"Danish dia ada masalah mental. Dan perkara ni dah lama pak cik simpan. Tak ada siapa tahu termasuk Alyah, isteri kamu."
Wajah Encik Karim ditenung oleh Faqih. Sungguh lelaki tua dihadapannya ini kelihatan begitu kasihan.
Sudahlah isterinya meninggal. Dia pula datang ke sini atas bantuan Maira. Jika tak, mungkin Pak cik Karim sudah menjadi gelandangan di UK.
Faqih berfikir sejenak. Pantasan Danish terlalu inginkan Alyah. Kenapa tidak dari dulu lagi Faqih menyedari hal ini.
"Dan....."
Kata-kata Pak cik Karim jeda seketika. Matanya memandang sayu ke arah Faqih sebelum dia menundukkan lagi kepalanya.
Tangannya yang kelihatan pucat itu ditautkan antara satu sama lain. Kedengaran esakan kecil yang keluar darinya. Pak cik Karim sedang menangis.
"Pak cik kenapa?" Maira menyoal. Barangkali dirinya juga berasa kasihan kepada Encik Karim sama seperti Faqih.
Semestinya, sudah setahun Maira membantu lelaki ini. Semua masalahnya dikongsikan kepada Maira. Tapi tidak tentang ini....
"Sebelum tu... Maafkan pak cik sebab tak beritahu perkara ni lebih awal kepada Faqih."
Lantas tangan Faqih digenggam erat. Matanya memandang lantai. Tidak berani dia untuk membalas pandangan Faqih. Sungguh dia berasa sungguh berdosa kepada Faqih dan Alyah.
"Pak cik tak buat salah pun. Kenapa perlu minta maaf." Kata Faqih lembut sambil tersenyum nipis.
Tangisannya semakin kedengaran. Air matanya mula jatuh ke pipinya.
Maira dan Zaq sudah memandang ke arah Pak cik Karim risau.
Rasa bersalah di dalam diri Faqih semakin menebal.
'Aku ke penyebab pak cik menangis.' Kata hati Faqih.
"Sebenarnya, Danish yang bunuh anak kamu. Maafkan pak cik sebab tak beritahu perkara ini." Ujarnya dengan rasa bersalah.
Faqih tergamam. Apa dia salah dengar atau bermimpi ketika ini? Entah sejak bila, pipinya sudah mula basah dengan air mata.
"A--apa yang pak cik cakapkan ni?" Tanya Faqih meminta kepastian. Dia berharap agar ucapan Pak cik Karim tadi sekadar gurauan.
Tapi tidak....
"Sudah sudah tahu perkara ni lama. Pak cik ikut Danish ketika di ke taman tersebut. Pak cik nampak apa yang dia buat. Tapi... pak cik tak berani bagitahu Maira sebab...."
Pantas saja Maira memotong perkataan Pak cik Karim. Wajahnya sudah merah padam. Sudah pasti dia sangat marah tentang perkara ini.
"Kenapa pak cik tak bagitahu Maira lebih awal?" Suara Maira kedengaran marah.
Manakala Pak cik Karim masih lagi menangis.
"Pak cik tak nak Danish kena tangkap. Danish anak pak cik. Dia tak bersalah. Pak cik yang salah sebab tak beri kasih sayang yang cukup kepada Danish sampai dia jadi macam ni. Kalau Faqih marah, Faqih masukkan aje pak cik dalam penjara. Pak cik sanggup." Rayu Pak cik Karim lagi.
Entah apa yang bermain di fikirannya, dia langsung melutut di hadapan Faqih hanya kerana anak yang langsung tidak kisah akan keadaannya.
"Pak cik buat apa ni?" Faqih cuba untuk menarik Pak cik Karim bangun. Lelaki itu tetap mengeraskan dirinya dan terus menerus melutut. Timbul rasa bersalah di dalam diri Faqih.
YOU ARE READING
Forever Love ✔
Sonstiges× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi un...