- FL 2 -

5.5K 166 0
                                    

Maira dari tadi memerhati perlakuan Alyah. Tangan kawan baiknya itu tidak berhenti memasukkan pelbagai jenis makanan ringan ke dalam troli pasar raya. Troli tersebut juga sudah hampir penuh.

"Kau ajak aku datang sini sebab kau nak beli benda ni ke?" Soal Maira. Matanya tidak berkelip memandang Alyah.

"Haah." Jawab Alyah sepatah. Dia mengambil sekotak susu coklat lalu dimasukkan ke dalam troli.

"Siapa yang makan jajan banyak-banyak ni? Faqih ke?" Setahu Maira, Alyah anti dengan jajan. Katanya banyak bahan pewarna la, tak sihat la. Peliklah kalau Alyah yang makan semua ni.

Pantas Alyah menggelengkan kepalanya menidakkan penyataan Maira. Faqih takkan makan benda-benda ni semua.

"Habistu?" Tanya Maira lagi sambil mengjongketkan keningnya. Ada saja perangai Alyah ni.

"Untuk aku lah. Faqih tak makan benda ni." Balas Alyah selamba. Kakinya bergerak pula ke bahagian roti. Banyak jenis roti yang menarik perhatiannya. Kalau boleh, mahu saja dia beli kilang roti sekali.

Maira hanya setia menolak troli dibelakang Alyah. Maira tak ada lah kejam sangat sampai nak suruh Alyah pula yang tolak troli.

"Alyah, jaga lah kandungan kau tu. Kurangkanlah makan jajan. Kau kan dah jadi doktor sekarang. Mesti kau tahu cara pemakanan yang sihat untuk ibu mengandung." Ujar Maira.

Mereka sama-sama menuntut di UK. Alyah mengambil bidang kedoktoran manakala Maira pula bidang pelancongan. Walaupun sekarang Alyah dah berjaya menjadi seorang doktor, dia masih lagi tak hiraukan tentang kesihatannya. Kat hospital sibuk nasihat pesakit suruh jaga pemakanan.

"Bukan selalu." Jawab Alyah. Sedaya upaya dia menegaskan kehendaknya.

"Tapi tengoklah berapa banyak jajan yang kau dah ambil ni. Your health is more important." Tegas Maira lagi. Risau dirinya melihat Alyah.

"Ye aku tahu kesihatan tu lagi penting. Okay okay ni yang terakhir." Kata Alyah sambil memasukkan mister potato ke dalam troli.

Maira menggelengkan kepalanya manakala Alyah pula tersenyum macam budak kecil.

-----------------

Faqih membuka pintu rumahnya sambil tersenyum lebar. Tangannya pula memegang plastik yang berisi donut kacang. Harapnya Alyah tak ada lah nak donut lain pula. Jenuh dia nak pergi membelinya.

"Sayang!!" Panggil Faqih setelah melihat kelibat Alyah tiada di ruang tamu. Televisyen pula dibiar saja terbuka.

"Alyah sayang!!" Masih tiada sahutan dari Alyah. Faqih mengerutkan dahinya. Takkan lah Alyah keluar. Nak bergerak pun dia tak larat.

Tup!

Bunyi pintu kabinet ditutup membuatkan Faqih tahu yang isterinya itu berada di dapur. Dengan langkah segera, kakinya mengorak langkah menuju ke ruang dapur.

Wajah Alyah yang sedang makan didapur terus berubah masam mencuka setelah melihat Faqih muncul dihadapannya. Makanan disumbat kasar ke dalam mulutnya. Tetap merajuk lagi dengan si suami.

Pelbagai jenis plastik makanan ringan bertaburan di atas meja makan. Kebanyakan plastik makanan ringan tersebut sudah kosong. Nampaknya Alyah dah makan dengan banyak makanan tidak sihat itu tanpa pengetahuan Faqih.

Faqih tersenyum memandang Alyah yang langsung tidak mempedulikan kehadirannya disitu.

"Abang dah belikan donut kacang ni. Makan eh? Jangan merajuk dah." Faqih mengambil tempat disisi Alyah. Rambut hitam Alyah diusap perlahan.

"Thank you husband." Donut kacang tadi dipandang penuh selera. Merajuknya hilang buat seketika. Yang penting sekarang, donutnya ada di depan mata.

Donut kacang dimasukkan ke dalam mulut tanpa henti. Donut yang sangat diidamkan Alyah akhirnya terhidang di depan mata.

"Makan perlahan lahanlah." Tegur Faqih. Faqih menyisir sebahagian rambut Alyah. Senyuman manis terbit dibibirnya. Lihat saja Alyah gembira, hatinya pasti akan lega. Alyah sudah jadi segala galanya.

Plastik makanan ringan yang bersepah di atas meja makan mematikan senyuman Faqih. Pandangannya langsung ditujukan ke arah Alyah.

"Alyah apa ni?" Soal Faqih sambil menunjukkan plastik makanan ringan tersebut.

Sudah beberapa kali dia melarang Alyah untuk makan makanan tak sihat tu. Tapi tetap degil.

"Ala... Alyah makan sikit je. Laparlah."

"Sikit pun tak boleh." Kata Faqih. Bibir Alyah sudah memuncung. Tak puas hati dengan Faqih yang suka mengatur cara pemakanannya.

"Alyah tahu tak yang benda ni tak sihat. Kalau ye pun lapar tunggulah abang belikan makanan. Kalau sakit perut ke apa, siapa yang susah. Kan sayang tengah mengandung, macam mana dengan baby kalau Alyah asyik makan makanan ringan je." Bebel Faqih panjang lebar. Dia mahu isteri dan anak yang bakal dilahirkan nanti sihat.

"Abang boleh diam tak?" Marah Alyah sambil memegang perutnya. Rasa sakit yang teramat sangat pada perutnya. Dahi Alyah berkerut-kerut menahan sakit.

"Mana boleh diam. Selagi Alyah tak berhenti makan benda alah ni, abang tak kan diam. Alyah tahu kan yang abang risau sangat dengan Alyah. Ni anak pertama kita jadi sayang kenalah jaga betul-betul." Sambungnya lagi. Tangannya sibuk mengemas meja makan tanpa memandang Alyah yang sedang kesakitan.

"Abang..... sakit..." Panggil Alyah perlahan.

"Eh kenapa ni?" Tanya Faqih cemas. Dia mendekati Alyah. Alyah menggenggam kuat lengan Faqih. Dia sedang menghadapi kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.

"Sak... it...." Bahagian kaki Alyah sudah mula basah. Sudah sampai masanya untuk dia melahirkan anak mereka.

"Sayang apa ni?" Faqih terduduk memandang air yang jatuh dari kaki Alyah. Entah apa air tu pun dia tak tahu.

"Alyah nak.... ber...salin... dah...." Jelas Alyah tersekat-sekat. Bengang dengan suaminya yang langsung tidak faham dengan keadaannya.

Mata Faqih terbuntang luas. Otaknya langsung tidak dapat meneka keadaan Alyah yang mahu melahirkan anak mereka. Dia fikirkan yang Alyah hanya sakit perut biasa. Baru pertama kali nak jadi bapa.

"Jom kita pergi hospital!!" Dengan kelam kabut, Faqih membawa Alyah ke hospital.







Forever Love ✔Where stories live. Discover now