Bab4🎈

4K 165 0
                                    


Aku membetulkan betulkan rambut di cermin kereta dan mentouch up muka dengan bedak dan lipstick di bibir sebelum keluar dari kereta.

Sebaik saja sampai di perkarangan stesen bas mata mula melilau lilau mencari kelibat mak dan ayah Rizqie.

Setelah jumpa kelibat yang di cari tanpa buang masa aku terus datang dekat dan menyapa mereka berdua yang sedang sibuk menikmati makanan di tepi kedai ini.

"Assalammualaikum makcik pakcik." Aku memberi salam sambil melemparkan senyuman buat mereka.

"Waalaikummussalam. Ye cari siapa ye?" Ayah Rizqie bertanya.

"Ni mak dan ayah Rizqie kan?" Aku bertanya cuba memastikan betul atau tidak. Mana la tau aku salah orang ke kan?

Walaupun Danish sudah memberi gambar mak dan ayah Rizqie tapi aku masih juga rasa ragu ragu. Kan dalam dunia ni ada tujuh muka sama jadi kena la pastikan betul atau tidak orang yang aku cari.

"Betul la tu. Anak ni siapa ye?" Kali ini mak Rizqie pula bertanya.

"Oh saya ni kawan Rizqie. Dia minta tolong saya jemput makcik pakcik." Laju aku memberi keterangan.

"Ni yang namanya Darv Darv tu ke?" Ketawa kecil aku apabila mak Rizqie menyebut nama aku. Ayah Rizqie juga aku lihat tersenyum menahan tawa.

"Darviena makcik. Nama saya Darviena." Ni mesti Rizqie dah maklumkan kepada kedua ibu bapanya tentang aku. Kalau tidak takkan la mereka boleh nak sebut nama aku kan?

"Haa susah sangat nak menyebut nama kamu ni. Apa tak ada nama lain ke selain Darviena?"

"Ada makcik. Panggil saya Diana pun boleh." Aku membalas.

"Diana. Haa kan senang nak menyebut tu tak berbelit lidah makcik nak menyebut." Tiba tiba terasa canggung pula bila orang panggil aku Diana ni. Lama dah orang tak panggil aku Diana sejak kes zaman sekolah dulu.

Teringat kejadian dulu membuatkan aku menggeleng kepala perlahan cuba membuang kenangan lama.

Dah la Viena jangan ingat lagi kes dulu dulu tu. Kau pun dah berubah jadi nak ingat zaman dulu tu dah kenapa?

"Kalau makcik dengan pakcik dah sudah makan jom la saya bawa balik rumah." Aku bersuara setelah hampir setengah jam kami berbual bual di depan kedai makan ini.

"Haa okay juga tu. Jom la kita."

❄️❄️❄️

"Rumah siapa ni Diana?" Mak Riqzie bertanya sebaik saja aku memakirkan kereta di tempat parkir kereta.

"Oh ni rumah saya makcik pakcik. Jemput la masuk. Buat macam rumah sendiri." Aku membuka pintu kereta buat mak dan ayah Rizqie.

Bukannya hendak memerli tapi memang itu yang aku maksudkan. Nasib la aku sudah mempunyai rumah sendiri bukannya duduk satu rumah dengan papa dan mama. Kalau tidak mana aku nak bawa mak dan ayah Rizqie ni berteduh.

Aku bukan saja saja nak bawa mak dan ayahnya datang duduk rumah aku pun tapi aku terpaksa kerana aku tidak ada kunci rumah Rizqie.

Si Rizqie tu pun satu tau nak bagi arahan je dekat aku tapi langsung tak fikir dulu sebelum bercakap.

DARVIENAWhere stories live. Discover now