Bab41🎈

2.4K 129 5
                                    


"Dayana dah bangun Viena?" Terbantut niat aku hendak mencedok makanan di dalam pinggan apabila mama menegur.

"Belum kut ma. Tadi sebelum Viena keluar Dayana tidur lagi." Balasku sambil tangan kembali sibuk mencedok lauk ke dalam pinggan.

Masa ni la nak ambil kesempatan untuk langgar pantang. Tengok jela mama macam tengah tak perasan je tentang lauk yang tengah aku cedok ni. Boleh la aku ambil banyak banyak sikit. Bukan selalu pun kan? Tersengih jahat aku dalam hati.

"Anak sendiri pun tak tau dah bangun ke belum? Pergi tengok sana. Entah entah dah bangun cucu kesayangan mama tu. Kalau dah bangun bawak turun ni orang marhaban pun dah call mama yang dorang nak sampai dah." Bebel mama lagi sambil menarik pinggan di tanganku.

"Ala ma kejap la bagi Viena makan kejap. Viena kempunan nak makan daging masak kicap ni." Mulutku sudah memuncung tidak puas hati dengan apa yang mama buat.

Tau tak aku kempunan sangat nak makan daging kicap. Sejak bersalin ni hari hari kena makan ikan sampai naik muak dah aku dengan ikan.

"Viena jangan nak mengada. Sedar sikit Viena tengah pantang. Naik atas sekarang sebelum mama cubit Viena." Mama sudah membesarkan matanya seperti memberi amaran.

"Yela yela." Aku mengeluh seketika sebelum berjalan masuk ke perkarangan rumah kembali.

"Uwek uwek."

Dengar sahaja tangisan kuat dari tingkat atas membuatkan aku berjalan laju untuk naik ke atas.

Tak perlu tahu siapa yang tengah menangis. Siapa lagi nak menangis kuat kuat kalau bukan anak kesayangan aku dan Qie.

Dayana Riana.

Nama anak perempuan kesayangan aku dan Rizqie. Sampai sekarang aku seperti tidak percaya lagi yang Dayana merupakan anak aku dan Rizqie. Bukti cinta aku dan Rizqie.

"Alo lo anak ayah kenapa menangis ni sayang? Shh shh." Tersenyum aku melihat Rizqie memujuk Dayana yang berada di pelukkannya.

Sejak Dayana lahir ke dunia perangai Rizqie aku perasan sudah pun berubah seratus peratus.

Dia menjadi lebih penyayang. Bukan tu sahaja, dia juga langsung tak boleh berenggang dengan Dayana. Asyik nak di peluk je sampai kadang kadang naik cemburu juga aku dengan Dayana.

Aku menggelengkan kepala dengan perangai tak matang aku. Apa la kau ni Viena dengan anak sendiri pun nak cemburu.

"Dia nak susu tu sayang." Pintu bilik aku tutup dan aku bawa kaki datang mendekati Rizqie yang berada di tepi katil Dayana.

"Yeke? Awak tak bagi dia susu ke tadi Viena? Kesian anak ayah lapar ye sayang? Ibu dera tak bagi sayang ayah ni susu ye?"

Hilang terus senyuman di bibirku apabila di tuduh mendera anak. Jangan kata dera, tengok nyamuk gigit Dayana pun aku tak sanggup.

"Sampai hati you tuduh I Qie. I punya la sayang dekat Dayana ni." Aku bersuara sedikit jauh hati.

Dayana yang merengek di dalam pelukkan Rizqie aku ambil. Rengekkan Dayana terus terhenti apabila aku menyua susu padanya.

"Sayang saya gurau jela. Kenapa sedih sangat ni?"

"You la cakap macam macam. I punya la sayang dengan Dayana ni sanggup you tuduh I macam macam." Makin melirih suaraku sambil mata memandang Dayana yang sedang kusyuk menghisap susu di dadaku.

DARVIENAWhere stories live. Discover now