- FL 23 -

2.2K 89 4
                                    

Alyah

Hari ini aku mula masuk semula ke tempat kerja. Dengan apa yang terjadi pada aku, pihak hospital benarkan aku bercuti selama seminggu untuk menenangkan fikiran aku kerana tidak mahu fokus aku terganggu. Setelah itu, aku perlu kembali semula bekerja.

Selama seminggu itu, Faqih kerap melawat aku di rumah Umi. Ya, semenjak pemergian Alisya aku tidak lagi tinggal bersama Faqih.

Walaupun dipaksa oleh Umi untuk tinggal bersama Faqih, berbagai alasan aku gunakan. Sejujurnya, aku tawar hati dengan Faqih. Oleh sebab itu aku tidak mahu tinggal bersamanya.

Setiap kali Faqih datang melawat aku, dia akan bawa makanan buat aku. Tidak pernah sekali pun aku makan makanan yang dibawanya. Aku lebih memilih untuk makan di kantin berhampiran hospital berbanding makan makanan yang dibawa Faqih.

"Doktor?"

Lamunan aku terhenti tatkala suara seseorang memanggil aku. Seorang nurse sedang berdiri di hadapan aku sambil memegang rekod pesakit yang perlu aku semak.

"Ya?"

"Ini ada beberapa laporan yang perlu Doktor semak. Dan ini pula fail berkaitan pesakit yang berada di wad 124." Katanya sambil menghulurkan beberapa fail kepada aku.

Aku menyambut huluran tersebut sambil menghadiahkan senyuman kepada nurse tersebut.

Dengan teliti aku menyemak setiap fail. Takut kalau ada kesilapan. Nampaknya pesakit kanser yang aku rawat di wad 124 masih belum aku ambil data kesihatannya. Jadi aku perlu ke sana untuk mencatat tentang kesihatannya.

Dengan segera aku melangkah keluar dari ruangan bilik aku ke wad 124 tersebut.

*******

"Macam mana keadaan awak sekarang?" Tanya aku.

"O--- okay." Balasnya sambil tersenyum lemah.

Wajah pucatnya aku tenung lama. Wanita yang berada di hadapan aku ini menghidap kanser otak. Semakin hari senyuman di wajahnya semakin pudar dek kerana wajahnya yang semakin memucat.

Setiap hari juga suami dan anaknya akan datang melawatnya. Tapi hari ni, pesakit ini hanya ditemani oleh anak lelakinya yang baru berusia 5 tahun. Suaminya pula tidak dapat datang kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Walaupun keadaanya semakin teruk, dia sering kali menangguhkan pembedahannya. Suaminya juga sering mendesak dirinya untuk melakukan pembedahan tersebut dengan segera. Tetapi dia tetap juga dengan keputusannya.

Banyak risiko jika melakukan pembedahan ini. Salah satunya hilang ingatan. Mungkin pesakit ini tidak mahu melakukan pembedahan inu kerana risau dirinya akan risiko yang bakal dihadapinya nanti.

Tapi pembedahan juga ada kebaikannya. Suami dan anaknya juga tidak mahu dia terus begini. Banyak kali juga aku cuba menasihatinya. Hasilnya tetap sama.

Aku mula memeriksa tekanan darahnya lalu mencatatkannya pada fail pesakit ini.

"Okay... Puan kena banyak berehat. Pembedahan Puan ada lagi sebulan. Sepanjang menunggu hari pembedahan, saya tak nak Puan terlalu penat atau stress." Jelas aku sambil tersenyum.

"Doktor.... boleh tak kalau saya tak nak lakukan pembedahan ni?" Soalnya sayu. Tangan sejuknya mula mengenggam tangan aku. Matanya mamandang anaknya sekilas sebelum kembali memandang ke arah aku.

Nasib baik anak lelakinya sedang tidur di atas sofa. Jika tak, pasti anaknya itu akan sedih melihat keadaan ibunya.

"Puan... dah banyak kali Puan tangguhkan pembedahan ni. Saya tak nak perkara buruk terjadi nanti." Aku cuba menasihatinya.

Perlahan-lahan air matanya mula mengalir. Genggaman pada tangan aku semakin erat.

"S-- saya tak nak nanti kalau saya l---lupa anak dan suami saya. Saya tak nak mereka sedih." Cecair hangat semakin mengalir deras di pipinya.

"Saya percaya yang pembedahan ni akan berjalan dengan lancar. Puan perlu banyak berdoa." Kata aku lagi.

Disebalik nasihat yang aku berikan, terselit juga rasa sebak. Aku pun tidaklah sekuat mana dibandingkan dengan pesakit kanser ini.

Sudah lebih setahun dirinya melawan penyakit ini. Dia memang seorang yang tabah. Hatinya cekal menerima dugaan ini.

Sedangkan aku......

"Tapi Doktor... saya t---takut."

"Puan banyakkan berehat dan berdoa pada Tuhan. Pasti ada jalannya." Aku tersenyum nipis.

Dia meleraikan genggaman tangannya lalu mengelap air matanya yang mengalir.

"Doktor....." Panggilnya lemah.

"Ya?"

"Kalau apa-apa jadi pada saya, tolong jagakan anak saya."

******

"Kalau apa-apa jadi pada saya, tolong jagakan anak saya."

Kata-kata pesakit tadi mula melayar di fikiran aku. Entah kenapa, aku turut berasa sedih. Perasaannya seolah-olah seperti aku yang berada di situasi pesakit tersebut.

Makanan yang berada dihadapan aku tidak terusik. Hilang selera pabila mengingatkan tentang keadaan pesakit tadi.

"Alyah?"

Aku mendongakkan kepala memandang si empunya suara.

Danish.

Dia tersenyum manis lalu melabuhkan punggungnya di hadapan aku.

"Danish? Apa awak buat dekat sini?" Soal aku.

Hari tu aku terserempak dengan dia semasa percutian aku dan Faqih di Cameron Highland sekarang pula kami terserempak di sini.

Dunia memang kecil.

"Saya melawat pak cik saya kat hospital ni. Tak sangka pula boleh terjumpa awak kat sini. Btw, awak buat apa kat sini?" Tanya Danish.

"Saya kerja kat sini."

"Doktor?"

"Yeah." Aku memgangguk mengiyakan soalan Danish.

"Lepasni kalau saya sakit bolehlah saya jumpa dengan awak je." Kata Danish.

"Ada ada je lah." Aku tergelak kecil. Makanan yang berada di hadapan aku disuap sedikit ke dalam mulut.

"Ouh ye, Alyah. Mana Faqih? Takkan awak makan sorang je?" Danish menjongketkan keningnya sambil menunggu jawapan dari aku.

Aku terdiam sejenak. Adakah aku patut cerita pada dia atau tak. Tapi sekarang ini, aku perlukan seseorang untuk dengar semua masalah aku.

Dan akhirnya, aku ceritakan segalanya kepada Danish... Termasuk tentang aku dan Faqih.







Forever Love ✔Where stories live. Discover now