dengan Zalia ke?" Perliku.

"Sayang saya jealous eh?" Jarinya menarik hidungku sambil ketawa kecil.

"Sikit pun tak jealous la." Pantas aku tolak tangannya.

"Eleh yela tu tak jealous. Mengaku jela yang dia jealous." Kali ini terasa tangan Rizqie pula mencocok cocok kedua pinggangku.

Muka aku sudah terasa panas membahang kerana malu di usik sebegini.

"Rizqie stop it!!" Aku memarahinya lagi. Geramnya hati. Ingatkan datang sini nak pujuk aku tapi lagi nak buat aku meradang ada la.

"Yela yela. Usik sikit pun nak malu. Tengok tu muka dia dah merah dah tu." Rizqie menarik kedua pipiku sebelum kembali menyambung tawanya.

"Sayang jangan jealous la dengan Zalia tu. Aku tak ada rasa pun dengan dia. Mata dan hati aku cuma untuk isteri tercinta aku iaitu Darviena Diana." Rizqie menarik aku ke dalam pelukkannya. Aku pula membenamkan wajah ke dadanya.

Terasa malu pula bila Rizqie luah perasaan macam ni. Walaupun panggilan aku dia tu tak berubah lagi aku tetap rasa segan dengan luahan perasaan dia.

"Amboi amboi pengantin baru nak bermadu asmara pula. Sudah sudah la tu pengantin baru oi sambung balik bilik nanti. Sekarang sini naik pentas, semua teringin nak dengar suara pengantin berduet lagu cinta." Danish bersuara menggunakan microphone.

Aku makin membenamkan wajah ke dada Rizqie. Rasa makin panas wajah ni sebab malu. Rizqie pula boleh ketawa kuat. Langsung tak ada rasa malu dengan usikkan Danish.

Apa la nasib aku dapat keluarga dan suami yang tau nak mengusik je ni? Kejang dah aku rasa muka ni sebab panas kena usik.

❄️❄️❄️

Mata memandang ke arah pintu kecemasan dengan kabur. Air mata aku tidak berhenti henti mengalir di pipi.

"Sabar la Viena. Viena kena kuat." Mama mengusap belakang badanku.

"Qie ma. Viena tak sanggup kehilangan Qie. Belum sempat Viena jalankan tanggungjawab sebagai isteri dia pula accident macam ni.

Semuanya salah Viena ma. Kalau la Viena tak paksa dia balik rumah ambikkan beg baju Viena mesti semua ni tak jadi." Teresak esak aku menangis di bahu mama.

Semuanya salah aku. Kalau la aku tak menggatal suruh Rizqie balik rumah mama ambikkan beg baju aku bawak balik kembali ke hotel mesti Rizqie tak akan kemalangan teruk macam ni. Mesti aku dah bahagia dengan dia dekat bilik hotel.

"Diana tak boleh macam ni. Semuanya ketentuan dariNya. Dari Diana menangis macam ni baik la Diana berdoa banyak banyak minta allah selamatkan Qie. Minta allah sedarkan Qie cepat cepat." Kali ini mak pula cuba menenangkan aku.

Hampir tiga jam kami semua menunggu Rizqie di bilik bedah akhirnya pintu bilik bedah terbuka juga  dan kaki aku bagai tiada tulang melihat nurse menolak katil Rizqie keluar dari bilik bedah.

"Ika macam mana keadaan Qie?" Kali ini suara Danish pula bertanya sebaik saja Ika keluar dari bilik bedah.

Aku tidak mampu bersuara apabila melihat keadaan Rizqie yang terlampau teruk. Mukanya pecah tangan dan kaki berbalut.

"Alhamdulillah keadaan dia dah stabil. Tapi buat masa ni Qie akan di tempatkan ke bahagian ICU."

"Alhamdulillah." Kedengaran keluarga aku mengucap syukur.

"Tapi ada berita buruk yang Ika kena bagitau. Ika harap semua redha dengan apa yang jadi." Berita buruk? Bagai terhenti denyutan nadiku mendengar ayat Ika.

"Apa berita buruknya tu Ika?" Papa bertanya dengan tenang.

Aku pula berpaut dengan lengan Raziqah. Terasa tidak kuat untuk mendengar berita buruk yang cuba Ika sampaikan.

"Rizqie mengalami lumpuh."

Makin kuat tangisan aku mendengar sambungan ayat Ika. Ya allah dugaan apa lagi yang kau cuba bagi dekat aku ni?

DARVIENAWhere stories live. Discover now