Alyah tersenyum apabila mengingatkan tentang ulang tahun perkahwinannya bersama Faqih. Sebelum subuh lagi dia sudah bangun kerana terlalu teruja. Mana taknya, annivesary tahun ini disambut di tempat percutian mereka. Sampai baju yang dipakai hari itu juga disiapkan dengan warna yang sepadan iaitu biru muda.
Sesudah saja Alyah membersihkan diri, dia terus menyarungkan blouse biru muda tadi pada tubuh kecilnya. Faqih juga sudah siap memakai baju yang disediakan oleh Alyah.
"Abang jom, kita pergi taman bunga." Kata Alyah dengan ceria. Tangannya menarik narik lengan Faqih.
"Sabarlah sayang. Taman bunga tu tak lari pon." Faqih mengusap lembut kepala isterinya.
Jam tangan pun dia tak pakai lagi. Alyah pula dah tak sabar nak pergi taman bunga.
"Memanglah taman bunga tu tak lari tapi nanti ramai orang. Susah nak pilih bunga."
"Sayang tunggu abang dalam kereta. Nanti abang datang."
"Okay... Abang jangan lambat tau." Lantas Alyah mencapai beg tangannya lalu segera berlalu keluar dari bilik hotel mereka.
Faqih hanya mampu menggelengkan kepala. Perangai Alyah yang seperti kebudak budakkan itulah yang membuatkan dirinya bertambah sayang akan wanita itu.
----------
"Abang, Alyah nak bunga ni boleh?" Soal Alyah sambil menunjukkan bunga lavendar yang dipegangnya.
Faqih yang sibuk mengambil gambar segera menghentikan aktivitinya. Dia memandang Alyah lalu tersenyum nipis.
"Tak bolehlah sayang. Bunga ni tak cantik. Ambil bunga lain eh?" Jawab Faqih.
"Hurm... okay." Alyah berlalu pergi mencari bunga yang lain. Mulutnya sudah memuncung persis itik.
Dari dulu lagi dia memang gemarkan bunga lavendar dan ingin meletakkannya diruang tamu rumah mereka. Memandangkan Alyah dan Faqih hidup sebumbung, mereka mestilah sama-sama memahami.
Faqih tergelak melihat Alyah yang berjalan sambil menunduk. Wajahnya kelihatan masam sahaja.
Tak sampai beberapa minit, Alyah kembali semula ke arah Faqih. Kali ini bunga orked pula yang berada di tangannya.
Sekali lagi senyuman jelas terukir dibibir Alyah. Bunga Orked tadi ditayangkan betul-betul dihadapan wajah Faqih.
Faqih menggelengkan kepalanya.
"Sorry sayang, bunga ni pun tak cantik jugak. Abang tak suka la." Balas Faqih sambil menolak bunga orked tersebut jauh dari mukanya.
"Abang ni, semua bunga tak cantik. Habis tu, bunga apa yang cantik? Penatlah Alyah nak cari bunga. Abang tahu tak?" Alyah sudah mula membebel sambil berpeluk tubuh. Badannya dipalingkan dari memandang Faqih.
"Alololo... Alyah penat ke cari bunga?" Tanya Faqih sambil mencubit lembut pipi Alyah yang mengembung.
"Iyelah. Abang tu tahu nak complain je. Semua bunga yang Alyah pilih tak kena." Alyah mencebik.
"Dah tu buat apa Alyah penat-penat cari bunga. Abang dah jumpa bunga yang lagi cantik dari bunga yang Alyah pilih tadi." Ujar Faqih.
Laju saja Alyah menoleh memandang Faqih. Senyuman lebar terpapar pada wajahnya.
"Mana bunga tu. Kita beli nak?" Mata Alyah melilau mencari bunga yang dimaksudkan oleh Faqih.
"Sayang, bunga ni tak boleh dibeli. Dia terlalu mahal." Sambung Faqih lagi. Tangan kanan Alyah ditarik ke dalam genggamannya.
Oleh kerana suhu persekitaran yang sejuk, membuatkan Alyah mengeratkan lagi genggaman tangan mereka.
"Berapa harganya?" Alyah memandang Faqih mananti jawapan. Semakin teruja pula dia nak tahu tentang bunga yang dimaksudkan Faqih.
"Harganya terlampau mahal sampai abang tak boleh nak sebutkan." Kata Faqih menambahkan lagi rasa ingin tahu Alyah.
Dahi Alyah semakin berkerut. Otaknya cuba memikirkan bunga yang mempunyai harga termahal tu.
Faqih tergelak kecil melihat gelagat Alyah.
"Abang suka bunga ni dari kecil lagi. Lepas abang pindah NY, abang tak dapat tengok bunga ni sebab dia hanya ada kat Malaysia. Abang bersabar selama 7 tahun untuk tengok bunga ni lagi. Masa abang sampai Malaysia, bunga ni yang menjadi pandangan pertama abang." Terang Faqih panjang lebar.
Sejujurnya, Alyah lah bunga tersebut. Sewaktu Faqih menjejakkan kaki di tanah air, wajah Alyah yang pertama dipandang. Selepas itu barulah Umi.
"Alyah tak tahu pulak yang abang suka bunga dari kecil." Jawab Alyah naif. Semua maksud yang tersurat didalam ayat Faqih tadi langsung tak difahami.
"Haah. Abang suka bunga dari kecil sampai sekarang."
"Kalau macam tu jom lah kita pergi tengok bunga tu." Alyah sudah mahu bergerak dari situ. Faqih pula masih berdiri statik.
"Abang kenapa berdiri lagi. Jomlah." Sedaya upaya Alyah menarik lengan Faqih.
"Buat apa pergi jauh-jauh, kalau bunga yang abang maksudkan tu dah ada depan mata abang." Ucap Faqih.
Serta merta Alyah memandang tepat ke dalam anak mata Faqih. Tak tahu pula dia, bunga itu adalah dirinya sendiri. Haih, naif betullah kau ni Alyah.
"Sayang tak percaya ke? Bunga tu Alyah lah." Faqih menjentik dahi luas isterinya. Sudah sekian lama dia tidak melakukan perkara tersebut kepada Alyah.
"Ouch... sakitlah." Adunya. Alyah mengusap dahinya yang dijentik oleh Faqih.
"Itu sebab isteri abang ni blur sangat. Dah jom kita pergi makan." Faqih memeluk bahu Alyah. Tetiba saja handphone milik Faqih berdering.
"Sekejap eh." Kata Faqih sambil menayangkan isyarat tangan.
Dia berjalan menjauhi Alyah. Dia tak mahu Alyah mendengar perbualannya.
Sebaik saja panggilan tamat, Faqih menuju ke arah Alyah.
"Kenapa?" Tanya Alyah sambil menjongketkan keningnya.
"Abang kena jumpa kawan sekarang. Katanya ada hal penting yang dia nak bagitahu. Abang hantar Alyah balik hotel dulu tau. Mungkin malam nanti baru abang balik. Kalau Alyah ngantuk, tidur je dulu." Jelas Faqih.
Alyah mengangguk malas.
'Nampaknya tahun ni aku memang takkan sambut annivesary dengan abang.' Desis hatinya.
Alyah mengeluh perlahan sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Assalamualaikum, lama tak update. Minggu depan dah mula sibuk balik. Jadi novel ni akan stop lagi. Tapi inshaallah tak lama. Lepastu saya akan sambung update lagi.😄
YOU ARE READING
Forever Love ✔
Random× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi un...