Maira POV
Aku memandang Pak cik Karim yang sedang duduk dihadapan aku. Wajahnya muram seperti selalu.
Aku tahu, dia pasti sedang memikirkan tentang Danish. Entah apa lagi yang lelaki itu lakukan sehingga Pak cik Karim kelihatan benar-benar kecewa.
"Pak cik..... Pak cik boleh cerita dekat Maira masalah Pakcik." Kata aku.
Selama kenal Pak cik Karim, dia sentiasa meluahkan segalanya kepada aku. Hubungan aku dengan Pak cik Karim sudah seperti ayah dan anak. Lagipula ibu bapa aku tinggal jauh. Jadinya, jarang sekali aku dapat bertemu dengan mereka.
"Pak cik nak minta tolong Maira. Pak cik janji, ni kali terakhir pak cik susahkan Maira." Ujar Pak cik Karim sayu. Kedua-dua belah tangannya bertaut antara satu sama lain. Risau mungkin aku akan menolak permintaannya yang satu ini.
"Pak cik tak pernah susahkan Maira. Okay.... Pak cik nak Maira tolong apa?"
Pandangan aku dijatuhkan ke arah luka yang terdapat di tangan dan lutut Pak cik Karim. Serta merta soalan diajukan kepadanya.
"Eh? Macam mana boleh ada luka ni?" Tangannya aku belek bagi memerhati lukanya. Luka yang tidak terlalu parah itu aku pandang. Darah yang sudah kering juga dapat dilihat.
"P--pak cik jumpa Danish ta...."
Pantas aku memintas Pak cik Karim dari meneruskan kata-katanya. Perasaan marah menerjah di dalam diri. Danish ini kalau tak menyakitkan hati tak sah!
"Jadi, dia la yang buat ni?" Soal aku tegas. Pak cik Karim ini sering saja membela Danish.
"Sikit je ni. Lagipun dia tak sengaja." Tutur Pak cik Karim perlahan.
Aku mengeluh berat. Luka punyalah banyak, boleh dikatanya tak sengaja.
"Danish tu mental. Dia mesti sengaja kan buat Pak cik macam ni?" Segera aku mencapai kotak first aid berhampiran.
Sepanjang merawat luka Pak cik Karim, mulut aku tidak berhenti mengomel. Dikutuk-kutuknya si Danish tu. Marah tau!
"Maira tolong bawa Pak cik jumpa suami Alyah."
Dapat aku lihat, Pak cik Karim sangat berharap aku akan menunaikan permintaannya.
Aku mengangguk perlahan.
"Nanti, Maira bawa Pak cik jumpa Faqih."
♡♡♡
Alyah POV
Sudah tiga hari Faqih tidak datang menjenguk aku di rumah Umi. Mungkin dia sedang berusaha mencari pembunuh anak kami.
Ataupun......
Memang dia dah putus asa dengan aku. Jujurnya, aku memang marahkan dia. Tapi, langsung tidak terlintas di akal fikiran aku untuk berpisah dengan dia.
Kenapa? Kenapa semua perkara ini jadi pada aku? Aku bukannya mahu menyalahkan takdir yang sudah Tuhan tetapkan untuk aku. Aku sendiri tak mampu nak hadap semua ni.
Aku lemah. Terlalu lemah.
Setiap hari air mata aku mengalir. Naik bengkak mata. Penat aku mahu menangis lagi sehingga terasa seolah-olah air mata sudah kering.
Pintu bilik dikuak perlahan.
Tersembul wajah Umi di muka pintu sambil tersenyum manis. Di tangannya juga terdapat dulang makanan.
"Umi masuk ye?" Pinta Umi lembut.
Aku sekadar mengangguk lemah. Dah tak larat lagi nak keluarkan suara.
"Umi ada bawakan makanan ni. Alyah makan tau." Dulang makanan tadi diletakkan di atas meja di sisi katil.
Bubur ayam dan air suam. Langsung tiada selera mahu menjamah makanan tersebut walaupun sedikit.
Sedari tadi Umi memandang aku. Terdapat lingkaran hitam di bawah mata aku akibat tidur yang tidak mencukupi.
Payah untuk aku lelapkan mata. Ada saja yang akan aku fikirkan. Hal tentang aku dan Faqih serta berkaitan masalah di tempat kerja.
Ditambah lagi dengan kerja sebagai Doktor ini memang memberikan tekanan.
"Alyah boleh cerita masalah Alyah kat Umi. Apa yang jadi sampai Alyah marah Faqih teruk hari tu?" Soal Umi meminta penjelasan.
Selepas kejadian itu, aku langsung tidak membuka mulut berkenaan hal ini. Sekadar pendam dan simpan dalam hati.
Melihatkan yang aku hanya mendiamkan diri. Umi melepaskan keluhan. Soalannya tadi diulang buat kali yang kedua.
"Share masalah Alyah dengan Umi. Jangan pendam. Nanti makin melarat."
Aku memandang wajah Umi yang benar-benar mahu mendengar masalah aku. Wajah ini lah yang selalu ada dengan aku. Tak pernah menyesal ada anak seperti aku.
Akhirnya, aku membuat keputusan untuk meluahkan perasaan yang di pendam ini kepada Umi. Lagipun, aku memang memerlukan seseorang untuk memberikan aku semangat. Sekarang aku perlukan kata-kata semangat dari orang sekeliling.
Maira pula entah ke mana. Selalunya masalah aku akan dikongsikan kepadanya. Kali terakhir aku berjumpa dengan dia 2 minggu lepas. Selepas itu memang langsung tidak berjumpa. Mungkin dia ada urusan yang lebih penting yang harus diselesaikan berbanding menyusahkan dia untuk memikirkan cara menyelesaikan masalah aku. Aku ni memang membawa beban kat orang.
"Umi rasa wajar ke Alyah suruh Faqih cari pembunuh Alisya?" Soalan pertama aku ajukan kepada Umi.
Kadang terasa melampau pula dengan permintaan aku. Sejak dari hari itu, hati aku tak tenang. Selalu saja teringatkan semula tentang permintaan aku.
Macam mana untuk Faqih mencari pembunuh Alisya sedangkan pihak polis sendiri tidak dapat menyelesaiakan kes ini. Katanya, pembunuh ini terlalu bijak. Langsung tiada kesan ditinggalkan di kawasan kejadian.
Ada kemungkinan pembunuh Alisya ini seseorang yang aku kenal. Tapi siapa?
"Umi pun tak tahu nak cakap macam mana. Cuma Umi nak cakap yang bagi Umi permintaan Alyah ni agak melampau." Terang Umi.
Pada waktu itu, fikiran aku kacau bilau. Entah macam mana permintaan itu keluar dari mulut aku.
"Okay, Umi nak tanya Alyah soalan?"
Aku hanya mendiamkan diri menunggu soalan dari Umi.
"Alyah masih tak boleh terima ke pemergian Alisya?" Tanya Umi.
Soalan Umi buatkan aku kelu lidah. Tak tahu mahu berikan jawapan apa kepada Umi. Aku sendiri tak pasti dengan diri aku.
"Bukan macam tu, Alyah....."
"Bukan macam tu? Habis tu, kenapa Alyah suruh Faqih cari pembunuh Alisya?"
Aku mendiamkan diri.
"Alyah sebenarnya masih tak redha dengan pemergian Alisya kan?" Aku menundukkan kepala.
Terasa bagai dihempap batu berat. Aku pun tidak pasti jawapan apa yang sesuai untuk aku berikan.
"Betul kan apa yang Umi cakap? Alyah memang tak boleh terima semua ni. Kalau tak kenapa Alyah boleh suruh Faqih cari pembunuh yang kita sendiri tak tahu siapa." Sambung Umi lagi.
"Alyah sebenarnya nak tengok usaha Faqih kalau betul dia nak baiki hubungan dia dengan Alyah. Alyah nak tengok kesungguhan kita."
"Tapi bukan ni caranya."
"Alyah...."
"Satu je Umi nak cakap. Jangan disebabkan Alyah tak boleh terima pemergian Alisya, Alyah buat Faqih macam ni. Kalau Faqih tak sayang kan Alyah, dia takkan ikut cakap Alyah untuk cari pembunuh tu." Kata Umi tegas.
Aku hanya mampu menelan semua kata-kata Umi.
Perlahan-lahan air mata aku gugur.
YOU ARE READING
Forever Love ✔
Diversos× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi un...