Bab31🎈

3.3K 146 11
                                    


Rizqie POV

"Apa yang bising bising ni Qie? Sampai bawah dengar." Terhenti tangan hendak memulas tombol pintu apabila ada suara yang menegur di tangga.

"Eh kau Nish. Tak jadi keluar ke dengan Ika?" Aku bertanya. Tangan sudah menolak kerusi roda sedikit jauh dari pintu bilik.

"Tak jadi. Ika kena pergi hospital pulak tiba tiba. Kau pulak kenapa ni? Gaduh lagi dengan Viena?"

"Entah weh. Tiba tiba nak emo dengan aku kata aku tak sayang dia bagai. Apa entah salah aku pun aku tak tau."

"Ala biasa la tu. Nanti elok la dia tu balik. Ni kau nak turun ambik angin macam biasa ke?" Danish sudah mula berjalan ke arah aku.

"Aah macam biasa la Nish."

"Okay jom aku tolong." Danish menolak kerusi roda aku kembali menuju ke pintu lift.

Sesampai saja di tingkat bawah, belum pun sempat aku dan Danish hendak keluar papa pula menegur dari belakang.

"Anak papa dua orang nak pergi mana ni?" Papa aku lihat sedang memegang mug di tangan.

"Keluar ambik angin pa." Danish membalas.

"Ha papa pun nak join la. Lama dah tak berbual dengan Nish dan Qie ni. Boleh ke tidak ni?"

"Apa pulak tak boleh pa. Lagi di alu alukan. Kalau tengok muka Nish je 24 jam muak juga pa." Aku bergurau sambil diiringi dengan tawa oleh papa.

"Muak eh. Lepasni kalau aku mati baru kau tau rindu Qie." Danish memukul perlahan bahuku.

"Ish apa pulak kata macam tu Nish. Dah jom jom kita berbual dekat luar. Bik tolong bawak minum dengan makan dekat laman ya." Papa memberi arahan kepada pembantu rumah sebelum kami sama sama beriringan menuju ke halaman rumah.

Pelbagai jenis topik yang kami bertiga berbual dari hal syarikat ke hal dunia sehingga la papa tiba tiba tukar topik.

"Viena dah bagitau Qie yang dia nak bawak Qie pergi Korea next week?" Kerutan di dahiku mula terbentuk.

"Korea? Nak buat apa dekat sana pa? Tak ada pulak dia cakap apa apa." Aku cuba mengingati ingatan.

Sepanjang dengan Darviena ni tak ada pula dia cakap apa apa pasal Korea. Ke aku yang tak ingat? Tak kan la aku hilang ingatan kut tiba tiba.

"Laa Viena tak bagitau lagi ke? Papa ingat dah cakap. Tadi bukan main ceria dia keluar bilik office papa kata nak bagitau Qie. Siap kata nak manja dengan suami tercinta lagi."

"Manja dengan suami tercinta apa nya pa? Papa tak dengar ke Qie dengan Viena gaduh tadi? Siap Viena hempas pintu bilik." Aku terus menyiku perut Danish.

Sesedap hati dia je nak mengadu dekat papa pasal pergaduhan aku dan Darviena.

Aku tau la papa dan mama memang dah tau tentang hubungan tak baik aku dengan Darviena ni tapi agak agak la.

"Masih tak settle lagi masalah kamu dengan Viena ni Qie? Tak berubah lagi ke layanan dia dengan kamu?" Papa sudah merenung ke dalam mataku.

"Eh okay jela pa. Nish ni pandai pandai je tokok tambah cerita." Aku membalas dengan cepat. Tidak mahu papa salah faham. Danish pun tak beragak cakap tu. Potong lidah dia tau la kang.

"Aku cakap benda yang aku nampak dengan mata aku sendiri Qie." Mataku sudah terbuntang bulat memandang Danish cuba memberi amaran.

"Darviena Darviena. Papa ingat lepas apa yang papa basuh otak dia tu berubah la dia. Nampaknya macam tak berkesan je."

DARVIENAWhere stories live. Discover now