- FL 35 -

3.5K 116 7
                                    

(Dengarlah music kat atas tu. Bagi tambah feeling baca bab ni😆.)

Alyah POV

Aku tersenyum tatkala kenangan indah kembali bermain di fikiran. Kenangan yang aku sendiri harapkan tidak akan terpisah dari kepala aku. Biarlah dia terus manis walaupun hanya sekadar mimpi.

"Nak aku dukung?" Usik Faqih.

"Tak yah ngada-ngada. Nak makan ni? " Aku mengepal penumbuk lalu disuakan ke wajah Faqih.

Faqih menjelirkan lidahnya lalu berlari meninggalkan aku. Dia duduk di atas kerusi berdekatan tasik.

Kerusi yang aku duduk sekarang, aku sentuh perlahan. Masih sama seperti dahulu. Tiada yang berubah. Cuma aku saja yang banyak berubah.

"Macam mana Umi boleh bagi kau bawa aku keluar?" Kening kiri aku dijongketkan menunggu jawapan Faqih.

"Aku kan bakal menantu Umi. Takkan lah Umi tak bagi keluar dengan future wife aku."

"Betul-betullah."

"Betullah ni."

Automatik aku tergelak sendiri. Sifat Faqih yang suka menyakat orang dulu benar-benar buat aku rindu kan dia sangat. Kalau boleh diputarkan masa, aku nak kekal berada di waktu itu mendengar lawak jenaka Faqih setiap hari.

"Kau nak tahu tak Alyah kenapa hati aku ni sakit kalau kau tak ada kat sisi aku?" Soal Faqih tetiba.

"Tak nak." Aku tayang muka menyampah. Nak buat pickup line la tu.

"Cakaplah nak tahu. Kesian kat aku ni ha."

"Ha yelah. Kenapa?"

"Sebab kau dah curi hati aku. Dah curi tak nak pulang balik. Aku ni dah macam orang tak ada hati. Kau sudi rawat aku?"

Macam mana aku nak rawat kau Faqih? Aku sendiri pun tak kuat mana. Aku lemah sangat. Bagi tahu aku cara agar boleh rawat kau. Supaya hati kau tak sakit lagi.

"Macam mana aku nak rawat kau?" Tanya aku.

"Kau bagi sepenuhnya cinta kau pada aku. Itu seolah-olah kau dah dermakan hati baru untuk aku. Hati yang penuh dengan rasa cinta dan sayang kau pada aku." Faqih tersenyum manis.

Senyuman itu masih segar dalam ingatan aku. Senyuman yang buat aku sentiasa rasa lega berada di sisinya.

Serta-merta air mata yang cuba ditahan jatuh jua. Aku tak kuat. Kalau diberi pilihan, ambillah nyawa aku sekarang. Aku dah tak mampu untuk terus berdiri. Punca utama kekuatan aku sudah tiada.

"Hey. Why're you crying?" Lembut sahaja suara itu menyapa gegendang telinga aku.

Perlahan-lahan tangan sejuknya menyentuh pipi aku yang sudah basah dengan air mata. Dia menyeka lembut pipi aku.

Dengan pantas aku mendongak memandangnya. Makin berderai air mata yang mengalir.

"A-abang...."

"Ya sayang..."

Adakah aku bermimpi? Kalau ya, biarkan lah aku terus tertidur. Jangan bangunkan aku. Kerana aku ingin terus hanyut menikmati mimpi indah ini.

Lantas tubuh itu aku dakap. Menghilangkan rasa rindu yang terpendam sekian lama.

"Alyah mimpi je kan?" Kata aku sambil menangis di bahunya.

"Miss panda abang tak mimpi pun." Faqih membalas pelukan aku lalu belakang badan aku diusap perlahan.

Segera aku melepaskan pelukan. Aku menekup pipi ku yang berona merah. Sudah lah aku yang marah kan dia dan akhirnya, aku sendiri yang menangis dan memeluk dia.

"You look beautiful with that red cheeks." Faqih menarik tangan aku dari terus menutup pipiku.

Sekali lagi, senyumannya buat kan jantung aku berdegup. Sungguh, lelaki ini tak pernah gagal buat aku merasa sebegini.

"Abang..... Alyah.... Alyah rindu sangat..." Air mata aku kembali menitis. Tangannya itu aku genggam seerat mungkin.

"Abang pun. Kalau boleh abang nak selamanya ada dengan Alyah. Tapi..." Entah kenapa Faqih mengeluh berat.

"Apa maksud abang?" Aku mulai kebingungan.

"Ahahahaha.. Tak ada apalah." Faqih tertawa perlahan. Dia mengalihkan pandangannya ke arah tasik sambil menguntumkan senyum bahagia. Dari tadi bibirnya langsung tidak lekang dengan senyuman.

"Sayang..." Panggil Faqih lembut. Suaranya yang serak itu kedengaran amat perlahan.

"Iya?"

"Benarkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat. " Pinta Faqih.

Tanpa sempat aku memberi izin, kepalanya terlebih dahulu direhatkan pada bahu aku.

"Tasik ni cantik sangat macam Alyah. Alyah tahu, setiap saat abang rindukan Alyah." Tangannya bermain-main dengan jari jemari runcing aku. Sekali sekala, cincin perkahwinan kami disentuhnya.

"Abang rindu waktu kita kolej dulu. Abang marah sangat kalau Alyah asyik minat korea. Iye lah, abang rasa macam terpinggir je. Kelakar la pula bila teringat balik."

Memang tidak dinafikan, ketika itu a ku memang terlampau menyampah dengan perangai Faqih. Entah macam mana, dari menyampah itu boleh muncul pula perasaan lain. Perasaan yang membawa kepada perkahwinan.

"Tangan abang ni teringin nak jentik dahi Alyah kalau Alyah buat salah. Tapi... abang dah tak larat nak buat semua tu."

Aku hanya membiarkan Faqih berkata-kata. Biarlah aku menghilangkan rasa rindu ini dengan mendengar suaranya.

Kedengaran batukan kecil yang keluar dari mulut Faqih. Segera aku memandangnya. Dia sekadar memberi pandangan redupnya kepada aku. Kemudian, mata kami kembali memandang ke arah tasik.

"A-abang tahu kat sini ada anak kita." Tangannya singgah di perut aku.

Tersentak aku dibuatnya. Bagaimana dia boleh tahu sedangkan aku sendiri rahsiakan perkara ini dari pengetahuannya.

"Alyah bukan tak nak bagi---"

"Abang tak marahkan Alyah pun." Katanya lagi.

Dapat aku rasa gerakan perlahan tangan Faqih yang mengusap permukaan perut aku. Lagipun, dia sebagai bapa harus mengetahui soal ini. Dan dia harus ada di samping aku untuk sama-sama membesarkan anak ini.

Aku mahu dia ada di saat anak ini akan dilahirkan. Aku juga mahu dia berada di sisi aku sampai bila-bila.

"Alyah, abang dah terlalu penatlah. Bagi abang tidur sekejap."

Aku mengangguk tanda membenarkan Faqih untuk tidur sebentar. Lelaki itu membetulkan kedudukannya. Kepalanya masih lagi dibahu aku dan tangannya juga kekal di posisi tadi. Perut aku.

Selang beberapa minit, aku mengalihkan pandangan mata aku ke arah Faqih. Nafasnya kelihatan sesak. Keadaannya membuatkan aku semakin cemas.

"Abang kenapa ni?!" Pahanya aku goncangkan. Apa yang berlaku?

Selepas itu, Faqih pengsan di bahu aku. Tangannya yang menyentuh perut aku jatuh ke bawah.








Forever Love makin ke penghujung.😄👏

Forever Love ✔Where stories live. Discover now