Alyah menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Kakinya dihayunkan ke arah Umi yang sedang mengemas ruang tamu. Wanita tua itu terlalu sibuk menyusun atur barangan di atas meja sampai langsung tidak menyedari Alyah yang sedang berdiri di belakangnya.
"Umi!!" Tegur Alyah setelah lama berdiri di belakang Umi. Bahu Umi ditepuk lembut.
"Ouh om!!" Latah Umi. Terjatuh penyapu yang dipegang Umi kerana terkejut dengan sergahan Alyah.
Alyah sedah tergelak besar. Suka benar dia melihat Umi begitu.
"Haaa... suka la buat orang terkejut." Umi menjeling Alyah lalu penyapu yang jatuh tadi diangkat semula. Lantas dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
"Ala Umi. Bukannya selalu dapat tengok Umi terkejut." Kata Alyah. Dia kembali tertawa.
Umi pula hanya melakukan kerjanya tanpa mengendahkan Alyah yang masih ketawa.
"Alyah tak kerja ke hari ni?" Tanya Umi. Matanya tetap fokus pada kerjanya.
"Kerja. Tapi Alyah masuk kerja petang nanti." Balas Alyah.
Rambutnya yang sedikit serabai dibetulkan. Haih, mentang-mentang masuk kerja petang dia bangun lambat.
"Umi?"
Umi memandang Alyah sambil menaikkan sebelah keningnya.
"Umi masak apa hari ni?" Soal Alyah sambil tersengih.
Perutnya yang kempis itu digosok sambil memandang Umi. Semalam dah lah tak sempat nak makan sebab Alyah terlalu sibuk siapkan tugasannya sampai lupa nak makan malam.
"Umi tak masak hari ni. Nanti Umi nak kena pergi butik. Ada hal sikit." Balas Umi.
Alyah memuncungkan bibirnya. Perutnya sudah meraung mintakan makanan.
"Takkan Umi tak masak langsung?"
"Tak."
"Habis tu Alyah nak makan apa?" Rengek Alyah. Macam nak nangis pun ada.
"Makan la makanan yang Faqih bawa tu. Ada tu ha makanannya bawah tudung saji tu." Kata Umi sambil tangannya ditundingkan ke arah tudung saji.
"Aik. Bila masa Faqih datang?" Kepalanya yang tidak gatal digaru. Otaknya pada pagi itu seperti kurang berfungsi.
"Masa Alyah tengah membuta tu la dia datang. Siap bawa makanan lagi untuk Alyah. Faqih macam tahu-tahu je Umi malas nak masak." Tambah Umi lagi beserta dengan gelak tawanya.
Alyah memandang Umi sambil memaparkan wajah bingungnya. Dia sendiri tidak menjumpai perkara yang kelakar di dalam ayat Umi sebentar tadi.
"Dia datang hantar makanan je ke?"
Umi mengangguk.
"Kenapa? Kamu ingat datang nak jumpa kamu?"
"Iye lah. Selalunya memang dia datang sini nak jumpa Alyah kan." Kata Alyah dengan yakinnya.
Kalau Faqih datang pun bukannya engkau nak jumpa dia pun, Alyah.
"Tadi pun lepas Faqih hantar makanan dia terus pergi. Nampak tergesa-gesa je." Jawab Umi. Kakinya bergerak menaiki tangga.
YOU ARE READING
Forever Love ✔
Random× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi un...