Bab39🎈

3.1K 132 17
                                    


"Qie.." Aku bersuara dengan manja dan meleret memanggilnya yang sedang enak menikmati makanan.

"Hm ada apa?" Sebaik saja Rizqie bertentangan mataku aku terus menunduk memandang pinggannya.

"Nak aku suapkan ke? Meh sini buka mulut aaa." Aku menolak tangan Rizqie.

"Bukan la." Ish dia ni tak dengar ke tadi aku dah sendawa sebab kekenyangan. Boleh lagi nak suap aku dengan makanan dia pula.

"Dah tu?"

"I nak minta satu permintaan dekat you ni tapi you kena janji dulu tak akan marah I." Dengan berhati hati aku meminta.

"Apa dia? Cakap la." Kali ini Rizqie sudah meletakkan garfu dan pisaunya di atas meja dan tumpuannya sudah seratus peratus kepadaku.

"Ala janji la dulu." Aku merengek manja.

Kedengaran pula keluhan yang terbit dari bibir Rizqie sebelum bersuara kembali.

"Ye aku janji. Ha apa dia tu?" Terus senyuman terbit di bibirku. Pantas aku bangun dari duduk dan berjalan ke tepi Rizqie.

"Nak duduk atas peha you." Aku membalas selepas melihat kerutan di dahi Rizqie seperti tidak mengerti kenapa aku berada di tepinya.

"Oh haa sini sayangku bucuk bucuk." Rizqie menarik aku duduk di pehanya. Aku melingkarkan tangan di leher Rizqie dan aku sandarkan kepala di dadanya yang berdegup laju.

Aku tersenyum bahagia. Sama seperti dulu dulu. Dadanya sentiasa berdegup dengan laju ketika kami rapat begini.

"Ha cakap la apa dia nak cakap tadi. Tak kan nak duduk macam ni je? Aku dah mula rasa tak selesa dengan kau ni tau. Sexy bukan main lagi. Geram je aku tengok dari tadi." Rizqie menarik batang hidungku.

Aku pula ketawa kecil. Memang itu yang aku nak pun. Tapi bukan sekarang. Sekarang ini aku kena selesaikan dulu masalah yang masih lagi dalam tanda tanya.

"Itu kejap lagi eh sayangku. Sekarang ni I ada benda nak tanya you dan I nak benda ni selesai hari ni jugak." Aku usap pipinya. Rizqie memegang belakang tanganku yang berada di pipinya.

"Apa dia? Ni pasal malam tadi ke? Kalau pasal malam tadi, aku tak nak cakap apa apa."

"Please Qie." Mataku merenung matanya meminta pengharapan.

Aku perlu selesaikan perkara ini malam ni juga. Aku dah tak sanggup nak berteka teki sendirian.

"No aku tak nak. Nanti tak pasal pasal kita gaduh balik. Aku tak nak bergaduh lagi dengan kau Viena. Sampai bila asyik nak gaduh je ni? Tak penat ke?" Rizqie tidak lagi memandang aku dan aku melihat kerutan di dahinya seperti sedang menahan marah.

Tidak buang masa lagi aku terus menarik mukanya menghadap aku dan bibir aku mula memainkan peranan mencium dahinya.

"Berkerut kerut muka tegang macam ni nanti cepat tua la sayang. I tak nak nanti kalau baby keluar dia terkejut tengok muka papa dia nampak tua." Usikku. Tertawa kecil aku apabila melihat Rizqie membuat muka geramnya.

"Kalau tak usik aku tak boleh ke?" Rizqie tarik hidungku perlahan.

"Siapa lagi I nak usik kalau bukan usik you?" Tanganku mengusap rambutnya dan aku rapatkan dahinya dengan dahi aku.

DARVIENAWhere stories live. Discover now