Bab38🎈

3.1K 145 8
                                    


Aku memundar mandir di hadapan pintu bilik hotel menanti kepulangan Rizqie dengan penuh debar.

Semalam balik saja dari menaiki cruise ke hotel, Rizqie terus meninggalkan aku di bilik hotel sendirian.

Tipu kata aku tak sedih. Aku memang terlampau sedih. Salah aku juga sebab berdegil hendak percayakan Izzul sampai suami aku sendiri cakap pun satu aku tak percaya.

Hari ini aku nekad untuk pulihkan kembali keadaan kami. Aku sudah berjanji pada diri sendiri untuk mendengar semuanya dari mulut dia pula.

Aku jamin dia akan pulang ke bilik hotel pada hari ini memandangkan esok kami sudah hendak pulang ke Malaysia kembali.

Mataku meliar memandang sekeliling bilik yang dipenuhi dengan kelopak bunga rose dan juga lilin dengan penuh rasa puas hati.

Mataku meliar memandang sekeliling bilik yang dipenuhi dengan kelopak bunga rose dan juga lilin dengan penuh rasa puas hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Punya la tadi gigih aku meminta pekerja pekerja hotel di sini untuk membantu aku menyusun dan menyalakan lilin ni. Mujur la pekerja hotel disini membenarkan aku buat begini kalau tidak tak tau la aku nak memujuk Rizqie bagaimana.

Sedang sibuk aku memundar mandir tiba tiba kedengaran bunyi pintu bilik di buka dari luar. Pantas aku berlari menyorok di dalam bilik air.

"Darviena." Kedengaran suara Rizqie memanggilku.

Aku memejamkan mata sebentar untuk menenangkan hati yang berdebar tidak berhenti henti.

Mata memandang cermin di hadapan merapikan lingerie yang tersarung di batang tubuhku ketika ini.

Selain dari misi hendak memujuk Rizqie malam ini juga aku hendak menjalankan misi mengoda Rizqie.

Maklum saja la selama kami berada di Korea ini tidak pernah lagi kami bersetubuh. Asyik sibuk sangat dengan kerja je. Dah tu Rizqie sibuk sangat nak jaga kandungan aku.

Katanya masih baru lagi. Nanti kalau bersetubuh tak pasal pasal baby dalam kandungan dapat kesannya. Tak faham betul aku dengan alasan dia ni tau.

"Darviena." Lagi sekali namaku di panggil.

Aku menarik nafas panjang dan tanpa buang masa lagi aku terus memulas tombol pintu bilik air dan terpampang wajah tampan Rizqie di hadapanku.

Rizqie memandang aku tanpa berkelip. Aku berjalan menuju ke arahnya dan tanpa buang masa terus aku peluk lehernya.

"Apa benda ni Darviena?" Rizqie bersuara perlahan tetapi tangannya tetap berjalan melingkar di pinggangku.

"Surprise." Dengan penuh mengoda aku berbisik di telinganya sebelum mencium telinganya.

"I miss you so much sayang." Lagi sekali aku berbisik dan kali ini aku cium pipi serta dahinya.

Melihat Rizqie hanya membatukan dirinya membuatkan aku meneruskan lagi aktiviti godaan aku.

"I'm sorry." Kali ini dahinya pula menjadi sasaran.

"I love you." Dan terakhir sekali bibirnya aku kucup. Terasa bibir Rizqie membalas kucupanku makin aku ketatkan pelukkan di lehernya.

Hampir lima minit kami berbalas balas kucupan sebelum aku menolak perlahan dadanya untuk mencari nafas.

Aku mendongak memandang wajahnya dan juga matanya dengan penuh perasaan. Aku masih nampak sinar cinta dalam matanya yang bercampur dengan sinar nafsu.

"I mintak maaf pasal malam tadi Qie. I tak nak kita bergaduh macam ni. I tak sanggup berjauhan dari you. Tau tak I rindu sangat dengan you? I betul betul menyesal dengan tindakkan I malam tadi. Maafkan I ye sayang." Aku ambil tangannya dan aku kucup kedua tangannya.

"Aku dah maafkan. Aku pun mintak maaf sebab malam tadi aku terbawak bawak sangat dengan perasaan.

Aku tinggalkan kau seharian ni cuma nak bagi masa dekat kau dan aku untuk redakan diri. Aku takut kau tak nak tengok aku macam kita dulu dulu. Aku tak nak kehilangan kau lagi sekali. Aku sayang kau sangat Viena. Sangat sangat sayang." Kali ini Rizqie pula memeluk aku dan melepaskan kucupan di seluruh wajahku. Aku juga turut membalas kembali.

"Ni surprise untuk aku ni siapa yang tolong kau ni?" Rizqie bertanya sebaik saja melepaskan kucupan di wajahku.

"Orang hotel. Oh I hampir lupa pulak. Jom kita kedepan balik. I ada panggil room service untuk kita dinner malam ni." Aku tarik tangan Rizqie.

Rizqie pulak tanpa buang masa terus mendukung aku. Terjerit kecil aku kerana terkejut.

"Qie!! Terkejut la I." Aku pukul dadanya perlahan. Rizqie pula hanya ketawa. Geram pula aku dengan dia ni tau.

Sebaik saja sampai Rizqie terus menurunkan aku dan aku lihat matanya memandang tidak percaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik saja sampai Rizqie terus menurunkan aku dan aku lihat matanya memandang tidak percaya.

"Wow." Kedengaran suara terkejut Rizqie.

"Suka?" Aku bertanya.

"Mananya tak suka. Aku hargai sangat Viena dengan hasil usaha kau ni. Sayang kau sangat sangat." Lagi sekali Rizqie menarik aku ke dalam pelukkannya dan mengucup kepalaku.

"Dah jom kita duduk makan. Kalau asyik peluk je bilanya nak makan? Baby ni pun dah lapar tunggu ayah lambat sangat." Aku usap perutku yang masih lagi kempis tidak menampakkan bentuk.

Rizqie pula ikut ketawa lagi sekali sebelum ikut sama mengusap perutku yang masih kempis.

"Sorry sayang ayah. Dah ibu sexy sangat malam ni mana la ayah nak tahan. Kata nak makan tapi cara macam nak mengoda je." Pantas tanganku mencubit perutnya.

"Aduh sakit la sayang." Ketawa aku meletus apabila melihat kerutan di dahi Rizqie.

"Padan muka. Tula cakap la benda kotor dengan baby. Kan dah mendapat. Nanti baby dengar macam mana? Dah jom makan." Terus aku labuhkan punggung di kerusi menghadap Rizqie.

"Ala kalau bukan sebab pancutan padu ayah, baby pun tak ada dalam perut ibu tau." Aku membesarkan mata tidak percaya dengan apa yang sudah keluar dari mulut Rizqie.

"Ya allah Qie!! Jangan sampai I tumbuk you pulak kali ni." Aku sudah mengacah penumbuk kepadanya.

"Baby tolong ayah. Ibu nak tumbuk ayah ni." Kali ini Rizqie ketawa dengan kuat sambil menjelirkan lidahnya kepadaku.

Menggeleng kepala aku dengan perangai Rizqie. Suka betul dia mengusik aku macam ni. Haih la Rizqie nasib la aku sayang kau wahai suamiku.

Dalam hatiku aku mengucap syukur kerana keadaan kami sudah pulih seperti sediakala. Harapnya sekejap lagi selepas aku minta dia beri penjelsan, keadaan kami akan baik baik juga seperti sekarang ini. Aku berdoa di dalam hati.

DARVIENAWhere stories live. Discover now